Dalam usia kereta 6 tahun penyelenggaraan sistem penghawa dingin amatlah diperlukan. Ini kerana untuk membuang segala kekotoran debu dan habuk yang melekat di sirip lingkaran penyejuk "Cooling Coil" dan memastikan jangka hayatnya lebih lama bertahan. Bila habuk dan debu telah melekat maka proses pengkaratan akan berlaku dan ini akan menyebabkan kebocoran pada lingkaran penyejuk sistem penghawa dingin kereta anda. Natijahnya, sistem penyejukan udara akan gagal berfungsi. Gambar di bawah ini merupakan sebahagian proses penyelenggaraan sistem penyejuk udara pada kereta Toyota Avanza kami.
Rabu, 26 September 2012
Isnin, 24 September 2012
Keenakkan Kelapa Bakar di Banting
Kelapa Bakar.... Mesti pembaca pernah dengar dan menikmati kelapa bakar.... Haritu kami pergi ke Banting kami terjumpa kedai di tepi jalan yang ada menyediakan kelapa bakar... Sungguh... ini first time kami rasa air kelapa bakar... teringin juga untuk merasa kelazatan air kelapa bakar ni. Jadi kami pun singgahlah sebentar.....
Jumaat, 21 September 2012
Mentarang Masak Pedas di D'Muara Sungai Besar
Hujung minggu lepas kami pulang ke kampung di Tanjung Karang untuk menghadiri jemputan kawin. Bila dah balik kampung tu tetiba teringat keenakkan mentarang ni.... Almaklumlah... mentarang ni hanya terdapat di sekitar Sungai Besar jeee.... Jadi kami pun berkunjung ke D'Muara untuk merasa masakan mentarang masak pedas dan juga kerang bakar sambil melayan bayu laut di malam hari.....
Rabu, 19 September 2012
Selamat Hari Jadi Mama
Semalam merupakan hari jadi isteriku dan kami sambut di Kelab Tasik Putrajaya... Dalam suasana menyambut hari jadi itu sambil itu juga boleh menikmati panorama indah di tepi tasik Putrajaya... Sambil bersantai-santai seisi keluarga mengimbau kenangan suka-duka sepanjang hidup kami bersama.. Sekadar ringkas tetapi penuh bermakna untuk kami sekeluarga....
Jumaat, 14 September 2012
Peringatan Menarik Untuk Sama sama Direnungi
Tengahari tadi kami sekeluarga pergi makan di sebuah kedai makan yang terdapat di Dengkil, Selangor. Kami rasa tertarik dengan kata kata yang terdapat di sisi kedai makan tersebut dan mengambil gambar untuk kita renngkan bersama... baik maksudnya untuk kita sama-sama amalkan.....
Rabu, 12 September 2012
Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..
Assalamu'alaikum wr wb ..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Ahad, 9 September 2012
Asah Otak Dalam Masa 30 saat
Selamat pagi semuaaa.... Dan selamat berhujung minggu..... kami nak ajak pembaca semua untuk mengasah otak yang membeku di pagi ahad ni dengan senaman otak.......heeee3x... jom kita layan gambar di bawah ini.... Cuba carikan siapakan yang akan dapat menemui sang puteri ini.... dalam masaaaa.... 30 saatttt....dari sekaranggg.........
Jawapanyaa adalah...... Klik la Baca Selanjutnya.....
Sabtu, 8 September 2012
Dataran Pantai Morib Banting
Hujung minggu lepas kami pergi ke open hause rakan di Banting... almaklum bila bulan syawal ni ramai yang buat open house kan... Bila dah sampai sana kami menyinggah ke pantai morib sekali sambil bersiar-siar di Dataran Pantai Morib. Anak2x bila dapat lepas seronok la dia jadinya... sambil bermain di dataran tu mereka bermain buih sabun yang tiup jadi belon tu... seronok je mereka ni....
Jumaat, 7 September 2012
Preggy 22 minggu
Syukur alhamdulillah perjalanan preggy, semalam dah masuk ke minggu ke 22. Ujian darah sudah, MGTT pun sudah. Kecut perut haritu, sebab takut kantoi minum air gula.. satu mug kena minum, nasib baik perisa oren tapi manis mak datuk... naik sebu perut sebab air gula semata jer dalam perut pepagi kena habiskan. Masa mgandungkan Adam memang kena chk rutin kadar gula dalam darah.. azab tu bila hari yang nak kena chk tu 4 kali dalam sehari ambil darah, pagi tengah hari petang dan malam...x maulah lagi camtu...
Sakitnya bila kena cucuk ambil darah... huuu3... |
Khamis, 6 September 2012
Lain yang disuruh lain yang dibuatnyaaa...
Pagi tadi tetiba kereta tak boleh nak start la pulak... sekali periksa rupanya bateri dah lemah.... bateri yang dah berusia 3 tahun ni dah sampai masa untuk kena ganti dah.... Apa lagi... terpaksalah si suami menolak kereta untuk keluar dari parking kereta di rumah ni.... Maka suruhlah si isteri jaga stering kereta sambil suruh freekan gear dengan handbrake....Bila di tolak kenapa la berat sangat niiii...... cuba tolak lagi.... peerghhh.... macam dah nak kena buasir dah rasanya....
Rabu, 5 September 2012
Cendol Bakar Kuala Selangor guna Drive Thru
Balik kampung beraya di sebelah keluarga isteri di Tanjung Karang hari tu kami nampak warong Cendol Bakar dah semakin maju..... Sekarang kat warong tu dah ada drive thru..... Makin maju kami tengok warong cendol bakar ni.... Hebat betul strategi pemasarannya.... Cuba rakan2x tengok gambar di bawah ni.... Dahsyatttt.... Heeee3x
Isnin, 3 September 2012
Tempahan Kambing di Terima Untuk Pelbagai Majlis
Sekadar nak menolong kawan - kawan berniaga.... Kawan saya ni sedia menerima tempahan yang dibuat untuk produk ternakan kambing.... Kalau nak buat kambing golek pun boleh dan cuma tambah upah la... Silalah menghubungi talian rakan - rakan saya yang tertera jika ingin perlukan perkhidmatan mereka dan sebarang pertanyaan mengikut kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya....
Nahrul :- 019-6684922 (Bangi-Nilai-Seremban)
Ammir :- 013-3658005 (Kajang- Cheras- Langat)
Fazly :- 013-3414090 (Cyberjaya-Putrajaya-Puchong-Dengkil)
Mush :- 019-3669404 (Sekitar Kuala Lumpur)
Zaid :- 012-9033930 (Ijok -Kuala Selangor -Sungai Buloh-Klang)