Khamis, 29 November 2012
Rindu dengan budak2 ni
Dah berapa hari dah anak ku Syafiq dan fika ada kat kampung.. tiap2 hari diaorang talipon bila nk balik.... Adam yang kat sini pun asyik tanya jer bila nk balik Kg.... Pagi tadi dia mengigau "along.... jangan tinggalkan adam" naik sedih juga mendengarnya..... relation adik beradik nih memang rapat.... bila x der dicari bila ada asyik bergaduh, menyakat dan tersakat jer.... takpelah anak2ku berkorban untuk menolong apa yang patut sebab nk buat kenduri kahwin cik amy bulan 12 nanti.... walaupun korang kecik lagi tapi bolehlah tolong bungkuskan door gift mana yang termampu disamping temankan nenek kat kampung...
Rabu, 28 November 2012
Booking untuk bersalin di hospital Putrajaya
Sekarang kandungan ku dah masuk 33 minggu maka kenalah booking kat hospital yang terdekat....kalau ada apa2 masalah nanti terus refer hospital besar.....al maklumlah... sejarah lama ada kencing manis takut anak nanti hipo. Pepagi dh menunggu kat sana... waduh punya lah ramai orang.... untuk pendaftaran mengambil masa dalam 1/2 jam... selepas tu pergi pula ke kaunter O&G...
Isnin, 26 November 2012
Taman Riadah Tasik Y Batu Pahat
Pada minggu awal cuti sekolah kami berkesempatan mengunjungi Tasik Y untuk bersantai-santai membawa anak kami bermain. Taman Rekreasi Tasik Y adalah salah satu lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. Taman rekreasi ini amat sesuai jika bersantai bersama keluarga di waktu petang atau dihujung minggu.
Khamis, 22 November 2012
Taman Desa Sri Qaseh 22/11/2012 Pemandangan pembinaan sepanjang awal November
Sekejap je rasa sudah nak bertukar tahun... dan lamaaaaa la pula kami rasa rumah kami nak siap-siap.... begitu la rasanya senjak akhir2x ni... biasa la kan... penantian tu memang macam tu la kan.... diringkaskan cerita kami kongsikan gambar perkembangan pembinaan Taman Desa Sri Qaseh pada November ini... Musim hujan yang tibaaa...
Rabu, 21 November 2012
Ada Lagi Kedai Gunting Rambut RM3
Hari tu Abahnya, Syafiq dan Adam pi la cari gunting rambut sebab memasing pun rambut dah memanjang sakan dah. Bila pergi rumah kakak kami di Parit Yani, Yong Peng tu kami singgah la kedai gunting rambut. Sekali kami tengok harganya punya la murah.... macam pakcik ni buat kerja amal jeee... Satu kepala dewasa cuma RM3 dan Kanak2x pula RM2...
Selasa, 20 November 2012
Pasar Awan Batu Pahat
Pasar Awan Batu Pahat ini sudah banyak berjasa kepada masyarakat setempat dan terutama kepada warga penduduk Batu Pahat. Daripada usia kecil sampailah sekarang pasar ini masih menjadi tumpuan pengunjung walaupun terdapat saingan dari pasaraya besar seperti Carrefour dan sebagainya. Semasa kecil apabila mengikut emak ke pasar memang ambil tander bahagian mengangkat ikan dan sayur la jawabnya... Cuma rasanya kemeriahannya ada berkurangan la jika dibandingkan seperti dahulu.
Rabu, 14 November 2012
Selamat Menyambut Maal Hijrah
Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah. Pada masa pertukaran tahun baru ini kita disunatkan membaca doa akhir tahun pada waktu asar dan kemudian diikuti doa awal tahun pada waktu magrib. kami kongsikan doa ini bersama seperti di bawah ini.
Khamis, 8 November 2012
Bila anak sudah mula cuti sekolah
Minggu ni sekolah sebelah petang anak2x dah tak sekolah agama... semua ikut abah dan mamanya pergi opis. Adam pun tumpang joint sekali... dengan baju sekolah pagi la juga pi Dataran Masjid Putrajaya. Seronok la 3 beradik ni sebab nak pi main kereta remote control...
Jumaat, 2 November 2012
Taman Desa Sri Qaseh 02/11/2012 Pemandangan pembinaan Jalan Tar
Alhamdulillah... Jalar pun dah di turap dengan tar. Pokok hiasan pun dah banyak yang ditanam... Taman permainan pun sudah hampir siap... Divider jalan pun hampir siap... Semoga kita semua dapat CF dan boleh menduduki pada Januari 2013 seperti yang dirancang... Begitulah kata Ah Soon yg merupakan penyelia kontraktor projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Hampir sejam juga kami berbual-bual mengenai perkembangan Taman DSQ ini. Biar gambar berbicara mengenai perkembangan perumahan pada kali ini.....
Lori yg membawa muatan Tar |