Rabu, 29 Februari 2012

Kelip kelip Bukit Belimbing

Kami lepas jenjalan di Karnival WOW Putrajaya kami pun pulang ke Tanjung Karang menjenguk ibu di kampung.... sambil jenjalan tu kami mengimbau kenangan tempat menarik yang pernah kami kunjungi... Salah satu tempat ialah destinasi Kelip-kelip di bukit Belimbing. Petang tu kami bersiar la di Bukit Belimbing untuk mengimbau nostalgia hampir 10 tahun yang lalu.....

Tempat kelip kelip hidup bebas di persisiran Sungai Selangor


Isnin, 27 Februari 2012

Pesta Belon Panas di Putrajaya

Kali ni kami tak dapat tengok Pesta Belon panas kat Karnival Wow Putrajaya... entah mana silapnya tak de la pulak.... atau kami yang salah tarikh.... tapi bila dah cerita pasal belon panas ni kami nak kongsi la jugak macam mana diorang ni nak naikkan belon panas ni... semua gambar kami ambil ketika pesta belon panas yang lepas....di Putrajaya la jugak.... jom kita layan...

Sabtu, 25 Februari 2012

Kena Peluk Dengan Ustaz Don

Macam biasa pada 2 malam semalam kami berkunjung ke Karnival WOW Putrajaya untuk mendengar ceramah dalam segmen rancangan 60 Minit bersama Ustaz Don dalam TV Al Hijrah. Memang best la layan ceramah dia... Ceramah dia mengenai Perpaduan Mengikut Cara Rasullallah . Banyak la juga ilmu yang dapat dimanfaat untuk kami sekeluarga... Lagi pun dah anak binik pun minat kat Ustaz Don.... si suami pun pasrah je laa... Layan permintaan mereka semua ni...

Ustaz Don hendak memulakan ceramah.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kerana Ustaz Don di Karnival WOW Putrajaya

Salam Jumaat Semua...
Sebenarnya dah lama saya tak berceloteh dalam blog nih... bezzi sangat lah kot atau mungkin idea x berapa nak keluar... biasanya my hubby yang banyak berceloteh disini. Sebenarnya saya nak cerita pasal semalam yang mana kami menghadiri sesi rakaman 60 minit Ustaz Don di karnivel WOW Putrajaya.....


Taman Desa Sri Qaseh 22/02/2012 Gambaran Keseluruhan Projek Rumah Yang Hampir Siap ....Part 2

Part yang ni nak bercerita mengenai rumah bakal jiran2x kami pula.... Kot mana yang duduk jauh2x tu boleh la layan gambar yang kami snap tak berapa hensem ni....... Pada keseluruhannya rumah tak de yang masih dalam rangka tiang lagi.... semua dah naik bumbung atau dalam proses pasang bumbung. Ada juga rumah yang baru di plaster dindingnya... tapi keseluruhannya hampir siap binaan rumah ni.... Kalau nak rujuk proses pembinaan rumah kami ada paparkan pada entri2 sebelum ini.dengan sedikit ilmu yang kami ada.... 
Rumah di Lot PT 3740 dan PT 3741

Khamis, 23 Februari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 22/02/2012 Gambaran Keseluruhan Projek Rumah Yang Hampir Siap ....Part 1

Semalam kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh dan meninjau keadaan dan perkembangan projek perumahan tersebut. Ketibaan kami sekeluarga di sambut dengan pelangi yang menghiasi kaki langit.... Semoga menjadi petanda kebaikan kepada pembeli-pembeli rumah di sini.....

Pelangi menghiasi petang

Ustaz Don Danial di Karnival WOW di Putrajaya

Sajer nak buat promosi dan pengiklanan sikit pagi ni.... kepada mereka2x yang berada di putrajaya dan sekitarnya.... jom la kita beramai2x datang ke Karnival WOW di Putrajaya sepanjang 23 hingga 26 Febuari ni... pada malam ini Siri rancangan 30 minit bersama Ustaz Don akan "on air" secara langsung pukul 8:30 mlm... Jom kita memeriahkan majlis Ustaz Don malam ini.....


Rabu, 22 Februari 2012

Cara-cara nak bersihkan handphone kalau dah buruk...

Ni la aku nak berkongsi cerita mengenai kepandaian isteri aku yang membasuh handphone...Hanphone lama dah tamat riwayat dahhh.... nasib baik ada handphone spare........ Kisahnya bermula bila isteri aku masukkan baju dan suar dalam mesin basuh... masa dia ambil terdetik juga dalam hati jangan dia tak  tengok dulu isi dal poket suar udah la.... lama2x tak sedap hati rupanya betul.... handphone dalam poket suar dia basuh sekali.......

Selasa, 21 Februari 2012

Keindahan Bumi Cyber - Street Mall Cyberjaya

Pada kali ini Kami ingin menyiarkan tempat-tempat yang menarik dan terkini untuk perkembangan dan pembangunan Cyberjaya dari SUDUT LENSA kami dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Cyberjaya ini.. Asalnya hanyalah sebuah estet yang telah diambil alih dan dimajukan untuk menjadi sebuah bandaraya pintar. 11 tahun dahulu tempat ni seperti sebuah " bandar mati " apabila menjelang malam kerana tiada satu pun penempatan yg dibina di sini. Di sinilah "jatuh bangunnya" kerjaya kami untuk mengharungi hidup ini. Hanya terdapat beberapan buah bangunan sahaja. Pada kali ini kami ingin berkongsi cerita mengenai Street Mall Cyberjaya.

Amalan untuk menghindari Siksaan Kubur

Amalan Untuk Menyelamatkan diri Dari Seksaan Kubur.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, 

antaranya :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Isnin, 20 Februari 2012

Rumah Yang Tidak Dimasuki oleh Malaikat Yang membawa Rahmat

Sebab musabab kenapa Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda :-

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim. 

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 

3. Rumah yang memelihara anjing. 

Jumaat, 17 Februari 2012

Medan Magnet dan Kebesaran Allah

Syukur dapat menyambut hari jumaat sekali lagi. Penghulu segala hari. Hari ni  nak berkongsi mengenai kebesaran Allah yang terdapat di sekitar kita. Gambar pertama adalah sebuah magnet dalam bentuk kiub dengan SERBUK BESI yang berselerak di SEKELILINGNYA. Medan magnet menyebabkan SERBUK BESI untuk mengatur diri mereka ke dalam corak itu.

GAMBAR KEDUA ADALAH KAABAH..

Khamis, 16 Februari 2012

Worldview Broadcasting Channel Siaran Tidak Berbayar ke 8 Malaysia !

Worldview Broadcasting Channel (WBC), Merupakan saluran rangkaian TV tidak berbayar yang ke 8 di Malaysia dan merupakan satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April ini. WBC telah membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Disember 2011 sehingga kini. Kami sekeluarga mencari channel ini dan telah menerima siaran ini dengan jelas pada malam tadi walaupun pakai antena "cap ayam" .

Rabu, 15 Februari 2012

Empangan Batu

Hujung minggu lepas kami ke majlis jemputan kahwin saudara belah isteri di selayang jadi kami nak ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan dan semoga kekal abadi.... Selepas itu kami pun melencong ke empangan batu yang terletak berhampiran dengan rumah saudara kami itu.


Selasa, 14 Februari 2012

Alfatihah kepada mangsa kemalangan... Shahdu...

Pagi ni kami dikejutkan dengan pemergian rakan setugas mengahadap Ilahi . Bila dapat call suruh datang ke tempat kejadian untuk membuat proses pengecaman mangsa di hadapan pegawai polis dan bos HR maka aku masih terasa lagi bayangan sahdu melihat rakan sekerja terbujur kaku.... tiada apa lagi kekuatan untuk meneruskan catatan dan hanya meminta kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk kedua-dua mangsa kemalangan  ketika hendak pergi kerja .


Keadaan Motor Arwah Saiful Lizan

Taman Desa Sri Qaseh 10/002/2012 Sekitar Perkembangan Rumah Contoh & Pembinaan

Pada kunjungan kali ini dah ada kemajuan sikit dah rumah contoh yg dibina. sebenarnya rumah contoh ni bukan la contoh pun tapi rumah pembeli juga tapi dia dah buat awal2x siapkan sebagai rumah contoh... Syukur pada kali ini semua rumah dah siap dinding dan bumbung... ok la jugak progressnya... Apa2x pun kalau ikut perjanjian dijangka siap disember 2012 ini....

Isnin, 13 Februari 2012

Tanjung Tuan dan Pantai Halimunan di Port Dickson

 Lepas dari Pantai Pengkalan Balak kami menuju ke Tanjung Tuan Port Dickson pula. Maka kami ni pun berjala sajer la gamaknya bila bercuti.... Nama pun Cuti2x Malaysia.... Kat sana dah ada kawan satu tempat kerja yang menunggu sebab diorang nak berkemah di situ... Kami ni bawak anak kecik setakat singgah je la... lepak2x kejap kami pun terus pulang.....Ok la... Kat sini kami tak mandi manda pun... sebab dah letih nak salinkan pakaian anak2x... (bunyi macam kejam jee.... haaa3x) baju basah diorang pun dah penuh satu beg plastik. Punya la best ni kat tanjung tuan.... jom kita layan suasana di sana.....

Ombak di Pantai Halimunan, Tanjung Tuan

Sabtu, 11 Februari 2012

Malam bertukar siang di Pengkalan Balak

Aktiviti seterusnya adalah membakar bahan makanan.... iaitu BBQ... aku pun menyediakan set membakar ikan... ayam... kerang ...  satay....jagung dan lain2x... Jom kita layan gambar suasana di malam hari dan di pagi hari di Pantai Pengkalan Balak....

Jumaat, 10 Februari 2012

D'Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak

Pada hari ahad lepas kami berkunjung ke Pantai Pengakalan Balak dan berkumpul bersama keluarga sebanyak 4 buah kereta. Seronok juga cuti jenjalan ni kan. Kami sampai dalam pukul 2 petang di sana. Percutian yang dirancang oleh kakak2x kami ni memang best. Tahun lepas pada bulan yang sama pergi Pantai Mersing dan liputannya boleh Klik di sini . Macam acara tahunan la pulak.... Kami memang suka joint bab berjalan ni... sebab Aku kan adikkk.... heee3x...


Rabu, 8 Februari 2012

Kolam Mandi Awam di Presint 9

Aktiviti hujung minggu yang lalu kami bawa anak-anak pergi mandi di Kolam mandi Awam Presint 9 di Putrajaya. Tak tahu nak bawa anak2 mandi kat mana tetiba teringat kat presint 9 tu ada kolam mandi... Bila kami cakap nak pergi kolam mandi.. apalagi... semua anak2x terus cergas walaupun sebelumnya semua kelihatan lemauuu (bosan) jee di hujung minggu...


Selasa, 7 Februari 2012

Bilal Bin Rabah

Bilal bin Rabah merupakan antara insan-insan yang telah dijanjikan syurga kepada mereka.





Isnin, 6 Februari 2012

Kolam Air Panas Selayang

Malam minggu yang lepas kami sekeluarga pergi jenjalan ke Selayang untuk merendam kaki ke dalam air panas. Best jugak lepak sini malam2x. kat sini memang meriah diwaktu malam... ramai pengunjung datang sambil mandi air panas.

Sabtu, 4 Februari 2012

Memelihara kalimah Allah yang tertera pada kotak makanan

Kali ini kami ingin berkongsi mengenai kotak makanan yang mengandungi kalimah Allah. Kami ingin berkongsi kepada semua jika beli kismis ni memang baik dan berkhasiat untuk kanak2x atau dewasa tapi bila sudah habis makan janganlah kotaknya di buang bersepah2x. Peliharalah kalimah Allah yang terdapat pada kotak terserbut.

Jumaat, 3 Februari 2012

Jom Bayar Cukai Pintu

Entri ni khas untuk mereka2x yang kena bayar cukai pintu.... sekarang ni sampai akhir feb kalau bayar nanti dapat cawan.... jadi laa... ada la jugak hadiah .... itu pun kalau area sepang laa... lain2x tempat kami tak tahu... heee3x


Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.