Isnin, 30 Julai 2012

Mencari Sinar Senyuman Bahagia

Hari ni marilah kita mulakan aktiviti dengan senyuman... banyak fadhilatnya kan.... Senyuman dapat memberi kita kekuatan secara spiritual untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini...Kalau haiwan pun boleh tersenyum apakan lagi kita sebagai makhluk yang berakal....

Jumaat, 27 Julai 2012

Selamat Hari Lahir Hanis Syafiqah

Salam semua...
Syukur kita telah melewati 8 ramadhan hari ini..... mama juga nak ucapkan tahniah kepada anak2 mama kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan jayanya sama seperti orang dewasa walaupun tuntutan sebagai seprang pelajar yang terpaksa belajar dari pagi hingga kepetang. Anak mama tabah menunaikan ibadah berpuasa pada tahun ini.... belum miss lagi. mama tahu anak2 mama pasti boleh sampai keakhirnya...


rupa anak2 bersahur...  


Sempat Bermain bunga api.... terasa kemeriahan..

Disamping tu juga mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Hanis Syafiqah semoga menjadi anak yang soleh yang menjadi penyejuk mata keluarga... Semoga hari2 yang adik lalui akan datang lebih baik dari semalam...

Khamis, 26 Julai 2012

Berbuka di Masjid Besi Putrajaya

Kali ni kami sekeluarga dan rakan sekerja pergi berbuka puasa di Masjid Besi atau nama sebenarnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 Putrajaya. Sesekali membawa kelainan panorama ketika berbuka memang ditunggu-tunggu oleh anak kami semua. Pembinaan masjid ini dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya. Ia mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Rabu, 25 Julai 2012

Berbuka Sampai Terbaring....

Pejam celik dah masuk 6 hari kita berpuasa... Syukur kita semua dapat menjalani ibadah puasa... Namun bila berbuka kita dituntut untuk bersederhana.... Agak-agakkan... ada yang yang berbuka sampai terbaring macam dalam gambar ni????



Selasa, 24 Julai 2012

Perjalanan Hidup Wang RM100 dan RM1

Fizikal Wang RM 100 & RM1.00



Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

Sabtu, 21 Julai 2012

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

Ketika Iblis berdialog dengan Nabi Muhammad S.A.W.


"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?" "10 macam" "Apa saja?" 

Jumaat, 20 Julai 2012

Menyampaikan sumbangan Mangsa Kebakaran

Pagi tadi kami dari Tempat kerja menuju ke rumah emak Harpizzy untuk menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan melalui Fakulti Kejuruteraan Welfare Club . Syukur alhamdulillah kami selamat tiba dan dapat menyerahkan sumbangan kepada emak beliau. Kehadiran kami disambut mesra oleh emak beliau dan berbual sesama anggota rombongan.... Cerita kebakarannya boleh diikuti di sini ....

Khamis, 19 Julai 2012

Malaysia Robot Contest (ROBOCON)

Hari ni nak ucapkan tahniah juga pada team kami walaupun kalah di peringkat suku akhir dalam pertandingan Malaysia Robot Contest (ROBOCON) yang diadakan di Kuala Terengganu.. Semoga Di tahun hadapan mereka berjaya membawa pulang kemenangan. Rakan kami yang pergi ke sana iaitu Fazly telah membekalkan sedikit info apa yang terjadi di sana...


Rabu, 18 Julai 2012

Malasnya hendak pi training

Hari aku pi training.... tak de apa2x nak cerita panjang sebab dah kelam kabut nak pi dah.... Kalau tak pergi nanti susah nak naik pangkat kee... naik gaji kee... haaa3x... nampak sangat pergi kerana terpaksa yee... tak pee... menuntut ilmu namanya tu kan.... dapat pahala yang besar di sisi Allah S.W.T.

Selasa, 17 Julai 2012

Tapak Kasut Sampai Tertanggal !!!!

Baru-baru ni kami pergi la ke SOGO Kuala Lumpur sebab ada potongan jualan sehingga 70%. Kira banyak jugak la tu kan. Lagi2x dah dekat nak raya ni. Maka kami sekeluarga pun pergi laa... Punya la ramainya umat manusia ni kat dalam SOGO.... Masing2x sibuk memilih pakaian yang hendak di beli. Jalan punya jalan kami terjumpa la tapak kasut ni kat tengah laluan orang ramai... Peehhh.... sampai tapak kasut pun boleh tercabut yee... Punya la seronok membeli belah agaknya....Lepas tu kami pun snap la gambar tapak kasut ni.... ada sesapa kenal tapak kasut ni?????


Isnin, 16 Julai 2012

Taman Desa Sri Qaseh 15/07/2012 Selesainya kerja memperbaiki kerosakan

Pada hari semalam kami meninjau lagi perumahan di Taman Desa Sri Qaseh. Nampaknya kerja-kerja membaik pulih kecatatan dan kekurangan  yang ada pada binaan rumah kami telah selesai. Mungkin selepas ini kerja-kerja mengecat semula akan dilakukan untuk menutup bekas tampalan dan kecacatan yang ada. Kami pun parking kereta kami untuk melihat keluasan lot parking di rumah kami ini.


Jumaat, 13 Julai 2012

Piramid diperbuat daripada Tanah Liat ???

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?



Isnin, 9 Julai 2012

Kejadian Gempar di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya


Kejadiannya seperti orang hendak mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya....  Berdarah-darah tangannya..... Dan tidak pasti pula siapa di sebelahnya yang cuba untuk menenangkan....

Khamis, 5 Julai 2012

Tanda Tanda Nikmat Keberkatan Hidup di Tarik

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga. Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menuju ke jalan yang di redhai Allah kembali....

Rabu, 4 Julai 2012

Malam Ini Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (mlm Khamis) 4 Julai 2012. Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Selasa, 3 Julai 2012

Terima Kasih kesayanganku..

Salam semua...Dah lama sangat mama x menaip diruangan ini....
Terlebih dahulu mama nak ucapkan terima kasih dan amat bersyukur kepada abah, along, adik dan adam yang terpaksa melayan karenah mama menempuh hari2 sewaktu preggi ni.....Kalian terpaksa melayan karenah mama yang tidak menentu....
Pada awal kehamilan mood mama tidak menentu, sakit2 badan dan stress.  Kebanyakkan kerja rumah diuruskan oleh my hubby dan anak2 terutamanya along Syafiq. Mama amat menghargainya.. Macam2 abah belikan supplimen dan ubatan untuk  membantu mama antaranya teh hijau, detox patch dan teh detox.

Ingatkan badan mama lemau sebab banyak sangat toksin, rupanya supplimen yang abah bagi  buat mama jadi lemau.
Bab makanan pula terlalu susah mencari makanan yang sesuai dengan tekak dan perut. Sewaktu mengandungkan Syafiq dulu semuanya pantang nampak nak jer... Setiap hari berdoa semoga diberikan nikmat makan.

Ahad, 1 Julai 2012

Menjadi Pasangan Bahagia

Sempena Nisfu Syaaban pada malam ini... Sama-sama kita berubah untuk menjadi yang lebih baik antara pasangan kita....sekadar berkongsi cerita untuk menjadi pasangan yang lebih baik.....

“Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. “Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun, tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet…,” leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. 

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.