Khamis, 27 Disember 2012

Persiapan bersalin..

Salam Semua...
Lama dah x bersiaran.... tadi gi klinik buat chk up tuk 38 mingggu.... bby dah membesar bagai johan .... Hemmm dr cakap dh lebih 3kg nih..... huhu huhu puaslah nk keluarkan nanti.... hehehe kepala dh kat bawah. Syukur alhamdulillah.... hinggga kini merasai alam preggy.... tinggal berapa minggu lagi jer nak bersalin dah.....
Kelengkapan bersalin dan barang bby pun dh ready... kalini aku beli set bersalin berasaskan herba dari keluaran HPA. Masa anak pertama aku gunakan set ni juga.. sebab set bersalin ni x panas..... masa syafiqah dan adam dulu aku gunakan jamu, cam panas jer tu yng tukar balik kepada herba...... bby zaman sekarang senang sangat kena kuning.

Barang 2 bby beli sikit2 tapi lama jadi bukit juga..... pam susu pun dah beli. Aku beli kat butiques http://www.onebabyworld.com/.... macam2 ada.... aku beli  Autumnz - ULTIMATE Double Electric Breastpump  .... harap dapat bertahan 2 tahun fully breastfeed. cam adam dulu cuma 9 bulan aja.... al maklumlah pakai pam pureen. Semangat untuk susu ibu sepenuhnya selama yang boleh.....

 Antara barang yang dapat di capai di obw

 Adam pulak yang rambang nak memilih...

Jumaat, 21 Disember 2012

Selangor Agro Fest 2012

Pada 16 hb Dsember yang lepas kami sekeluarga mengiringi adik yang bersanding di " Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu ". Ada pasangan seramai 61 pasangan dijamu oleh Menteri besar Selangor. Sambil hantar adik sambil kami pun melilau tengok gerai Agro fest... macam macam ada....

Khamis, 20 Disember 2012

Pantai Remis Kuala Selangor


Cuti sekolah ni kami bawa anak2x pergi pantai remis di Jeram, selangor. Maka... seronok la bebudak tu nak pi pantai... masing2x dengan alatan memasing untuk beriadah di tepi pantai... Bila sampai di pantai rupanya air tengah surut.... Jadi bebudak tu semua main pasir je laaa sambil bersantai2x di tepi pantai.... sambil tu gerai makanan juga menjadi tumpuan kami anak beranak...


Rabu, 19 Disember 2012

Spring Sport APM & Absober Kayaba untuk Avanza

Kali ni nak berkongsi penggunaan spring sport APM untuk kereta avanza. Setelah pakai selama 3 bulan rasanya ok laa... Masalah berayun ketika pemanduan laju dapat dikurangkan... kereta bertambah kestabilan dan kurang melambung di bahagian penumpang belakang. pengambilan selekoh di jalanraya pun lebih menyakinkan. Kenkadang untuk mendapatkan sedikit keselesaan maka pengubahsuaian pun perlu dilakukan.

Spring hadapan APM Performax

Selasa, 18 Disember 2012

Kerepek House Banting

Kerepek House ... Merupakan tempat untuk membeli pelbagai jenis kerepek secara pukal hasil dari perusahaan desa di Kanchong Darat, Banting Selangor. Kami membeli secara pukal untuk majlis perkahwinan.... Kerepek ni sebagai " menu ringan " untuk orang rewang nanti.... Harganya yang berpatutan yang menyebabkan kami ke sana memborong kerepek... 

Rabu, 5 Disember 2012

Kandungan ke 35 Minggu



Esok cukup 35 minggu kandunganku... baby ok 2.4kg sekarang... tapi ada berita yg agak sedih sikit.... Dr cakap uri kat bawa Plasenta Previa stage 1. Segala kemungkinan boleh berlaku, normal atau ceser.

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.