Khamis, 19 Mei 2011

Zaman Sekolah yg pernah kita tempuhi bersama....zaman rock KAPAK....

Pada masa tahun akhir 80an dan awal 90an aku masih teringat zaman pakai seluar ketat atau dipanggil slim-it pada masa itu. Habis seluar sekolah rendah dan menengah  di ubahsuai menjadi kecik macam seluar hendak berenang. Bila nak pakai seluar sekolah tu terpaksa sarungkan beg plastik nipis tu di kaki untuk memudahkan memakai seluar sekolah.


Zaman tu dah berlalu, yang tinggal hanya kenangan ketika hendak meningkat remaja. Rambut panjang simpan pun tak lama sebab bila kantoi dengan guru disiplin, itu jam juga kena potong tepi kelas....Seluar ketat masa tu juga lah kena tetaskan gunakan  pisau pencukur jilid cap buaya . aku membesar dengar lagu-lagu dari wing, search dan ramli sarif yang lagu-lagunya berunsur ketuhanan. Foto di bawah ni hanya tinggal sebagai kenangan suatu ketika dahulu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan