Seketika pulang dari kerja, kami sekeluarga bersiar-siar di pasar malam Taman Putra Perdana untuk membeli makanan. Salah satu makanan tersebut ialag buah betik yang hampir masak. Setelah penat berjalan kami pun pulang ke rumah bersama-sama hasil belian kami.
Setibanya di rumah kami pun memotong buah betik yang kami beli. Setelah buah betik itu dipotong, alangkah terperanjatnya kami sekeluarga kerana mendapati di dalam buah betik ada buah betik lagi. Seumur hidup kami memang tidak pernah berjumpa fenomena buah betik tersebut.
Keganjilan buah betik tersebut membuatkan kami rasa bersyukur di atas kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Buah betik tersebut kami rakamkan sebagai satu kejadian aneh dan pelik yang pernah kami saksikan sekeluarga. Walaupun buah betik tersebut pelik tetapi kami sekeluarga tetap memakannya kerana tidak mahu membazir dan ternyata memberi kenangan manis untuk kami sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan