Ahad, 5 Jun 2011

Kenangan menaiki Feri dan meronda-ronda di sekitar Putrajaya

Kenangan menaiki Feri di putrajaya dan meronda-ronda di sekitar putrajaya mengamit hati kami sekeluarga. Putrajaya sering menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik dan berguna untuk penduduk di sekitarnya mengisi masa lapang seisi keluarga. Kami rasa gembira kerana dapat membesar di persekitaran yang membangun dan menarik untuk dikunjungi. Keindahan putrajaya membuatkan kami sering tertarik untuk sentiasa berkunjung di sana.

Sepintas lalu Mengenai Putrajaya

Putrajaya menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mengambil alih ibu negara dari Kuala Lumpur dan meninggalkannya sebagai pusat ekonomi dan komersial negara. Perpindahan pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah sejajar dengan polisi kerajaan untuk menyediakan pembangunan yang lebih seimbang daripada sebelumnya. Perkembangan kehidupan di Kuala Lumpur telah mendorong keputusan ini diambil serta memastikan perkembangan kemajuan di seluruh Lembah Klang.




Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kewujudan Putrajaya mencatatkan sejarah baru dalam pembinaan bandaraya moden Malaysia. Putrajaya telah dicadangkan untuk menjadi contoh bandar-dalam-taman lengkap dengan jaringan infomasi berdasarkan teknologi multimedia. Oleh itu, sebagai bandar contoh, Putrajaya adalah pusat rakyat Malaysia dan tempat yang ideal untuk pekerjaan, penempatan, bersukan dan pelbagai aktiviti rekreasi.Putrajaya menjanjikan kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti kepada penduduknya.

Kerja pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan telah diiktiraf sebagai projek ‘real-estate’ terbesar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Projek ini selesai pada tahun 2010. Pekerja-pekerja kontrak, telah bertungkus lumus untuk menyiapkan fasa pertama Putrajaya yang dijadualkan siap pada minggu pertama Jun 1999. 


















































































Proses pembinaan Putrajaya dilaksanakan oleh tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya 10% sahaja yang diimport dari luar negara. Dalam tempoh 15 tahun, bandaraya ini siap sepenuhnya.
KOS DAN LOKASI
Putrajaya adalah sebuah projek besar yang terletak  22 km di selatan Kuala Lumpur. Projek ini menelan belanja US$8.1 billion dan akan dibangunkan sebagai bandar metropolis seluas 37,000 ekar iaitu 3/4 dari bandar Manhattan, New York. 38% dari tanah adalah kawasan hijau. Penghutanan semula dan pemulihan landskap semulajadi mempromosikan flora tempatan sebagai identiti landskap Malaysia. Dirancang mengikut kesesuaian topografi, iklim tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan-bangunan dan infrastuktur yang unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan.

Semoga dengan sedikit info mengenai Putrajaya dapat memberi gambaran dan pengetahuan yang berguna untuk kita semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan