Rabu, 20 Julai 2011

Artikel mengenai blog dan laman sosial boleh menjana pendapatan

"Berblog dan Facebook boleh menjana pendapatan"


Pada awalnya kami memang tidak menyangka langsung untuk menerima imbuhan daripada setiap karya dan catatan yang kami terbitkan tetapi memang Allah Maha Berkuasa di atas setiap apa yang Ia kehendaki. Dari cadangan isteri untuk meletakkan ruang pengiklanan memang mendapat bantahan dari saya kerana tidak berapa percaya boleh mendapat sedikit imbuhan dari penerbitan blog menara kehidupan ini. Tujuan asalnya juga penubuhan blog ini adalah untuk merakamkan perkembangan rumah kami di Taman Desa Sri Qaseh dan sekitar liputan peristiwa yang berlaku di sepanjang laluan kehidupan kami jua.



Pembuka Bicara

Setelah hampir sebulan lebih saya menerbitkan blog ini saya mencuba mendaftar di salah satu agensi pengiklanan maya iaitu nuffnang dan saya memperolehi penyata pendapatan pertama saya walau hanya baru seminggu di letakkan di dalam blog kami ini. Sesungguhnya kami sungguh berbesar hati kepada pelayar-pelayar yang meringankan jari untuk mengklik di setiap iklan yang kami paparkan dan Allah sahaja yang dapat membalas budi mereka.

Jika kita cuba menjelajah di laman maya ini saya mendapati bahawa memang telah menjadi kegilaan sesetengah bloger untuk mengejar trafic atau pelayar untuk mendapatkan sedikit imbuhan. Tidak salah untuk menjana pendapatan dari sini tetapi sebenarnya banyak lagi agensi pengiklanan blog yang boleh menawarkan pulangan yang tinggi atau membuat ruang html sendiri terus kepada pengiklanan. Pada saya yang memiliki satu sahaja pun dah memadai dan jika ada penawaran tiada salahnya untuk saya menerima. Hasil dari pengiklanan tersebut juga menunggu beberapa tempoh untuk di tunaikannya. Secara jujurnya jika ada rezeki kita mensyukuri nikmat dariNya. Apa yang saya paparkan adalah realiti sebenar jumlah royalti sebenar untuk renungan kita bersama.



Perkembangan Pengiklanan di dalam Internet


Setelah saya menjelajah dan mencari sedikit ilmu di alam maya ini memang tidak dinafikan bahawa kita boleh menjumpai Agensi Pengiklanan yang menjadi sebagai pengantara antara kita sebagai penyiaran dengan pengiklan. Statistik terkini juga menurut Timothy Tiah iaitu pemilik Nuffnang, melalui suatu bancian yang dijalankannya, lebih daripada 94% pengguna rangkaian sosial perasan akan iklan-iklan yang diperlihatkan pada blog, sekaligus memperlihatkan salah satu faktor besar mengapa kini ramai jenama-jenama besar memilih blog sebagai medium pengiklanannya. Pada masa yang sama, lebih 90% pengguna akan bergantung kepada enjin carian sebaik sahaja melihat iklan tersebut untuk mendapat info lanjut berkaitan dengannya.


Sebagai renungan bahawa jika kita mengetahui potensi yang ada pada pengiklanan ini tidak salah jika kita merebut peluang yang ada. Antara blog agensi pengiklanan yang wujud sehingga kini adalah seperti berikut:-

Antara yang awal :-
1)  http://www.innity.com/
2)  http://www.nuffnang.com.my/
3)  http://www.advertlets.com/


Antara yang baru:-
1)  http://www.churpchurp.com/
2)  http://network.manggaonline.com.my/v/pages/main/ms/


Antara yang seperti MLM :-
1)  http://www.ads4bucks.com/home.php


Mungkin ada pelbagai-bagai lagi agensi pengiklanan yang wujud tetapi pada ke tiga-tiga kategori ini mempunyai reputasi yang tinggi di kalangan bloger-bloger yang sedia ada. Mereka-mereka yang menubuhkan agensi pengiklanan di alam maya ini telah merebut peluang yang ada dari kepesatan teknologi internet dan sistem perhubungan rangkaian laman sosial untuk menjadi income atau pendapatan mereka. Jika dahulu, setiap produk yang hendak di iklankan hanya bergantung kepada suratkabar, majalah, penyiaran television ataupun melalui hebahan setempat. Apabila pengguna internet bertambah pesat bilangannya maka bidang penyiaran iklan serba sedikit berubah mengikuti arus perkembangan semasa.


Ada juga agensi pengiklanan ini dibuat seperti MLM dan saya juga telah menemui beberapa corak pengiklanan yang pelbagai-bagai rupa dan gaya di dalam internet ini. Ada yang perlu membayar yuran penyertaan dan perlu pula mencari ahli atau yang paling popular sebutanya "downline".. Sebenarnya kita mampu menilai sendiri setiap agensi pengiklanan ini mengikut kesesuaian kita dan apa kehendak kita. Ada yang benar-benar untuk mencari pendapatan utama atau sampingan. Semua perkara tersebut saya hormati untuk pandangan mereka masing-masing dengan niat tujuan yang berbeza.


Cara Baru Menjana Pendapatan dari Nuffnang


GRAPEVINE adalah salah satu cara bagaimana blogger boleh menjana pendapatan extra melalui pembaca blog mereka. Pendapatan yang terhasil dari iklan Nuffnang sebelum ini adalah berdasarkan 2 cara iaitu :-


1. Bilangan pembaca
2. Bilangan klik pada iklan


Namun dengan cara ini, blogger boleh menjana pendapatan melalui perkongsian URL melalui Twitter, Facebook, Mesengger dan Email. Selama ini jika kita bersosial di laman-laman sesawang internet boleh dianggap membuang masa tetapi pada masa kini ia juga boleh menjana pendapatan sampingan. Selain itu, bukan sahaja blogger, malahan pembaca blog juga berpeluang menghasilkan pendapatan. Nuffnang GRAPEVINE hanya akan wujud pada unit Nuffnang Skyscraper sahaja. Maka di sini anda boleh kongsikan maklumat URL tersebut seberapa banyak yang boleh. Tiada had limit yang dikenakan . Jumlah pendapatan yang terhasil juga boleh diperolehi dan dilihat di akaun ChurpChurp seperti gambarajah dibawah.





Untuk memulakan progran ini kita hanya perlu melakukan beberapa perkara berikut :-

1) Hanya perlu klik pada salah satu platform ikaln GRAPEVINE dan kongsikan melalui Twitter, Facebook, Messenger mahupun email.


2) Isi ruangan email yang disediakan untuk menebus pendapatan anda.



Ini bermakna kita tidak perlu lagi mengejar bilangan trafic pelayar-pelayar yang ada dan hanya perlu menggunakan sedikit kreativiti untuk menjana pendapatan melalui facebook atau yang lain. Daya tarikan perlu ada di setiap iklan untuk menarik minat pelayar-pelayar yang membaca supaya mengklik di dalam iklan kita. Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman http://www.churpchurp.com/grapevine/#


Kesimpulan

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemunculan-kemunculan medium pengiklanan ini boleh membawa rahmat kepada sesetengah pihak dan setiap syarikat yang ingin memasarkan produk pastinya mencari laluan pengiklanan dengan kos yang murah, berkesan dan dapat menarik minat pembeli. Mereka juga ingin memastikan setiap produk pengeluaran mereka terlaris jualannya dan memberi pulangan yang berganda kepada keuntungan syarikat.


Saya paparkan penyata pendapatan kami yang baru berjinak-jinak selama beberapa hari sahaja melalui nuffnang sebagai renungan bagi mensyukuri rezeki kurniaan Allah untuk kita bersama.



Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu kita dapat menfaatkan setiap peluang yang ada dan juga sama-sama kita merasai kemajuan perkembangan di dalam bidang pengiklanan yang ada. Sedikit ilmu ini juga sebagai persediaan dan pengetahuan tambahan di dalam hidup kita. Seperti yang kita tahu di dalam agama kita bahawa 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan.

2 ulasan: