Bazar ramadhan di Taman Putra Perdana ni memang telah menjadi tumpuan orang ramai yang pulang dari kerja untuk singgah membeli juadah untuk berbuka puasa. Kot rasa letih nak memasak ( dan selalunya memang letih memanjang punnn!!! ) untuk berbuka di sinilah tempat mengadu perut untuk berbuka puasa. Orang yang datang tanpa pasang surutnya menjanjikan hiruk-pikuk kemeriahan suasana. Pekli.... Hamdi.... Pizzy.... Trio bujang FOE juga seringkali muncul dari celahan pengunjung-pengunjung yang hadir. Kalau Sal pula memang bazar ni dah jadi dapur rumah dia laaa....sebab rumah dia dekat situ jee... Itulah antara ragam kenkawan sekerja yang sering berkunjung ke Bazar Ramadhan Putra Perdana.
Daripada cerita seorang penjual gerai bahawa tapak Bazar Ramadhan ini di sewa sebanyak RM200 bagi satu petak untuk sepanjang bulan puasa ini. Pendapatan dari hasil jualan juga dapat menampung kos-kos keperluan yang lain. Ada di antara gerai yang memang tiap-tiap tahun berniaga di situ dengan jualan yang sama. Ikutilah suasana Bazar Ramadhan Putra Perdana di bawah ini......
Antara gerai-gerai yang terdapat di Bazar Putra Perdana
Jualan juadah untuk berbuka puasa yang telah siap-siap di dalam bungkusan supaya cepat dan mudah urusan jual beli antara pelanggan dan penjual.
Senarai balang air yang beraneka rasa dan warna sedia menanti kehadiran pengunjung. Di sinilah mata Adam selalu terpaku melihat keindahan dan kelasatan air minuman dan tanpa segan silu meneguknya kat situ juga....
Kalau tak bagi dia akan melalak dengan suara menghampiri kekuatan deruman ekzos motor rempit.
Kalau tak bagi dia akan melalak dengan suara menghampiri kekuatan deruman ekzos motor rempit.
Kuih yang tersusun telah mempatungkan seorang kanak-kanak ini untuk memilih kuih yang mana satu berkenan.
Lama aku fikir apa motif aku ambik snap gambar ni....pun tak dapat2 jugak nak cerita apa.....Anggapje la aku terpicit kamera handphone ni...
Mama membeli juadah berbuka yang hampir penuh di tangannya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan