Isnin, 29 Ogos 2011

Kemeriahan Tanjung Karang di Malam Raya

Pengumuman hari raya telah pun dipaparkan di dada Television mengesahkan esok hari raya. Serentak dengan itu juga kami sekeluarga bersiar-siar ke pekan tanjung karang untuk membeli kuih raya lelong apabila menjalang malam raya. Begitu juga barangan lain pun banyak yang dilelong atau pun diturunkan harga untuk menarik perhatian pembeli. Pesta lelong pun bermula dan kami rakamkan suasana kemeriahan di pesta lelongan di pekan Tanjung Karang.

 

Kami rakamkan kemeriahan suasana pesta jualan kuih muih di Tanjung Karang menjelang Malam raya untuk tatapan semua...


Punyalah penuh orang ramai di dalam pasar malam Tanjung Karang.... Nak jalan pun sesak... Ingat kat jalan raya je sesak.... Dalam pasar malam pun sesak.... Panas dah jangan citer la aku kat dalam tu sambil mendokong adam... Suara orang tawar menawar memecah keributan di malam hari di pasar malam Tanjung Karang....

Gerai menjual segala jenis asam.... Macam-macam asam ada dijual di sini... Kami dapat harga yang lebih murah daripada harga yang di paparkan tu.... Kira jualan runtuuh la ni... Ingat kat Metrojaya je ada Happy Hour...kat sini lagi banyak Happy Hour adaaa...

Gerai yang kami kunjungi ni pula menjual segala jenis kuih muih dengan harga RM10 hinggit sebekas. Penjual tu kata sebelum ni jual RM13 tapi dengan kami dia jual RM10 hinggit aje...betul ke tidak wallahualam... yg pasti kami beli dapat RM10 hinggit jeee... Lepas tu adik kami beli pukul 5 pagi pulak dengan harga lagi runtuh...5 bekas hanya 40 hinggit... perghh.... terbakoo dengar.... tapi sapa larat nak jenjalan sampai 5 pagi.... haaa3x....
Ni dia punya la ramai orang serbu table ni...rupa-rupanya jual mercun... patut la ramai.... kami pun beli juga bunga api sembur yang asapnya banyak tahap halau nyamuk tu... satu kotak rm10 hinggit....

Laluan bersebelahan pasar malam yang sesak.... ingatkan kat jalanraya je sesak... memang meriah pasar malam Tanjung Karang....

Isteri aku yang pening nak memilih jenis2 kuih yang ada.... mahu termenung kejap tengok kuih menimbun....

Gerai jualan hiasan rumah pun ada.......

Setelah letih berjalan memusing di dalam pasar malam Tanjung Karang kami pun pulang dengan hasil yang dibeli. Ketika aku sedang terhoyong hayang membawa hasil, isteriku sempat merakam gelagat aku dengan hasil yang penuh di tangan. Apabila kami pulang dari membeli belah, di jalanraya telah mengalami kesesakan. semasa kami berhenti kami rakamkan suasana kesesakan lalulintas di Tanjung Karang untuk tatapan bersama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan