Sistem pengaliran udara di dalam sesebuah rumah amat penting untuk mengawal suhu kepanasan di siang hari mahu pun di malam hari. Kepentingan mempunyai saluran pengudaraan yang baik di dalam rumah memang dituntut kerana ia menjaga kesihatan kita ketika di dalam rumah. Dalam rumah kita akan ada pelbagai jenis bakteria yang akan hidup bersama kita jika sistem pengudaraan kita tidak sempurna seperti gambarajah di bawah ini :
Jumaat, 30 September 2011
Khamis, 29 September 2011
Perhubungan antara Komputer Tanpa Wayar - Infrared Modem
Pengenalan
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sedikit ilmu untuk mereka bentuk dan membina semi-dupleks mudah wayarles Infrared Modem . Modem akan disambungkan ke port bersiri komputer. pada kali ini penjelasan skematik dan asas litar akan diberi dan kita perlu untuk membina modul modem inframerah yang bekerja berdasarkan reka bentuk tertentu. Dua unit akan dibuat kerana kita perlu sepasang modem untuk melaksanakan komunikasi iaitu pemancar dan penerima signal data.
Rajah di bawah merupakan litar Infrared Modem yang asas untuk sistem perhubungan data antara komputer tanpa menggunakan wayar atau kabel. Litar tersebut mempunyai dwi fungsi iaitu pemancar signal dan penerima signal data. Ini bertujuan untuk kita mereka cipta sistem perhubungan dua hala.
Rabu, 28 September 2011
Peperiksaan Akhir Semester
Selamat maju jaya semua.... Semoga semua pelajar tiada yang repeat paper semester depan.... Sebenarnya... jaga periksa ni la yang paling aku boring nak kerja.... malas betul nak jaga tapi dah tugas kena buat la juga... Kalau mengantuk aku meronda segarkan mata... kalau boring main handphone game... kalau haus terusss ngetehhh.... kalau jumpa student tiru aku buat tak nampak jee... siannnn.... kalau tangkap nanti gantung satu semester... haaa3x... kenkadang semua tu mengimbau kenangan zaman aku duduki peperiksaan dulu... macam-macam hal nak lulus....
Selasa, 27 September 2011
Aktivit Sambil tunggu Kereta & Dapat lampu Baru
Dah lama kereta kami tidak mendapat belaian kasih sayang... menjak kejadian eksidan tempoh hari..Kereta kami tersenggut2, maka kenalah tuning lagi... Ingat nk pi cari lampu baru tapi lain jadinya. Maka masuk bengkel lah jawabnya.Kebetulan pulak syafiq dan Iqa x sekolah petang minggu ni sebab dicutikan bersempena murid2 tahun 6 ada periksa belah petangnya. Adam pun kami ambil sekali dari pada rumah pengasuh... kesian dia kalau ditinggalkan.Sungguh haru bila bawak budak2 3 orang nih... ader ker patut bengkel kedai service NGV jadi gelanggang main basikal. Nasib baik kedai ni lapang...
Papan tanda keselamatan di Kedai Servis NGV di Puchong.
Isnin, 26 September 2011
Pameran Kereta di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Karnival Usahawan Desa 2011 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 September dengan tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA". Banyak acara yang tersedia sepanjang 5 hari karnival ini berlangsung dan acara yang dinanti oleh kami sekeluarga ialah acara pameran kereta yang berlangsung 2 hari iaitu sabtu dan ahad yang lepas. Kami berkunjung pada malam hari minggu untuk melihat kreativiti peserta menghias kereta masing-masing dengan limpahan cahaya LED dan dentuman audio dan video sistem di kereta masing-masing. Serentak itu juga konsert dari artis berlangsung di sebelah ruang pameran kereta yang kami kunjungi.
1) Kereta Wira sedan yang siap dihias dengan limpahan cahaya LED dan lampu ......
Ahad, 25 September 2011
Taman Desa Sri Qaseh 26/09/2011 Elektrik dan Paip Air
Syukur alhamdulillah projek perumahan ini terus menerus berjalan dan pembinaan rumah-rumah juga terus berjalan dengan di sokong lebih 40 tenaga kerja manusia untuk menyiapkan projek ini mengikut jadual. Rumah kami juga telah siap dipasang casing pendawaian elektrik dan paip air di dalam rumah. Cuma kerja menaikkan genting bumbung mengalami kelewatan sedikit sebab warna genting yang hendak dipasang tersalah warna. Sebab itu kami perhatikan susunan stok genting tidak terusik dan masih tersusun rapi di tempatnya berbanding dengan kunjungan kami yang lepas.
Pemasangan paip ( casing ) pendawaian elektrik.
*( semua data hanyalah dari pemerhatian kami dan mungkin akan ada sedikit berubah dari kenyataan ini bila kami dapat melihat drawing pendawaian nanti.)
Punca kuasa lampu ada 11 unit, Punca kuasa Kipas ada 1 unit manakala punca kuasa plug ada 8 unit. Apa yang saya perhatikan susunan semua adalah seperti berikut :-
1) Punca kuasa lampu : 2 di ruang tamu, 1 di ruang dapur, 4 di ruang bilik, 2 di ruang bilik air, 1 di ruang hadapan rumah dan 1 di ruang belakang.
2) Punca kuasa plug : 4 di ruang bilik, 2 di ruang tamu, 2 di ruang dapur, 3) Punca soket ariel TV : 1 unit di ruang tamu.
4) Punca soket Telepon : 1 unit di ruang tamu.
Punca kuasa plug di ruang tamu yang ada 2 unit, 1 unit arial TV dan 1 unit soket talipon.
Sabtu, 24 September 2011
Kuasa Solar
Pengenalan Kuasa Solar
Tenaga Solar merupakan cahaya yang muncul dari matahari.Tenaga solar boleh dimanfaatkan oleh salah satu cara yang paling umum dengan menggunakan sel photovoltaic. Photovoltaic adalah teknologi tenaga solar yang menggunakan sifat-sifat unik semikonduktor tertentu. Sistem Photovoltaic adalah satu sistem elektrik yang terdiri daripada pelbagai modul PV dan lain-lain komponen elektrik.

Jumaat, 23 September 2011
Sambutan Raya Peringkat MMU dan Daerah Sepang
Sambutan raya terus berjalan lagi... rasanya dah berapa hari makan kenyang tahap kolestrol... Tiap-tiap hari ada je majlis sambutan hari raya diadakan. Dari sekecil-kecil peringkat sehinggalah ke sebesar-besar peringkat semua aku cuba memenuhi jemputan.... tak rugi kalau kita ramai bergaul dan tak lokek senyuman barulah hidup bermakna.... Jadi setelah perut yang kekenyang ini cuba untuk menaip catatan mulalah idea pun senak nak keluar sesenak di perut ku yang membesar ini.... Diringkaskan cerita mari kita layan catatan bergambar seperti di bawah ini :-
1) Majlis Sambutan Raya Peringkat ITSD ( Jabatan ) di MMU.
Itulah dia juruacara majlis yang sentiasa menghidupkan suasana sambutan raya dengan gelagatnya yang bersahaja...
Khamis, 22 September 2011
Open Office Sana Sini
Sambutan majlis hari raya Peringkat Fakulti (keseluruhan) dan juga Peringkat Staff (untuk kita-kita ajee!!) yang diadakan pada waktu makan tengahari di dalam lab aku ni selama dua hari berturut-turut disambut dengan meriah. Konsep hidangan Peringkat Fakulti adalah secara catering dan pada Peringkat Staff pula dengan cara potluck mengikut floor dan pejabat masing masing menambahkan lagi kemeriahan lauk-pauk yang dihidangkan. Sibuk juga aku ni yang menjadi TUAN TANAH untuk menganjurkan majlis sambutan hari raya ni. Dean dan juga staff sama-sama melapangkan masa untuk berkumpul dan menjayakan majlis sambutan hari raya pada kali ini. Sambutan majlis yang dimulakan dengan ucapan dari Dean Fakulti dan seterusnya jamuan makan dimulakan. Kemeriahan majlis ini dirakamkan untuk kenangan kami semua dengan cerita bergambar ini.
Selesai Dean (berbaju kemeja putih di bahagian tengah) menyampaikan ucapan perasmian, para hadirin terus ke meja hidangan untuk jamuan makan.
Rabu, 21 September 2011
Selasa, 20 September 2011
Open House Sana-Sini
Salam semua,
Hari nak ceritakan pasal rumah terbuka adikku paie&wifenya diana... buat pada jumaat yang lalu bersamaam hari satu malaysia. Dari kul 11 pagi sampai petang di Setia Alam, Selangor. Kemudia pada esokkan harinya pula rumah adik aku di Seksyen 7 Shah Alam dan seterusnya di rumah sepupu aku di Presint 18, Putrajaya pula.... fuhhh... letih... sampai demammm.....
Yang pakai baju biru tu adik ipar tu tuan rumah.
Isnin, 19 September 2011
Pusat Pelupusan Sisa Buangan
Tahukan anda ke mana sisa buangan dilupuskan?
Apa yang hanya kita ketahui ialah sisa buangan diangkut oleh lori sampah jika di perumahan tetapi jika di dalam sektor industri atau perkilangan sisa buangannya tidak boleh dilupuskan sesuka hati dan perlu dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ). Jabatan Alam Sekitar adalah satu badan yang di pertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti pelupusan sisa buangan tersebut. Manakala Kualiti Alam Sdn Bhd merupakan syarikat yang di pertanggungjawabkan untuk melupuskan sisa buangan tersebut. Ada banyak lagi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pelupusan buangan seperti Kualiti Alam Sdn Bhd. dan mereka melupuskannya mengikut jenis-jenis sisa buangan tersebut.
Apakah dia Sisa Buangan tersebut?
Sisa buangan adalah bahan buangan yang mempunyai fizikal seperti pepejal, cecair dan gas. Ia terbahagi kepada kepada dua iaitu :
1) Sisa Buangan Pejal ( Solid Waste ) - Sisa buangan pepejal adalah terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid seperti sisa makanan, perlombongan, binatang, pertanian dan sisa buangan industri yang tidak bertoksid.

2) Sisa Buangan Berbahaya ( Hazardous Waste ) - Sisa yang menimbulkan banyak atau potensi ancaman kepada kesihatan awam atau kemusnahan alam sekitar. Ia boleh dikategorikan kepada :
i) Mudah terbakar (takat kilat ≤ 60 ˚ c)
i) Mudah terbakar (takat kilat ≤ 60 ˚ c)
ii) Kakisan (larut logam, membakar kulit atau mempunyai pH ≤ 2
atau pH ≥ 12,5)
atau pH ≥ 12,5)
iii) Reaktif (kimia yang pesat atau ganas yang tidak stabil atau
mengalami tindak balas dengan air, udara atau bahan-bahan lain)
iv) Toksik (beracun atau boleh menyebabkan kanser, mutasi atau
kematian)
Ahad, 18 September 2011
Crazy Sale LowYat
Hari ni merupakan hari terakhir JUALAN GILER di Plaza Low Yat..... Harap-harap tidak ramai lagi yang kena temberang dengan iklan-iklan giler crazy sale ni. Rasanya ramai sangat yang kena tipu bulat-bulat dan tak kurang yang pulang dengan kehampaan. Mana ada Orang hendak berniaga rugi dalam dunia ni terutama tokey-tokey besar. AKU YANG PERGI DENGAN KAWAN-KAWAN PUN RASA TERKENA DENGAN PROMOSI DAN IKLAN CRAZY SALE NI.
Ni la iklan Crazy Sale yang di war-warkan
Sabtu, 17 September 2011
Perbezaan Baik hati dengan Murah Hati
Tiba-tiba artikel ini mengusik jiwa aku selepas kejadian kemalangan tempohari
di hadapan rumah. Aku rasa patut ke aku beri dia kos gantirugi sedangkan dia
yang meluru keluar dari parking haram dan sebelum bergesel aku juga sudah brek
berhenti namun bergesel juga di bahagian belakang kereta aku. Dia keluar kereta
terus mintak ganti rugi dan terus cabut meninggalkan aku yang terpinga-pinga
tanpa sedikit pun mengucapkan terima kasih. Itulah yang aku fikirkan bila
menetap di kawasan apartment yang rata-ratanya berpendapatan sederhana
rendah yang mana masing-masing sering hendak melepaskan diri. Orang lain tidak
bayar bil air tetapi bila kena potong air aku juga yang mengangkat air di tingkat 5
walaupun aku tiada tunggakan air sebab syabas potong guna meter pukal.Adakah
aku yang tidak sabar untuk berpindah ke rumah baruku ini.... Oh!!!......
mungkin juga....10 tahun ku bersabar dengan kerenah jiran-jiran ku ini. Ada yang
baik sangat dan tak kurang juga yang sering mengambil kesempatan.

Jumaat, 16 September 2011
Taman Desa Sri Qaseh 15/09/2011 ( pemandangan indah )
Selepas kami berurusan dengan Lawyer kami pun singgah ke perumahan untuk mengambil landskap suasana projek perumahan tersebut. Kami tidak masuk pun ke tapak projek kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dengan rancaknya. Kami rakamkan suasana di perumahan Taman Desa Sri Qaseh ketika kapal terbang hendak berlepas. Panoramanya yang diambil daripada laluan jejantas memang sungguh memikat hati kami....
Pemandangan yang indah dan tenang.....
Khamis, 15 September 2011
Tragedi 15/09/2011
Salam Semua...
Hari ini kami mulakan hari seawal 5.30 pagi, itupun sebab adam merupakan orang yang terawal bangun... puaslah kami pura2 tidur dia x mengesah tetap buat lawak pepagi buta supaya mama dan abahnya bangun. Puas di cucuk mata kami supaya kami ni bangun, mintak susu lah.... ader jer akalnya. Hari ni kami x tergesa2 sebab budak dua orang tu x pergi sekolah sbb dicutikan sempena UPSR.
Setelah mengemas rumah, basuh kain, sapu sampah dan segala bagai kerja rumah disiapkan, kami pun bersiap untuk settelkan pasal rumah dengan lawyer dan pemaju...Kira2 dalam pukul 9.40 kami pun memulakan perjalanan untuk ke Salak Tinggi..... Hubbyku pun bersiap untuk reversed kereta TIBA-TIBA ada bunyi berdentum kedengaran...... kami sekeluarga tercengang dan bergegas keluar kereta.... alamak kereta kami mengalami kemalangan... sungguh malang... hatiku yang berbunga kembang tetiba sudak kuncup melihat keretaku sudah kemik dan lampu belakang pun sudah pecah....huaaaa amat2 sedih.

Beginilah keter kami lepas eksident. aduhhhh....Berterabur cermin lampu atas jalan.
Rabu, 14 September 2011
Adam tercedera.
nih nak ceritakan kisah bila 2 beradik berlegai..
Kisah ni terjadi lepas balik dari Volkswagen Das Auto Show masing dah penat.... almaklumlah tah berapa jam beratur, memasing mula lah nak cari pasal. berebut bebenda yang tak patut pun.
Lepas gi pameran terasa nak tengok progress rumah lak... terasa rindu kat rumah Taman Desa Sri Qaseh 10/09/2011 ( Pendawaian Rumah ) .

Otw nk gi sama kami singgahlah kat petronas TPM, sambil nk sembahyang sekali...
mama gi tandas jap sementara abah tunggu budak2, semasa selisih abah gi surau & mama nak masuk kereta sempat adam dan along berebut benda yang x sepatutnya jadi mainan.
Benda merupakan kipas bergerak yang abah buatkan untuk along kat sekolah sebab kat sekolah along mengalami kerosakan pendawaian elektrik dan menyebabkan kipas tidak berfungsi di sekolah. Maka abahnya pun buatkanlah kipas ni untuk along rasa selesa dan nyaman ketika belajar. Kipasnih abah ambil dari dalam CPU yang nak menyejukkan processor tapi abahkan kretif.... jadi kipas angin begerak pulak.
Ketika berebut kipas tu la bateri tu yang menyinggah kat mata kanan adam... apa lagi meraung lah adam dalam kereta .. Mama yang gelabah pe lagi gi mintak Ais kat McDonald's yang terletak bersebelahan dengan petronas TPM untuk tekap kat bahagian yang bengkak dan lebam tu...Sian anak mama mata dah lebam.... lama jugak dia nangis sepanjang perjalanan ke Salak tinggi tu. Agaknyer sakit sangat la tu .... adam menangis sampai tertido kat riba mamanya.
Syukur tak kena mata. sebelum tertidur dia sempat mengadu... " mama.... tet, along buat"... kesian dia beberapa hari kalau berjumpa kengkawan mama dan abah, sempat dia menunjukkan matanya yang sakit....
Nukilan : Mama sue.
Selasa, 13 September 2011
Teknik Servis Projektor
Hari ini saya hendak berkongsi ilmu mengenai cara-cara menservis projektor. Sebelum kita melangkah ke seterusnya saya ingin bercerita serba sedikit mengenai projektor dan jenis-jenisnya. Sebenarnya teknologi projektor telah berkembang maju sehingga teknologi terkini menggunakan teknologi LED Projektor yang mana ia lebih kecil dan mudah untuk dikendalikan. Tidak kenal maka tidak cinta maka saya akan berkongsi serba sedikit mengenai projektor dan jenis projektor yang ingin saya kongsi adalah dari jenis 1) LCD Projektor ( Liquid Cristal Display )
2) DLP projektor ( Digital Light Processing )
3) 3DLP ( 3 Digital Light Processing )
Konsep LCD Projektor :
Konsep DLP Projektor :
Konsep 3DLP Projektor:
DMD bermaksud Digital Micromirror Devices yang membenarkan cahaya tertentu ( merah, hijau,biru ) memantulkan cahaya keluar ke skrin secara digital.
Isnin, 12 September 2011
Volkswagen Das Auto Show
Volkswagen. Das Auto. Itulah yang menjadi hala tuju kami dihujung minggu. Sambil bersiar bersama keluarga kami kongsikan apa yang ada di sana untuk tatapan semua.
Hujan-hujan pun sanggup beratur panjang pakai payung.
Ahad, 11 September 2011
Taman Desa Sri Qaseh 10/09/2011 ( Pendawaian Rumah )
Pada hari Sabtu 10/09/2011 kami seperti biasa mengunjungi projek perumahan yang kami beli seperti biasa untuk melihat perkembangan dan kemajuan taman perumahan Desa Sri Qaseh ini. Secara ringkasnya kami perhatikan pada kali ini kerja-kerja pemasangan "cover wire" atau laluan pendawaian di dinding setiap tumah telah di pasang. Ini antara bahagian penting pada kami untuk merakamkan laluan wayar pendawaian di setiap dinding kerana untuk memudahkan kami nanti bila kami ingin membuat pengubahsuaian pendawaian rumah kelak. Atap genting yang berwarna kelabu juga telah sampai dan diletakkan di hadapan rumah masing-masing untuk pemasangan bumbung. Seterusnya, kita ikuti perkembangan melalui cerita bergambar kami....
Lot 3738 - lot3751 yang telah siap sepenuhnya pembinaan kerangka konkrit rumah dan bumbung menyambut kedatangan kami.
Sabtu, 10 September 2011
Bila Lampu penunjuk bateri menyala
Sekadar nak syer pengalaman aku yang melayan kerenah kereta proton waja ni mengenai lampu penunjuk bateri di panel meter kereta. Apabila lampu penunjuk bateri ni menyala pasti ada yang tidak kena pada 1) sistem pendawaian kuasa, 2) komponen ( seperti fius ), 3) penjanakuasa ( alternator ) , dan 4) penyimpanan kuasa ( bateri ) . Perlu di ingat : hanya 4 bahagian ini sahaja yang berkaitan dengan lampu penunjuk bateri ini. Simbol yang biasanya terdapat di papan muka meter adalah seperti berikut :
Jumaat, 9 September 2011
Sendaloka di hari raya
Gelagat anak-anak aku ketika beraya aku simpan untuk kenangan. Bila beraya di kampung memang selalu aku terasa kehilangan anak-anak aku sebab semuanya lari nak ikut kereta abang atau kakak aku. Semuanya hendak berkumpul bersama-sama kakaknya(sepupu) mereka juga. Ketika beraya di rumah abang aku di Minyak beku aku tangkaplah gambar untuk kenang-kenangan. Kalau rumah abang aku yang sebelum ini isteri aku sudah snap gambar pokok-pokok ulam dan bercerita tentang ulam di sini yang terdapat di sekeliling rumah dan kali ini ketika aku berkunjung ke rumah abang yang atas aku betul mengikut turutan keluarga aku snap juga sekeliling rumahnya yang dipenuhi dengan haiwan peliharaan...
Jalan yang sesak menguji kesabaran memandu.
Khamis, 8 September 2011
Operasi Tertangguh Cabut Gigi
Salam Semua...
Harinih sudah 10 hari dalam bulan syawal, sebenarnya ada operasi yang tertanggguh.... tada... cabut gigi anak. Geram sungguh aku bila melihat gigi depannya dah mula goyang.. nak cabut masa bulan puasa x sampai hati pulak... tu yang sabar menunggu lepas raya, dan hari ini barulah berjaya bawak dianya ke klinik.Awal lagi aku cakap kat bebudak dua orang tu supaya x payah sekolah hari khamis sebab kita nk jumpa Dr Gigi..
Sebelum cabut gigi kenalah upah dulu.. bawak pi makan2 kat Percint 9, Putrajaya yang bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Putrajaya.Medan selera Percint 9, Putrajaya
Rabu, 7 September 2011
Perigi Batu Pahat
Pada kali ini aku merasa terpanggil untuk merakamkan asal-asul nama tempat kelahiran aku ini. Artikel ini juga adalah pelengkap di atas kunjungan kami ke Pantai Minyak Beku. Aku yang dilahirkan dan dibesarkan disini sehinggalah aku berhijrah menetap di negeri Selangor apabila aku berkahwin. Batu Pahat, itulah suatu nama yang sinonim dengan hidup aku.
Selasa, 6 September 2011
Pantai Minyak Beku
Pantai ini juga merupakan tempat aku beristirehat dihujung minggu suatu ketika dahulu di waktu zaman bujang. Banyak juga kenangan yang di pahat di sini ketika aku bekerja di kilang Sharp Batu Pahat. Pantai Minyak Beku merupakan pantai yang mengunjur di persisiran muara Sungai Batu pahat. Pantainya yang berbatu dan sedikit pasir menghiasi persisiran pantainya. Suatu ketika dahulu pantainya cantik dan sering menjadi tumpuan awam namun setelah terdapatnya kuari pemecah batu sedikit demi sedikit mula berkurangan pengunjung kerana percemaran debu dan bunyi bising daripada kuari batu. Namun setelah kuari batu itu ditutup, pantai Minyak Beku dimajukan semula untuk menarik kembali pengunjung bertandang ke situ.
Isnin, 5 September 2011
Belangkas
Pulang bercuti hari raya pada kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Dari kecil sampai sekarang aku masih tetap mengunjungi pantai ini kerana ia menyimpan beribu kenangan hidup aku bersamanya. Antara kenangan aku ialah menangkap belangkas di Telok Bakung ( Sekarang namanya Teluk Wawasan ) bersama rakan-rakan. Teluk Bakung dan Minyak Beku merupakan persekitaran muara Sungai Batu Pahat dan di situlah terdapatnya haiwan bernama Belangkas.
Ahad, 4 September 2011
Jawatan Kosong di Telekom Malaysia
Hari ni aku nak war-warkan jawatan kosong di TM dengan pelbagai jawatan dan skop kerja. Jadi, kepada sesiapa yang teringin atau yang masih menganggur atau pun nak bertukar angin kerjaya bolehlah mohon jawatan kosong tersebut sebelum 9 sep 2011 ini... kiranya tinggal 4 hari sahaja. Jangan takut tak sempat nak pos resume atau surat ke human resorce atau ke apa2 pun kerana semua permohonan hanya melalui Online sahaja... Hanya klik..klik ajeee....
Pelbagai jawatan kosong akan saya paparkan di sini dari semasa ke semasa untuk pelayar-pelayar kami yang baik hati semuanya.... Untuk keterangan lanjut sila rujuk seperti di bawah ini.....
Pelbagai jawatan kosong akan saya paparkan di sini dari semasa ke semasa untuk pelayar-pelayar kami yang baik hati semuanya.... Untuk keterangan lanjut sila rujuk seperti di bawah ini.....
Sabtu, 3 September 2011
Ulam kegemaran
Salam semua...
Pejam celik sudah 5 hari kita menyambut berada dalam bulan syawal nih....rasanya macam dah tepu dengan makan makanan hari raya. Bila sampai kat kampung Batu Pahat nih menu pilihan makanan aku memang suka masak masakan ala kampung sebabnya kat bandar asyik makan kobis, cerrot dan sawi aja.... beli kat pasaraya.
Memang hobi aku meraund keliling umah mak mertuaku mencari bahan free dan fresh jer. segala ulam aku petik. Ulam raja, tenggek burung aka cabang tiga,daun singkil aka pucul bebuas semuanya ada.... kalau kat bandar boleh tahan harganya.

Pokok Pucuk Manis
Khamis, 1 September 2011
Beraya ke rumah sanak saudara
Kehangatan beraya masih terasa kepada semua. Kunjung mengunjung menjadi amalan mulia..... raya ke tiga telah menjelma tiba..... ucapan ampun dan maaf sering di pinta............ Itulah kemeriahan di hari rayaa.....
Secara ringkasnya kami beraya di parit 3 dan parit 4 di rumah pakcik-pakcik dan rumah nenek di sawah. Pekerjaan utama di sini merupakan petani sawah dan kunjungan kami pada hari raya ini kami melihat tumbesaran pokok padi daripada kecil kerana mengikut kata pakcik kami bahawa pokok padi baru di tanam dari 2 minggu hingga ke sebulan yang lepas secara berperingkat-peringkat.
Kampung ini juga sering menjadi lokasi pengembaraan filem antara contohnya filem Nur Kasih... Sawahnya yang luas terbentang memberi ketenangan kepada kami untuk melihatnya. ikutilah gambar-gambar yang kami rakam sepanjang kunjungan kami di sana.........