Dah 4 hari aku servey avanza second..... punya la merayau sampai lama tak update blog. Bukan apa... sekarang ni Avanza second hand dah murah sebab Toyota nak kuarkan Avanza Model baru.... So bila aku dah servey ni area Selangor dan Kuala Lumpur bayaran bulanannya pun hanya lebih kurang RM400 je dah boleh dapat dah...Biasa la.. apa-apa jenama keter pun begitu ... Jika model baru kuar maka model yang lama akan jatuh harganya.... Kereta Waja aku pun sementara masih ada harga mulalah aku gatal tangan nak menukar kereta... heeee3x....Sementara Loan Avanza masih tinggi manakala pasaran kereta pula dah jatuh maka kebanyakkan kedai use car banyak memberi Avanza second hand dengan "0" Downpayment untuk clear stok.
Avanza Model 2012 |
Pandangan Avanza dari belakang |
Senarai harga Avanza di Indonesia |
Pelancaran Avanza di Indonesia |
Pandangan Avanza dari depan |
Inilah kereta yang aku servey... |
Begitulah pandangan aku untuk membeli kereta terpakai dan semua cerita di atas ada bersebabnya... Antaranya :-
Pinjaman Loan bank - Untuk kereta bawah 5 tahun loan boleh pergi ke 9 tahun ; Kereta 5-7 tahun loan boleh pergi ke 7 tahun dan kereta 7-10 tahun loan kereta boleh pergi hanya 5 tahun .... selepas itu bank sukar untuk memberi loan lagi. Di sini kita boleh melihat kenapa usia kereta pada 5 dan 10 tahun akan mengalami kesusutan nilai yang besar. Kerana disebabkan pinjaman loan bank. Anda boleh bayangkan jika bulanan anda hampir sama dengan bulanan bayar kereta baru... tentu anda akan ambil kereta baru jika harga bayaran kereta second hand hampir sama....
Keluar Model Baru - Kebanyakan Syarikat pengeluar kereta akan mengantikan model mereka setiap 5 ke 6 tahun sesuatu model keluaran mereka. Ini kan menyebabkan harga kereta second jatuh mendadak juga... Cuba anda bayangkan jika anda ada kemampuan membeli baru... tentu anda beli baru dan tak nak yang second hand....
Ketahanan Jangka hayat Kenderaan - Ketahanan jangka hayat kenderaan biasanya 5 tahun free maintanance kerana semua kenderaan biasanya ada warranty dan kalau tak de warranty pun untuk komponen asli memang jangkahayatnya lebih 5 tahun. Dan juga kalau pemanduan berjaga-jaga maka ketahanan kenderaan juga akan lebih lagi. Selepas 5 tahun atau 100,000km maka bermulalah episod menganti alatan sokongan kenderaan seperti Timing belt, Brek, Panel alatan dalaman dan lain-lain.... Selepas 10 tahun pula maka bermulalah episod menukar alatan yang mencecah ribuan ringgit. Biasanya kita boleh tahu melalui jarak perjalanan yang tercatat pada meter perjalanan di dashboard kereta. Jika sudah lebih 200,000km maka memang banyak yang akan perlu di tukar. Pada masa ini kenderaan itu pula akan menjadi bebanan kita pula setelah dia berkhidmat selama 10 tahun. Maka jika hendak gunakan kereta yang lebih 10 tahun pastikan sudah tiada hutang... baru tiada beban nak memperbaiki kerosakan....
Keadaan Kenderaan - Jika kereta tersebut catnya masih elok, Tiada kemalangan, Tiada kerosakan kekal pada body kenderaan tersebut maka nilai susutannya tidak akan jatuh mendadak. Tetapi Jika kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan yang serius dan besar maka susut nilai akan menjadi besar.
Penama Kenderaan - Biasanya Jika nama Perempuan kenderaannya ada harga lebih sikit... memang tidak dinafikan perempuan kebanyakkan bawa kereta cermat tapi perlu diingat.... Jika pemandu perempuan ni biasanya kerosakan yang ada adalah pada stering rod... drive shaft dan gear box namun yang lain biasanya elok. Namun tidak semuanya begitu....
Jenama dan Model Kenderaan - Jenama kenderaan yang mempunyai susut nilai yang tinggi setakat ini adalah Naza..... Proton.... dan seterusnya diikuti oleh Perodua.... Toyota...Honda dan Nissan penurunan nilainya kira perlahan.... Kadang-kadang orang terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan nilai ketenangan penggunaan produk. Namun tak semua model kenderaan begitu....
Antara kereta yang aku lihat di Seri Kembangan lepas tengok di Mudah |
Begitulah serba sedikit mengenai pengalaman aku yang sering bertukar kereta dan kereta sekarang ni pun dah ke 7 dah aku menukar kereta.... heee3x... Masa yang sesuai untuk memakai kereta second hand hanya dari usia 4 ke 9 tahun je... ini semua membabitkan kefahaman mengenai KEJURUTERAAN.... Namun apa-apa pun masing2x ada pendapat sendiri untuk masing2x dan setiap kaedah ada baik dan buruknya..... sekian dahulu dan kita berjumpa lagi dalam episod "Panduan Membeli Kereta Second Hand " pula di entri yang akan datang....
P/S : Sampai sekarang aku masih dilema nak beli yang mana satu keretanya... banyak kretiria kenderaan yang aku fikir sebelum membuat keputusan....
kancil pun suka pada Avanza nie...namun ndak suka pada second hand...sebab ndak pandai mendengar bunyi enjin...hehehe
BalasPadamBaru faham, rupanya ada kebaikan juga beli kereta second hand ni kan..
BalasPadamHarga avanza 2012 nie kat Malaysia mesti 60K keatas, mane boleh lebih murah dari kereta tempatan.
BalasPadamSaya tak pernah beli kereta baru... semua sekenhen.. selalu cari yang tak de value tapi cantik lagi... spectra... n kalau ada rezeki tunggu 2-3 tahun lagi nak rembat chery pulak..
BalasPadamwah...info yg menarik ni untuk sesiapa ygnak beli kereta second hand... kereta second ni memang murah tapi kena servey dulu. ada yg cakap kalau nak beli kereta second ni kena bawa mekanik dulu, baru beli...hehehe
BalasPadamgud info...
BalasPadamkancil - tak pe...kalau nak beli keter second bawaklah member mekanik sekali...
BalasPadamkak mid - banyak kebaikan tapi jangan sampai tersalah pilih kak... nanti jadi bebanan pula...
fazdliza - Toyota dan honda antara jenama paling rendah susut nilainya....
ija - wahhh,,, nak ambik chery yee... cari keter yg guna version enjin mitshubishi... sebab low maintanance....
santri - betul tu cadangannya....
suraya - suka berkongsi maklumat bersama pembaca...
lawa nya avanza baru.... terasa nak rembat sebijik
BalasPadamWahhhhhhhhhhhh ada benar apa yang dicakap bang kaz n sis sue :). Info yang berguna .. ada bakat bang ni dalam dunia permotoran hihi
BalasPadamwaa bagus tip ni, kadang2 tak terfikir macam ni.
BalasPadamAvanza tu cantiklah, teruskan niat, hehe..
wan habibah - ha'ah... lawa tu...
BalasPadamumi - heee3x... suka berkongsi ilmu... kalau dah tahu jangan la boring baca yee...
ummiross - niat dah tetap tapi untuk buat pilihan tu yg sukar... heee3x
wow..manyaknyee smpai keta ke 7 dh...merasalah beli byk jenis keta...hihihi
BalasPadamsorang ajer pon tak suwai kot avanza ni besar sgt huhuhu
BalasPadamhttp://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html
salam..adik mama pakai avanza..selalu turun naik bukit putus..m/mertua dia org pilah.nampak teguh buatannya..adik kata ok je..he2x..kalau ank ramai sesuai pakai n kalau gi nilai 3 senang nak isi bunga & pasu..ha2x..thanks kazman..
BalasPadamgud info.. tq for sharing.. avanza baru tuh cantik la..
BalasPadamohh gtu...ira pon igt nak cri keta 2nd tp perodua la..mybe myvi lama tu kot..sbb ira x expert lg bw keta..bf ira ckp rugi beli keta bru sbb takut ira bw langgar2 tembok ke..hehehe..;p..
BalasPadamok ke ek kak?
c'axoera - kalau sorang boleh jadi rumah bergerak...heee3x
BalasPadammama aini - memang nak MPV ni nak senangkan anak isteri... heee3x
rahani - Avanza baru memang cun... pasang niat siap2x dah ni... haaa3x
Ira - kalau baru nak belajar memang elok lah pakai yg second dulu... bijak2x....
keta avanza kt seri kembangan npk elok dan cun tu
BalasPadamKkereta makin murah..p rumah makin mahal...ada gak terpikir nak beli umah ni....=]
BalasPadamwaduh...kalau bingung nak pilih ni..
BalasPadamkenalah wat sembahyang istiqarah..
wah bagus info ni betul2 mestilah menang memakai semoga mendapat avanza idaman...
BalasPadamberkunjung sob..salam blogger
BalasPadamsalam kenal dan sukses selalu ..:)
mmg lawo anvanza baru tapi nak tunggu exora baru plak nie=)mmg dah anak 2 nak tukar keta mpv plak
BalasPadamhee..tu la..ira da ada lesen..dah nak dpt full lesen da tp dah lama xbw keta..haha..tu y igt nk beli 2nd je..abg kazman n k.sue sll survey kat mn?ira dok puchong, bf ira ckp kat serdang raya byk ea used car?
BalasPadamSaya nak cari Toyota Camry 2.0 tahun 2001 - 2002 camtu... Agak2 tuan, berapa harga terendah yang saya boleh dapat berdasarkan dari pengalaman tuan? Terima kasih.
BalasPadamSy ada kereta proton saga blm, baru bayar 3tahun lebih selama 9tahun nak tukar alza baru tapi nak tread in proton sy tapi risau nilai harga proton susut
BalasPadamSy ade toyota camry tahun 2000 utk dijual 0173863622
BalasPadamavanza sesuai utk family yg besar...klau seorang dua ambil yg kecil je
BalasPadamBeli kereta banyak terlibat dengan riba lor.berhati-hatilah agar tidak menyesal dikemudian hari.
BalasPadam