Jumaat, 16 Mac 2012

Lagenda Makam Keramat Anak Dara

Lagenda ini adalah merupakan cerita turun temurun beberapa genarasi yang berlaku di Kampung Tanjung Keramat Kuala Selangor yang terkenal sebagai kota sejarah bagi negeri Selangor. Makam ini terletak berdekatan dengan Bukit Malawati dan mempunyai tasik air tawar yang berwarna kehijau-hijauan. Kedalaman tasik ini tidak diketahui tetapi ia telah menyimpan satu rahsia lagenda yang di perturunkan dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.


Kampung Tanjung Keramat yang telah menyimpan lagenda Makam Anak Dara. Disinilah di percayai gadis yang menghilangkan diri itu berada buat kali terakhir.


Di atas bukit inilah terdapatnya Makam Anak Dara. Merupakan satu cerita legenda dari generasi ke ganerasi hingga kini.
Papan tanda yang menceritakan kisah mengenai Makam Anak Dara. Ceritanya begini menurut papan tanda tersebut :

Makam ini telah menjadi satu cerita rakyat di daerah ini. Makam ini dikatakan berasal dari seorang gadis yang warak yang telah dipaksa oleh orang tuanya berkahwin dengan orang yang tidak disukainya. Pada hari perkahwinannya, gadis ini telah menghilangkan diri ketika dikatakan hendak mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Menurut Ibunya, ibubapa gadis itu kemudian bermimpi yang anaknya telah melarang daripada mencarinya kerana ia telah mendapat tempat yang tenteram di sebuah pulau. Pada kesokkan harinya, Bapa gadis tersebut telah menjumpai pakaian anak gadisnya tersangkut di sebuah pokok di pulau yang dikatakan itu. Oleh itu, Makan telah di buatkan di situ. Sehingga kini, makan tersebut telah digunakan oleh orang ramai yang hendak membayar nazar dan menjadi tempat kunungan pelawat.


Saudara Aman inilah yang banyak bercerita mengenai makam anak dara ini dan beliau duduk di rumah bawah berhampiran bukit dan menjaga tempat ini. Saya yakin sebab pada awal saya sampai tempat ini berkunci dan bila dia datang membawa kunci pintu ke makan anak dara barulah saya tahu beliau menjaga tempat ini buat masa kini.


Makam ini hanyalah replika dan bukanlah makan yang sebenar atau ada jasad di dalamnya. Kalau menurut cerita turun temurun bahawa mayat gadis yang hilang tersebut tidak dijumpai hingga kini. Mungkin warisnya ingin mengabdikan tempat ini mungkin tempat terakhir gadis itu berada.


Di sini dahulu ada pokok besar tapi telah ditebang oleh saudara Aman  yang menurutnya telah dijadikan tempat mengantung gambar atau hajat oleh pengunjung . Untuk mengelakkan tempat ini dijadikan amalan khurafat maka pokok yang rendang itu di tebang oleh beliau.


Ini pula merupakan peninggalan orang zaman dahulu dan menurut saudara Aman bahawa batu lantai giling ini digunakan untuk membuat kenduri kepada orang yang nak bayar nazar. Biasanya satu ketika dahulu mereka korbankan lembu dan di masak berama-ramai di sini. dan ini adalah saki baki peninggalan barangan tersebut. Menurut beliau lagi... banyak barangan telah di curi oleh pelawat....


Pada asalnya, bukit yang asalnya bersambung dengan sebuah bukit bersebelahan yang lebih besar mengandungi peninggalan sebuah kota lama kesultanan Selangor. Tetapi ia jadi terpisah apabila bahagian yang menyambungkan kedua bukit itu diletupkan Inggeris, katanya untuk diambil batu-batuan untuk dibuat jalan...  Kiranya tasik ini peninggalan zaman penjajah sebagai kuari batu agaknya dan kini yang tinggal adalah sebuah tasik berair hijau antara kedua-dua belah bukit ini.



Selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui cerita ini... Wallahualam.....


21 ulasan:

  1. first time dengar lagenda ni...

    BalasPadam
  2. buat apa kat sana bang???
    menarik cerita ni... cam kat MASTIKA...

    BalasPadam
  3. scary jugak ehehee...tapi mmg menarik=)

    BalasPadam
  4. saspen gak masa mula2 bc tajuk n3.."makan keramat anak dara"..hihi..rupa2nya makam..

    BalasPadam
  5. first time dgr pasal tmpt ni..cam menarik je~

    BalasPadam
  6. Salam Kazman,

    kak Ros pun kali pertama dengar cerita ni...Misteri jugak ceritanya kan Kazman...

    BalasPadam
  7. ntah la bro..Allah yg maha mengetahuinya

    BalasPadam
  8. dekat kemaman ada nama kampung bukit anak dara juga...

    BalasPadam
  9. oohh xpnh dgr lagi..hee

    mcm gtu ea..tp wallualam la kan..hanya Allah y mengetahuinya..:)

    btw, thankss abg kazman n k.sue atas wish konvo ira..:D

    BalasPadam
  10. mmg tak pernah dengar lah plak..leh kaut ilmulah pg nie=)

    BalasPadam
  11. Sekarang saya berada di makam anak dara ..hehe :)

    BalasPadam
  12. tasik tu jugk dikenali tasik shima kan ? saya org K.S

    BalasPadam
  13. Org2 tertentu saja akan dpat naik, jd sblum datang, seeloknya betulkn niat utk ziarah, bkn utk mmnta di kuburan hingga menduakan Allah...

    BalasPadam
  14. 1st time dpt tahu psl ni.. hmm..

    BalasPadam
  15. Kenapa macam terbiar saja kawasannya...

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. munkin ada yg boleh sahkan nama anak dara tersebut ialah Cempaka..?

    BalasPadam
  18. Saya baru dtg ziarah kemakam ini...makam ini sekarang tlh berpagar dan berkunci atas perintah pihak istana...
    Dan keadaanya amat berbeza pada zaman saya kesini dulu..Dulu makam ini memang terletak dibawah pohon yg rendang dan tempat org bernazar...
    Kini makam ini kelihatan sepi tampa bumbung..
    Dari cerita arwah nenek saya ini makam nenek robiah(panggilan arwah nenek saya utk nama makam tersebut)Nenek robiah tdk meninggal tapi dia ghaib atau menghilangkan diri...
    Benar atau tdk saya tak pasti..tapi itu cerita dr arwah nenek saya yg berketurunan bugis..

    BalasPadam
  19. Sy baru tinjau majalah bicara keluaran mac 2001. Encik aman ni ade mmbuka restoran dn kolam pancing kt kaki makan ni. Sje search google nk tau ape cite skrang..

    BalasPadam