Ahad lepas selamatlah adik belah isteri bertunang dengan pilihan hatinya... Majlis yang di adakan di Selama, Perak selamat dilangsungkan pada pukul 12:30 tengahari. Majlis yang serba ringkas tapi penuh bermakna untuk ikatan dua kekeluargaan.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam melalui jalan lama Tanjung Karang ke Selama memang menguji kesabaran pemanduan di dalam perjalanan. Setelah tiba, barulah semua barang hantaran di packing semula di atas tempat asalnya untuk di buat hantaran. Setakat letak dalam bonet pas tu jalan selekoh layan lap sana sini sure dah berterabur dah... heee3x.. Ni semua gambar ketika berada di hadapan jiran rumah keluarga perempuan.....
Bila dah sampai dan segala hantaran telah diletakkan maka majlis pun bermula.... ringkas je ayat2x nya... senang cerita yang wajib2x sudah...
Masa ni tengah kawtim tarikh perkahwinan..... tu yg tengah pegang kalender tu.... mencari2x tarik yg sesuai... pun tak dapat2x juga... last2x bincang je la dalam talipon di kemudian hari.... lagi senang...
Doa selamat di baca menandakan majlis di penghujung acara.... Pas ni tentu lah bab makan... heee3x...
Bab makan.... acara yang dinanti-nanti... lapor dah ni... pukul 1:30 dah.... Kena pulak masakan ala kampung yang marvelesss.... 2 kali menambah nasik tu.... peerghhh... memang sedapppp....
Lepas acara meminang kami rehat sebentar di rumah makcik di Bagai Serai.... Lepak2x dulu rumah tepi sawah pas tu esoknya kami akan mulakan perjalanan mengelilinggi Pulau Pinang.......
selamat ya
BalasPadamwahhhh meriahnya .. suke tgok .. taniah buat adik bang kaz n sis sue ..pandai sis sue buat hantaran ..yayyy!!!
BalasPadampsttt bang ... ikan tu buat umi rasa nak tolong ratah je laa .. hihi
meriahnyaaa...sekrng ni majlis tunang pun dah meriah kan..takpe seronok kan dapat meraikan..
BalasPadamSimple je. Bagus. Zaman skrg ni derang bertunang pun dah macam kawen. Siap ada pelamin semua. Yang the latest saya tau, dah ada plak sessi fotografi 'pre-engagement'. Ingatkan pre-wedding je yg paling terkini. Haih.. macam2.
BalasPadambila nikah pula yea?? meriah je tgk walaupun secara sederhana...
BalasPadaminsyallah bulan december ni kot....
Padamselamat bertunang.. semoga jodoh diorang berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. :)
BalasPadamTahniah laa kat adik nanti ye.. Time kenduri kendara mcam ni budak2 yang paling seronok kan
BalasPadamcantiknya halaman kpg...terasa aura kesegaran...makanan wooooo mmg menambat hati..
BalasPadamassalamualaikum kazman sue...tahniah pada pasangan yg bertunang tu yer...:)
BalasPadamSalam, lama tak jumpa .. he he.. simple and sweet je majlis nya.. Insyaallah moga selamat sampai ke jinjang pelamin nanti..buleh jemput che mid he he
BalasPadamTahniah buat pasangan yang bertunang tu. ^_^
BalasPadamHi, my bahasa sebelum Merdeka, but I really enjoyed looking thru the well taken pics here. Very nice.
BalasPadamI miss going to a Malay wedding ceremony. And the lovely food dishes.
You have a pleasant week, keep a song in your heart.
Lee.
tahniah buat adik abg kaz n k.sue..:)
BalasPadamalhamdulillah lepas ni majlis besar la plak yea..hihihi
waaaaaaaa... tahniah ler... orang Gunung banjaran juga ker kui kui kui...
BalasPadamtahniah jugaaaa :)
BalasPadamTahniah dah slmt bertunang adik Sue....
BalasPadamselamat bertunang
BalasPadamselamat betunang buat adik..semoaga kekal bahhgia nanti
BalasPadamcuti sekolah ni... memanjang ada je majlis tunang dan kawin..... penattt .....
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamSelamat bertunang ye..semoga kekal bahagia dunia &
akhirat nanti...insyaallah..BTW, kami singgah baca &
follow blog ini..
Jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye..
www.mylovely-cats.blogspot.com
alhamdulillah...da satu step da :)
BalasPadamtahniah....
BalasPadam:)