Jumaat, 18 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 17/05/2012 Mengecat Rumah dan Pemasangan Besi Tembok Pagar

Pada kunjungan lepas kami perhatikan kebanyakkan rumah sudah dicat di setiap lot rumah. Rumah kami pun sudah di cat luar dan dalam cuma catnya adalah untuk lapis kali pertama atau lebih dikenali sebagai cat "undercoat color " iaitu cat putih yang bercampur kapur putih. Selepas itu barulah rumah ini akan di cat dengan warna yang sebenar. Semakin hari semakin terserlah rumah yang kita impikan semua. Syukur perjalanan pembinaan rumah ini mengikut seperti yang dirancangkan pembinaannya.

Sekarang ini, apa yang kami perhatikan pembinaan acuan lantai parkir di hadapan rumah hampir siap dan cuma beberapa unit rumah di lot yang sebaris dengan rumah contoh dan lot yang menghadap padang di bahagian belakang. Manakala yang lain dah siap pembinaannya. Besi Pagar tembok juga telah dipasang.

 Lagi satu yang kami perhatikan landskap taman juga akan dimulakan kerana ruang jalan di hadapan rumah kami telah di ratakan tanahnya.



Manakala di jalan lain masih banyak lagi barang binaan yang dilambakkan di hadapan rumah untuk pembinaan peringkat seterusnya. Nampaknya pembinaan rumah di sini dibuat berperingkat-peringkat mengikut lot.

Ini pula Lot yang dimiliki oleh tuan tanah yang mengadap padang. Mungkin semua unit tuan tanah ini dah di jual kepada pembeli. Rumah di lot ini sedang dalam pembinaan pagar hadapan rumah.



Ini pula lot yang bahagian hujung 20x70 yang menghadap padang juga. Dah siap cat dah. Tengah naikkan tembok pagar hadapan juga..


 Barisan yang ini pula adalah lot 20x70 yang berada di tengah2x barisan taman. Pun dah banyak yang siap....



Dah sebulan kami perhatikan rumah contoh pun dah jadi opis pemaju dah... Pembinaan taman yang bersebelahan kita di atas bukit juga nampaknya akan bermula kerana kami dapati bukit yang bersebelahan itu telah dibersihkan dan diratakan mengikut lot masing-masing. Makin meriah la Taman rumah kita ni berjiran dengan taman-taman yang bersebelahan nanti.



Durian yang berhampiran rumah kami pun sudah berbuah.... rezeki sapa la tu ye nanti... heee3x... Sempat juga lah anak kami terjerit-jerit cakap pokok durian tu sudah berbuah....Kita sibuk tengok rumah siap ke tidak tapi anak2x sibuk tengok pokok durian tu dah buah ke tidak.... haaa3x....



Begitulah perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh sehingga kini. Sehingga berjumpa lagi di minggu hadapan...



23 ulasan:

  1. Taman desa sri qaseh ni katne ye?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kazman sue...wah dah semakin nak siap pembinaan taman desa kaseh tu yer...:)

    BalasPadam
  3. Terbaek!! TQ kazman kerana update dr masa ke semasa..
    Property agent dh mula listing untuk dijual & harga buka
    bole tahan juga.. 260k - 290k untuk unit tengah..
    berapa agaknya untuk unit corner? *ahaks*

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal yee... taman warisan dan bahagian taman dalam labu lanjut tu 24x70 = 1680kp dah jual harga dari RM260K... kita punya rumah 20x80 = 1600kp mahu harga cucuk rapat tu.... rumah kita atas bukit tepi highway kan... Taman yang masuk ke dalam pun dah mahal2x pemaju bukak harga... nasib baik sempat beli rumah ni...

      p/s: ada seronok jugak bila dengar harga naik tapi macam kesian pada rakan2x yg kat opis ni tak beli rumah lagi...

      Padam
  4. waaaaaaaaaaa ada pokok durian....

    mesti jadi rebutan tu nanti kui kui kui...

    sudahnya nanti Allah petirkan pokok tu... bagi semua orang tak dapat makan... (kisah benar dalam keluarga Kak So)hahahahaha

    BalasPadam
  5. cantiknya ..tak lama lagi leh la bang kaz sekeluarga duduk :) ..yeayyy ..amin2

    BalasPadam
  6. Suka datang kat cni .. nak tengok lagi gambar3 rumah :)

    BalasPadam
  7. salam...tak lama lg, rumah idaman akan jd kenyataan.

    BalasPadam
  8. seronok anak2 explore kawasan sekitar, buah durian tu siapa yang punya? kalau berkenalan dengan tuannya mana tahu rezeki hehe...

    BalasPadam
  9. Untung la bang kazman. Dah dapek rumah. Durian lagi dah berbuah. Rumah Ada yg jual kek mudah.com. RM 290k. Ikut harga pasaran skg ker. Nape tinggi sangat naik. Jual lebih untung Dari duduk. Nk duduk ker nak jual. Nak duduk ker nk jual.. Dlm delima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe la... itu kan dah kerja orang property.... kami nak duduk situ je buat masa ni sebab dah susah nak cari rumah yg keluasan 20x80 sekarang ni dengan harga yg semakin naik.... Pada kami la harga tu ikut pasaran taman warisan dan taman exora... Kalau nak tahu rumah Semi-D Taman KLIA indah tu dulu saya nak beli masa tu baru dari RM148K sahaja.. Tapi tak de rezeki... bila dah siap sampai sekarang termenung tgk harganya naik tinggi.. Pun ada yg beli juga...

      Rumah kita pun new design (modern pattern) Tapi yg bestnya rumah atas bukit ( angin punya la best sambil duduk santai ) dan lokasi tepi highway... senang keluarga dari kampung nak cari rumah kami nanti... heee3x

      Padam
    2. Peeh.. RM 148k jer tmn indah klia. Tahun bila tu bg kazman. Nape tak sambar jer.. Say a pun tmn DSQ nasib2 jer ade yg bank tolak. Klia indah tu kawasan bwh.. Kalau banjir tu. Risiko beb... Yg sebelah pokok durian tu.. Nk buat taman apa.. N brape harga. Kalau tahu.

      Padam
    3. saya nak beli masa tu tahun 2006, pemaju tu bukak payung dgn meja je kat depan taman tu... masa tu taman tu masih semak belukar lagi... kira pembeli awal la juga kalau jadi... tapi dah bukan rezeki... nak loan susah... saya dah perhatikan harga di Salak Tinggi naik mendadak senjak 5 tahun kebelakangan ini.... tahun 2001 saya servey rumah below 50K untuk aparment dan below 80K untuk teres setingkat dan below 140K untuk rumah 2 tingkat.... Sekarang ni entah dah berapa dah melambung naik...
      Saya syorkan kita duduk la dulu rumah ni... saya percaya rumah kita ni naik boleh cecah lagi tinggi bila beberapa projek mega siap nanti...

      Padam
    4. Ok. Duduk tetap duduk.. Bekas Tapak office pemaju tu nk buat lot kedai ke kat situ.
      DSQ sekolah paling dekat kek Mano.

      Padam
  10. Wah....seronoknya tengok pokok durian tu...dah berbuah la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa... dah buah dah... rasanya nanti bila dah start buat taman kat sebelah tu tamat sudah riwayat pokok durian tu agaknya...

      Padam
  11. Salam Kazman.. minggu lepas ada terserempak di Raizan tp segan nak tegur. Saya pon ada beli rumah kat DSQ tapi tak penah nak gi tgk. Mmg berterima kasih pada Kazman krn update perkembangan DSQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jumpa saya sekeluarga kat mana2x pun tegur je la saya... Saya masih tak kenal lagi bakal jiran2x kat Taman DSQ ni... tak salah kan berkenal dgn bakal2x jiran...

      Padam
  12. pembinaan taman bersebelahan tu projek baru ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti la pulak saya tapi masa tahun 2010 tanah atas bukit tu ( sebelah taman rumah kita ) ada dijual sebagai lot banglo..

      Padam
  13. tgu umahnsiap ye.. ila pun tgh tgu umah ila siap.. kat kajang.. rasanya umah terakhir..umh makin mahal mmmm

    BalasPadam