Di bawah ini ada sedikit petikan mengenai kisah dan kejadian yang berlaku di Persimpangan Cyberjaya semalam. Kemalangan yang telah meragut nyawa pemandu rapidKL dan pemandu kenderaan 4 roda telah dirakanmkan oleh CCTV Cyberjaya yang beroperasi 24jam. Ceritanya pula boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Harian Metro keluaran hari ini. Sepanjang 11 tahun bekerja di Cyberjaya aku sudah banyak kali melihat kemalangan maut di Cyberjaya ini kerana Jalanraya di Cyberjaya ini terlalu banyak persimpangan yang hanya menanti kecuaian pemandu untuk dihukum. Walau kita pada kedudukan yang betul dijalan raya tapi pastikan kita sentiasa berwaspada kerana kemalangan tidak berbau.
Petikan dari Akhbar Utusan Melayu....
Gambar dari sumber Utusan Malaysia |
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi berkata, kejadian pukul 11.30 pagi dipercayai akibat tindakan pemandu bas yang melanggar lampu isyarat.
Ini pula petikan dari Akhbar Harian Metro pula...
PUTRAJAYA: “Saya bawa dua keping pajeri nanas ke hospital untuk diberi kepada suami kerana ingatkan dia hanya sakit atau demam biasa sebab sebelum ini suami pernah sakit di tempat kerja, tetapi tak sangka pula dia terbabit dalam kemalangan maut,” kata Khalijah Saari, 60, isteri kepada pemandu bas RapidKL yang maut dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat Persiaran Apec, di Cyberjaya, semalam.
Khalijah berkata, kelmarin, suaminya, Ismail Ahmad, 54, membawa pulang beberapa jenis buah-buahan termasuk mangga dan nanas, sebelum memintanya memasak pajeri nanas kerana teringin menikmati masakan itu.
Hari ini (semalam) saya masakkan pajeri nanas seperti diminta suami, selepas masak, saya menghubungi suami untuk memaklumkan masakan itu sudah siap dan saya ingin menghantar ke tempat kerjanya.
“Tetapi panggilan saya disambut kakitangan hospital yang meminta saya datang ke hospital, dengan segera. Saya datang bersama anak perempuan dan lelaki dengan membawa dua keping pajeri nanas, tetapi sebaik tiba di hospital saya dimaklumkan suami sudah tiada,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Putrajaya (HPJ), di sini, semalam.
Turut berada di situ beberapa rakan dan pegawai RapidKL yang kelihatan sedang mententeramkan keluarga mangsa manakala anak bongsu mangsa hanya dikenali sebagai Lokman kelihatan tersandar di dinding sambil sesekali mengesat air mata.
Khalijah berkata, kelmarin, suaminya, Ismail Ahmad, 54, membawa pulang beberapa jenis buah-buahan termasuk mangga dan nanas, sebelum memintanya memasak pajeri nanas kerana teringin menikmati masakan itu.
Gambar dari sumber Bernama |
“Tetapi panggilan saya disambut kakitangan hospital yang meminta saya datang ke hospital, dengan segera. Saya datang bersama anak perempuan dan lelaki dengan membawa dua keping pajeri nanas, tetapi sebaik tiba di hospital saya dimaklumkan suami sudah tiada,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Putrajaya (HPJ), di sini, semalam.
Turut berada di situ beberapa rakan dan pegawai RapidKL yang kelihatan sedang mententeramkan keluarga mangsa manakala anak bongsu mangsa hanya dikenali sebagai Lokman kelihatan tersandar di dinding sambil sesekali mengesat air mata.
Sedihnya tak sempat makan pajeri nenas.
BalasPadamx tau nak komen apa.. walau kita berhati2 but kalau dah ajal!
BalasPadamRisau kalau ia terjadi kpd kita... Sedih, tak dpt dibayangkn
BalasPadamYg lagi sedih keluarga yang tak pasal-pasal kena langgar pemandu bas tu!
BalasPadammacam laju sgt je bas tu... moral of the story jgn langgar lampu isyarat..
BalasPadammalang mmg x berbau..sbb tu kt kna sentiasa berhati-hati.. tp adakanya.. kt dh berhati-hati..tp kecuaian drp pihak lain
BalasPadamitulah...lampu isyarat dah kuning je saya berhenti dah...biarlah lambat asal selamat..
BalasPadamassalamualaikum kazman sue....memang berbaloikan suka sgt langgar lampu isyarat...:)
BalasPadamLaju giler bas tu. Nampak sgt langgar lampu merah. Camner nak hukum? Sebab nak cepat, 2 orang mati. Aishh
BalasPadamMasyaAllah, gerun tengok, kegopohan yang dibayar dengan nyawa.
BalasPadamingatlah org yg tersayang masa memandu..lagi2 pemandu bas yg bawak banyak nyawa dalam tu..
BalasPadamberhati2 di jln ry...agar x melibatkan nyawa pengguna jln raya lain
BalasPadameven org kata dh ajal..tp sikap memandu secara berhemah dpt diamalkan oleh setiap org..
malang tidak berbau.. berhati2 d jln raya..
BalasPadamyang melihat kemalangan tu depan mata mesti lagi trauma agaknya..
BalasPadamhuhhh... seram ....
BalasPadamkadang2 rasa takut bila kat jalanraya... tapi terpaksa lah...
ajal maut kat mana saja...
Jalan Raya umpama medan peperangan..
BalasPadamsedih la aku baca bro...x sanggup nk tgk clip tu
BalasPadambas selalu kejar masa...tapi bukan bas je,ramai pemandu sekarang yang tergesa2,nak cepat,tak sabar,pentingkan diri.attitude masa memandu teruk...minta dijauhkan,tkt tapi kena juga drive.
BalasPadamasalamualaikum... Ni nak perjelaskan sikit cerita ni.. Kat syarikat pemandu bas tu berkerja kalau mc sebanyank 2hari elaun pemanduan rm300 akan dipotong.. So dalam keadaan yang tak berapa sihat si pemandu bas tetap datang bekerja kerana elaun sebanyak rm300 tu tak akan dipotong.. Demi penat lelah nak mencari rezeki.. pemandu bas mungkin hilang kawalan atas faktor kesihatan.. Sedangkan isterinya slalu lihat dia dalam keadaan tak sihat sebelum itu..
BalasPadamterima kasih di atas penerangan di sebelah pihak pemandu bas..... mungkin "tanpa nama" rakan bas juga... kami selalu serapan di bus stand cyberjaya mungkin pernak terjumpa tanpa mengenalinya....
Padammemang x dinafikan. sepatutnya ini jadi pengajaran buat GMO dan MD. renung-renungkan lah. harap dibulan mulia ini kesedaran timbul dihati insan seperti anda berdua. kita semua akan dinisab di kemudian hari. w. alam.
BalasPadamkaji semula pemotongan rm300 tu. ingat setiap titik peluh pemandu itu akan dihisab di akhirat nanti. didunia kita gembira di bayar gaji rmxxxxx.xx tapi macamana jika ini kena anak dan cucu cicit GMO dan MD. insaflah. semuga cahaya ramadan memberi keberkatan kepada anda berdua.
BalasPadamx kanlah MC terlebih sehari ditolak elaun RM300.00 cuba pikir 10 hari pemandu tu kerja senang-senang saja syarikat tarik balik. kalau pemandu x halalkan semua orang yang makan duit itu HARAM hukumnya. di akhirat esok tanggunglah aku tidak HALALKAN.
BalasPadamkepada yg berkenaan..jgn main TERJAH jer klu xtahu apa crita kisah kehidupan seorang Pemandu Bas Rapidkl..n kehidupan bas rapidkl yg digunakan setiap hari tu..
BalasPadam