Jumaat, 8 Jun 2012

Trip to Penang Island - Telok Bahang - Batu Feringgi

Taman Rama-Rama , Telok Bahang, Pulau Pinang,

Pameran rama-rama adalah industri yang sangat muda berbanding dengan yang lain seperti zoo dan Taman burung.  Penang Butterfly Farm (PBF) telah ditubuhkan pada tahun 1986 di Pulau Pinang, Malaysia dengan 2 objektif utama yang berfungsi sebagai destinasi pelancongan dan untuk berkhidmat sebagai pusat bagi pendidikan, rekreasi dan penyelidikan saintifik. Pengunjung ke Taman Rama-rama Pulau Pinang, mendapati dirinya dikelilingi oleh pelbagai kibaran rama-rama dalam persekitaran yang seolah-olah semulajadi, mungkin untuk berfikir sendiri dalam sejenis hutan enchanted, Bejeweled dengan permata yang berwarna-warni penciptaannya. 


Pemerhatian yang terbaik di Taman Rama-rama merupakan rama-rama yang terbang bebas papilions dalam kandang besar. Pameran serangga dan reptilia terpilih juga untuk orang ramai. Pengunjung akan melalui  kompleks paparan dan berakhir dalam sebuah kedai cenderamata menjual kepemilikan rama-rama yang berkaitan.Hari ini, Pulau Pinang Butterfly Farm adalah ladang rama-rama pertama tropika yang pernah ditubuhkan di dunia tropika, dengan jumlah yang terbang purata 4000 rama-rama Malaysia iaitu 120 spesies yang berbeza, termasuk India jarang Leafl (Kallima paralekta) dan sayap Burung Kuning terancam ( troides Helena).




Mungkin yang paling terkenal rama-rama Malaysia adalah sayap Burung Brooke Rajah keluarga Papilionidae. Pertama kali ditemui di Borneo pada tahun 1855 oleh AR Wallace, ia telah dinamakan sempena Rajah pertama British Sarawak. Para pelawat boleh memeriksa rama-rama dalam jarak dekat kerana mereka terbang berganti-ganti di seluruh tumbuhan nektar kegemaran mereka serta lain-lain tumbuhan tropika yang terdiri daripada lebih 300 jenis.





Kami merakam juga video untuk kenangan kami di sana. Suasana di dalam taman rama-rama ni memang best dan anak-anak pun tidak puas-puas melihat keindahan Taman Rama-Rama ini.




Selepas melihat keindahan Taman Rama-Rama kami pun beredar ke bahagian pameran serangga pula di dalam bangunan. Rupa-rupanya banyak lagi pameran yang disediakan untuk pengunjung. Barulah rasa berbaloi bayar tiket masuk RM18 dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.






Begitulah serba sedikit apa yang terdapat di dalam Taman Rama-Rama. Selepas itu kami pun keluar dan menuju ke kereta. Pada masa ini Si Ibu hanya menunggu di kereta kerana sudah tidak larat untuk berjalan. Si ibu sabar menanti kami semua. Apabila kami sampai di kereta, tetiba kereta tidak dapat dihidupkan kerana si bapa terlupa hendak tutupkan kunci kereta.dengan keadaan aircond  dan radio terpasang. Apalagi, tentulah bateri kereta menjadi lemah. Masa inilah si bapa sudah serabut memikirkan macam mana hendak selesaikan masalah. 

Mujurlah ada seorang pemandu teksi berbangsa india sanggup menolong dengan menggunakan kabel jumper bateri yang dibawa untuk menghidupkan kereta kami. Syukur semuanya selesai. Dan seterusnya, bila kami lihat si ibu yang sudah terlalu letih, kami pun terus menuju ke Aparment Sri Sayang dan menetap sambil berehat di sana. Menag tragedi kereta tidak boleh di hidupkan membuatkan kami rasa letih ke sana ke mari untuk meminta bantuan.







Masa ini semuanya sudah letih dan mereka semua berehat di sana. Gambar di atas merupakan pemandangan dari tempat penginapan kami di tingkat 32 Apartment Sri Sayang. Sejuk mata memandang sambil berehat setelah melalui perjalanan selama 6 jam. Tinggallah si bapa yang masih merepair kereta di parking apartment kerana bateri kereta yang masih lemah dan perlu di perbaiki. Itulah tragisnya percutian kami sebab tetiba boleh la pulak bateri lemah disebabkan kecuaian menutup suis kereta ketika berenti.





23 ulasan:

  1. wah.. bestnya jalan2 sambil timba ilmukan.. Queen pun blm smp lh ke tempat2 ni.. selalu pegi tp tempat lain la.. shopping2 jer.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la.... punya la dah berapa kali turun penang baru kali ni dapat habis pusing satu pulau.... heee3x

      Padam
  2. best kalo jalan2 anak2 dah besar..senang sket dan seronok dorang dah faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.... sekurang2xnya mereka 3 beradik dah pandai berdikari...

      Padam
  3. Balasan
    1. masa on the way ke penang tu tak jumpa signboard ke rumah firdaus... heee3x

      Padam
  4. salam kenal,

    lama tak naik ke penang, lebih 6tahun

    cantiknya taman rama2 tu :)

    BalasPadam
  5. pernah g pulau pinang tapi tak pernah g taman rama2 dia...seronok nye dapat bercuti bersama keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la suraya.... letih layan suami yg kuat jalan ni.....

      Padam
  6. assalamualaikum kazman sue...seronoknya cuti2 makan angin...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok bercuti tapi tak seronok bawak badan ni... huuu3x...

      Padam
  7. nasib ader pemandu teksi yg prihatin..
    klu x jenuh jugakkan dgn anak2 lg..
    tingin jugak nk ke batu feringgi.. :)

    BalasPadam
  8. Terus terang Abe katakan, Abe tak pernah dapat enjoy kat Penang sepenuh hati sebab kebanyakkan pi sana atas urusan kerja.. Cantik dan banyak tempat menarik. Terniat pula nak ke sana

    BalasPadam
  9. Seronoknya dapat melancong bersama keluarga..Tak sampai lagi ke sana dgn keadaan anak2 sebegini..Mungkin melancong dlm mimpi hi! hi!..

    BalasPadam
  10. memang best bawak family bercuti khususnya pada musim cuti sekolah ni. Disamping dapat merehatkan minda,banyak pengalaman dan pengetahuan baru diperolehi semasa percutian. Ia baik untuk anak-anak yang sedang membesar.

    BalasPadam
  11. taman rama2 tu mmg sempoi bro..salah satu tptdating aku dulu tuh

    BalasPadam
  12. x pnh lg stakat ni g tmn rama2..sbb ssh kot nk jmpe tmn rama2 ni..kalo sy g mesti gila dok snap pic rama2 ni

    BalasPadam
  13. wah... seronoknya dapat jalan-jalan bersama keluarga.

    BalasPadam
  14. Taman rama-rama tu best sangat....saya pernah pergi, selain rama2 ada juga serangga lain kan...berbaloi la dengan harga tiket...

    BalasPadam