Jumaat, 4 Januari 2013

Anak

Jika anak hidup dengan kritikan
Ia akan belajar untuk mengutuk..
Jika anak hidup dengan kekerasan,
Ia akan belajar untuk melawan..

Jika anak hidup dengan ejekan,
Ia akan belajar untuk menjadi pemalu..
Jika anak hidup dengan dipermalukan,
Ia akan belajar merasa bersalah...


Jika anak hidup dengan toleransi,
Ia akan belajar bersabar.
Jika anak hidup dengan dorongan,
Ia akan belajar percaya diri sendiri..


Jika anak hidup dengan pujian
Ia akan belajar untuk menghargai..
Jika anak hidup dengan tindakan yang jujur,
Ia akan belajar tentang keadilan.
Jika anak hidup dengan aman,
Ia akan belajar untuk mempercayai..


Jika anak hidup dengan persetujuan,
Ia akan belajar untuk menghargai dirinya..
Jika anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan,
Ia akan belajar menemukan cinta sejati di muka bumi ini...


Untuk anak2ku.. Syafiq, Syafiqah dan Adam
jadilah manusia yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat....

10 ulasan:

  1. Anak juga fitnah (ujian) buat kita, ibu bapanya....

    BalasPadam
  2. aamiin... semoga anak2 kita akan menjadi anak yg soleh dan solehah dan semuanya bermula dari kita sendiri sbg ibubapa... ;)

    BalasPadam
  3. Aminn.. sedar tak sedar, anak kecil depan mata dah besar panjang..

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru Kaz/Sue...

    Moga anak2 Kazman/Sue membesar dengan sihat dan menjdai anak2 soleh dan solehah yang menyejukkan hati ibu dan ayah.

    BalasPadam
  5. Kata2 yang sangat berguna .. segala kata2 yang tertera kat atas tu ada benarnya (^_^)

    bang ..sis dah bersalin ke belu?umi doakan segalanya berjalan dengan lancar ..amin2

    BalasPadam
  6. Berpuisi hari ni. Anak baru dah lahir ke blum?

    BalasPadam