Merangsang perkembangan anak-anak bukan hanya tertumpu kepada
fizikalnya sahaja. Kanak-kanak cepat belajar perkara baru. Banyak yang
ingin diteroka termasuk keindahan alam semula jadi.
Walaupun tidak pandai bercakap lagi tetapi bayi juga bosan jika asyik
duduk di dalam rumah sahaja. Apa kata mama atau papa bawa si kecil
meneroka perkara baru. Tentu seronok kan.
Aktiviti mudah ini membantu merangsang perkembangan deria bau, lihat,
dengar dan sentuh mereka. Selain bagus untuk perkembangan deria, ia
turut merangsang koordinasi tangan dan mata yang merupakan kemahiran
yang perlu diperkembangkan.
1. Bawa si kecil melihat pokok-pokok kecil di halaman rumah atau
di taman bunga. Tunjukkan dan beritahunya, tentang pokok. Nyatakan warna
pokok itu. Ia sekali gus mengajar si kecil mengenai warna. Biarkan dia
menyentuh pokok itu. Jika enggan, bantunya menyentuh dan memegangnya.
2. Sekali-sekala biarkan anak kecil anda terdedah di bawah cahaya
matahari. Seeloknya pada waktu antara pukul 9.00 sehingga 10.00 pagi
iaitu tidak terlalu panas. Ia juga dapat membekalkan vitamin E untuk
kulitnya. Beritahu si kecil berkenaan cahaya matahari.
3. Pilih pokok yang berbunga dan berwarna. Si kecil amat gemar
kepada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ia membantu anak untuk fokus
kepada objek yang dilihatnya. Biarkan dia sentuh dan bau bunga tersebut.
Beritahunya tentang bunga yang berbau wangi.
4. Si kecil selalu suka dirinya dibelai dan dimanjakan. Dakapan
dan kucupan penuh kasih sayang memberikan aura positif yang membantu
perkembangannya. Setelah penat berjalan dan belajar, tiba masa mama
bergurau senda dengan anak. Lihat dan pandang ke wajahnya. Katakan hari
ini sangat menyeronokkan kerana dapat belajar tentang alam semula jadi.
PaMa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan