Rabu, 27 November 2013

Membina Taman Dari Barangan Terbuang

Alhamdulillah.... bila dah siap pindah dan renovate sikit-sikit rumah baru ni ada barangan yang berlebihan... Kalau hendak dibuang rasa sayang pula. Maka denga sedikit modal kami membeli rumput filipina dan sedikit batu sungai untuk membuat taman di hadapan rumah kami ni....

Mula-mula tu saya buat dulu batu tapak laluan refleksologi... sambil jalan-jalan sambil berurut kan... Mula-mula kita buat acuan dahulu dari aluminium dan buat ukuran 1x2 kaki persegi.... Selepas itu baru lah ambil simen dan pasir dengan sukatan 1 simen dan 3 pasir kita gaul bancuh hingga sebati... Seterusnya kita tuang di dalam acuan. Semasa simen dan pasir tersebut masih cair kita susun batu sungai dalam acuan. Biarkan dalam setengah jam untuk bancuhan simen dan pasir itu mengeras. Buatlah seberapa banyak yang kita hendak dengan melakukan proses berulang hingga siap...


Lepas itu apabila batu tapak refleksologi itu mengeras kita tanam rumput  dan susun tapak refleksologi mengikut kreativiti kita.... Rumput  yang kami beli ini daripada jenis rumput filipina... harganya rm1.50 untuk keluasan 1x2 kaki persegi. Bila kita letak rumput tu pastikan ia rata dipermukaan tanah... selepas tu kita tabur sedikit tanah disekelilingnya... dan yang penting kita kena simbah air banyak-banyak selepas menanam rumput. Simbah sampai banjir pun tak pe.... heeee3x...


Bila dah tumbuh rumput tu nanti ia akan bercantum dan penuh seperti gambar di bawah ini.... barulah sejuk mata memandang... Selamat mencuba....

7 ulasan:

  1. waa...bagusnya buat sendiri..kami haritu tanam rumput tp x menjadi. dua kali jugakla cuba. mungkin tanah x sesuai ke

    BalasPadam
  2. buat taman sendiri mmg jimat dan murah...tambah kalau seisi rumah membantu mmg best..

    BalasPadam
  3. salam ziarah

    dh pindah ye...cantik..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kazman sue...cantik2 ...;)

    BalasPadam
  5. cantik
    bagus lah buat sendiri ye
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blgospot.com
    dah follow blog ni ye

    BalasPadam
  6. pandai DIY ni.... untung dan jimat ni..

    BalasPadam