Jumaat, 2 Mac 2012

Perginya kasih sayang seorang Ayah....

Semalam setelah 2 minggu pemergian Arwah Saiful, kami sepejabat berkunjung ke rumah Arwah Saiful untuk menyampaikan sumbangan dari pihak fakulti dan insan yang telah menghulurkan derma kepada keluarga arwah Saiful. Arwah Saiful yang telah pergi selamanya akibat  kemalangan  untuk pergi bekerja (Klik di sini untuk kisah kemalangan) telah meninggalkan 3 anak kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ayah.... Anaknya yang sulong berusia 3 tahun... yang ke dua berusia 1 tahun 3 bulan dan yang paling kecil berusia 3 bulan......... Ketabahan hati seorang ibu meruntuh hati dan jiwa kami semua untuk menghadapi dugaan yang maha kuasa ini.....

Rumah keluarga Arwah Saiful


Kunjungan kami tiba pukul 10 pagi untuk bertanya khabar

Rakan sekerja Arwah Saiful
Anak sulong yang berusia 3 tahun......
Ayah….

Tidak akan hilang di benak kami

Tidak akan pudar dari pandangan kami

Betapa mulia hatimu

Betapa besar jiwamu

Menepis ranjau dan duri itu

Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Anak ke dua yang berusia 1 tahun 3 bulan.....
 Di kala ini pasti dia merindukan pelukan seorang ayah....
Untuk  dia melelapkan mata  dengan  pengharapan......
Agar kembalinya seorang ayah dalam kehidupan........
 Ayah….

Kesabaran juga tetap terbatas

Meski diuji dan dicabar

Oleh karenah kami

Yang adakalanya nakal

Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Bermanja dengan diriku yang kesyahduan....
Agar dapat mengubat  hati yang kerinduan......
Mengharapkan kepulangan ayah di pangkuan.....
Namun yang nyata tiada kesudahan......
Ayah…

Dirimu ibarat sang awan

Yang memayungi kehidupan kami

Yang senantiasa memerlukan dirimu

Saat sang suria memanaskan sinarnya
Bergurau senda dengan ahli rombongan
 Ayah…..

Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….

Terima kasih ayah dari kami yang tidak mengenal erti.....

Semoa Allah memelihara di alam seterusnya nanti....
Anak yang berusia 3 bulan...

Bermanja dengan ahli rombongan kami...

Rakan2x yang hadir dan membantu dari
 mula kemalangan arwahnya sampailah kini....

Menghulurkan sumbangan kepada isteri Arwah Saiful

Antara barangan yang di sumbangkan

Kami semua berangkat pulang meninggalkan
keluarga arwah yang menyambut baik kedatangan kami.....











Gratisan Musik

21 ulasan:

  1. sebak lak aku baca post ko nie wak...

    BalasPadam
  2. sampai sekarang masih terngiang-ngiang lg di telinga aku suara arwah semasa dia ada lagi.. Takziah kepada keluarga arwah...

    BalasPadam
  3. sedihnya...anak2 kecil lagi kan..inilah ketentuan Tuhan..

    BalasPadam
  4. harap isteri beliau tabah mengharungi dugaan ini...dugaan yang agak berat juga...dengan anak2 yang masih kecil...insyaAllah, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. keciannyer...tak boleh nk gmbrkan mcne perasaan semua ahli keluarga mereka..

      Padam
  5. Entah mengapa airmata kakak luruh baca N3 ini K&S. Kecik-kecik benar anaknya. Moga ada ketabahan dipihak keluarga yg ditinggalkan.

    Kita doakan rohnya tenang di sana...

    BalasPadam
  6. lepas baca entry ne trus kol abah..trus abah pelik tetiba tnya khabar dia.. moga isteri n anak2 arwah tabah n cekal hadapi hari2 mendatang..

    BalasPadam
  7. yg pergi tetap pergi..
    namun yg ditinggalkan meruntun jiwa insan yg bersimpati..
    doa saya di pagi Jumaat ini, isteri arwah tabah menerima ujian Allah ini...

    BalasPadam
  8. sedih betul baca entri ni..semoga isteri arwah tabah bersama anak2 kecil....

    BalasPadam
  9. bergenang air mata sy baca entry nih.. sebak sgt.. nak2 bila tgk anak2 arwah yg masih kecil tuh.. semoga isteri arwah terus tabah.. Al-Fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  10. teringat arwah ayah bile bace entry ni..mmm mase tu sy umur 14 adk bgsu setahun setengah...mmm sedih sayu bace entry ni..al fatihah & takziah...

    BalasPadam
  11. Ya Allah pilunya hati saya,teringat rakan yg anak2 masih kecil,pernah juga masuk rancangan bersamamu,juga kemalangan.

    bila balik aje tetamu,timbullah perasaan si isteri.sunyi,tabahkan hati isterinya Ya Allah.

    Inna lillah-hiwa inna ilai hirojiun.

    al-Fatihah.

    BalasPadam
  12. sedihnya,.. terharu kancil membaca dan melihat gambar anak2nya...apapun itu sudah takdirnya...semoga kita yang hidup sentiasa membantu keluarganya

    BalasPadam
  13. Bergenag airmata ummi baca n3 ni, terutama tengok gambar anak kecil dalam dukungan Kazman tu, sayunya hati..

    BalasPadam
  14. i don't read.. i juz scan for awhile.. i live without a dad..so, i don't wanna hear the same thing goes to others.. :)

    BalasPadam
  15. berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..
    tabah la dgn ujian Tuhan..

    BalasPadam
  16. mmg kita digalakkan membantu anak-anak yatim..
    moga anak-anak arwah membesar dgn baik dgn bimbingan drp ibunya..

    BalasPadam
  17. anak2 masih kecik lagi..sebak baca entri ni...

    BalasPadam
  18. touchingnya baca entri ni.... takziah kepada keluarga arwah...

    BalasPadam
  19. Arwah ada 3 orang anak.. 3 tahun, 1 tahun 3 bln dan 3 bulan...

    Sejak peristiwa tu Isteri arwah belum memulakan kerjanya..

    BalasPadam