Semalam setelah 2 minggu pemergian Arwah Saiful, kami sepejabat berkunjung ke rumah Arwah Saiful untuk menyampaikan sumbangan dari pihak fakulti dan insan yang telah menghulurkan derma kepada keluarga arwah Saiful. Arwah Saiful yang telah pergi selamanya akibat kemalangan untuk pergi bekerja (Klik di sini untuk kisah kemalangan) telah meninggalkan 3 anak kecil yang masih dahagakan kasih sayang seorang ayah.... Anaknya yang sulong berusia 3 tahun... yang ke dua berusia 1 tahun 3 bulan dan yang paling kecil berusia 3 bulan......... Ketabahan hati seorang ibu meruntuh hati dan jiwa kami semua untuk menghadapi dugaan yang maha kuasa ini.....
Rumah keluarga Arwah Saiful |
Kunjungan kami tiba pukul 10 pagi untuk bertanya khabar |
Rakan sekerja Arwah Saiful |
Anak sulong yang berusia 3 tahun...... |
Ayah….
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Ayah….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Bermanja dengan diriku yang kesyahduan.... Agar dapat mengubat hati yang kerinduan...... Mengharapkan kepulangan ayah di pangkuan..... Namun yang nyata tiada kesudahan...... |
Ayah…
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Bergurau senda dengan ahli rombongan |
Ayah…..
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terima kasih ayah dari kami yang tidak mengenal erti.....
Semoa Allah memelihara di alam seterusnya nanti....
Anak yang berusia 3 bulan... |
Bermanja dengan ahli rombongan kami... |
Rakan2x yang hadir dan membantu dari mula kemalangan arwahnya sampailah kini.... |
Menghulurkan sumbangan kepada isteri Arwah Saiful |
Antara barangan yang di sumbangkan |
Kami semua berangkat pulang meninggalkan keluarga arwah yang menyambut baik kedatangan kami..... |
Gratisan Musik
sebak lak aku baca post ko nie wak...
BalasPadamsampai sekarang masih terngiang-ngiang lg di telinga aku suara arwah semasa dia ada lagi.. Takziah kepada keluarga arwah...
BalasPadamsedihnya...anak2 kecil lagi kan..inilah ketentuan Tuhan..
BalasPadamharap isteri beliau tabah mengharungi dugaan ini...dugaan yang agak berat juga...dengan anak2 yang masih kecil...insyaAllah, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya..
BalasPadamkeciannyer...tak boleh nk gmbrkan mcne perasaan semua ahli keluarga mereka..
PadamEntah mengapa airmata kakak luruh baca N3 ini K&S. Kecik-kecik benar anaknya. Moga ada ketabahan dipihak keluarga yg ditinggalkan.
BalasPadamKita doakan rohnya tenang di sana...
lepas baca entry ne trus kol abah..trus abah pelik tetiba tnya khabar dia.. moga isteri n anak2 arwah tabah n cekal hadapi hari2 mendatang..
BalasPadamyg pergi tetap pergi..
BalasPadamnamun yg ditinggalkan meruntun jiwa insan yg bersimpati..
doa saya di pagi Jumaat ini, isteri arwah tabah menerima ujian Allah ini...
sedih betul baca entri ni..semoga isteri arwah tabah bersama anak2 kecil....
BalasPadambergenang air mata sy baca entry nih.. sebak sgt.. nak2 bila tgk anak2 arwah yg masih kecil tuh.. semoga isteri arwah terus tabah.. Al-Fatihah utk arwah..
BalasPadamteringat arwah ayah bile bace entry ni..mmm mase tu sy umur 14 adk bgsu setahun setengah...mmm sedih sayu bace entry ni..al fatihah & takziah...
BalasPadamYa Allah pilunya hati saya,teringat rakan yg anak2 masih kecil,pernah juga masuk rancangan bersamamu,juga kemalangan.
BalasPadambila balik aje tetamu,timbullah perasaan si isteri.sunyi,tabahkan hati isterinya Ya Allah.
Inna lillah-hiwa inna ilai hirojiun.
al-Fatihah.
sedihnya,.. terharu kancil membaca dan melihat gambar anak2nya...apapun itu sudah takdirnya...semoga kita yang hidup sentiasa membantu keluarganya
BalasPadamBergenag airmata ummi baca n3 ni, terutama tengok gambar anak kecil dalam dukungan Kazman tu, sayunya hati..
BalasPadami don't read.. i juz scan for awhile.. i live without a dad..so, i don't wanna hear the same thing goes to others.. :)
BalasPadamberat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul..
BalasPadamtabah la dgn ujian Tuhan..
mmg kita digalakkan membantu anak-anak yatim..
BalasPadammoga anak-anak arwah membesar dgn baik dgn bimbingan drp ibunya..
anak2 masih kecik lagi..sebak baca entri ni...
BalasPadamsebak sgt2 baca n3 ni...
BalasPadamtouchingnya baca entri ni.... takziah kepada keluarga arwah...
BalasPadamArwah ada 3 orang anak.. 3 tahun, 1 tahun 3 bln dan 3 bulan...
BalasPadamSejak peristiwa tu Isteri arwah belum memulakan kerjanya..