Memaparkan catatan dengan label Perkembangan perumahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan perumahan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2014

Rumah Kami Yang Suci Dalam Debu

Bila dah pindah ni baru tahu masalah yang timbul di rumah baru kami ni... Ni la nasib bila beli rumah di kawasan baru dalam pembangunan... Sebelah taman ni asalnya bukit pun dah nak jadi rata dah... Debunya pun kira dahsyat jugak ni... Tebal debunya dah sampai tahap boleh buat tayamum kalau darurat tak de air ni...

Khamis, 26 September 2013

Mahligai Kami Sudah Siap Akhirnya

Syukur alhamdulillah siap juga akhirnya rumah kami ni.... dua tahun setengah kami menunggu..... Pada 21 september kami dapat kunci rumah kami.... selesai sudah penantian selama ini...


Khamis, 22 November 2012

Taman Desa Sri Qaseh 22/11/2012 Pemandangan pembinaan sepanjang awal November

Sekejap je rasa sudah nak bertukar tahun... dan lamaaaaa la pula kami rasa rumah kami nak siap-siap.... begitu la rasanya senjak akhir2x ni... biasa la kan... penantian tu memang macam tu la kan.... diringkaskan cerita kami kongsikan gambar perkembangan pembinaan Taman Desa Sri Qaseh pada November ini... Musim hujan yang tibaaa...

Jumaat, 2 November 2012

Taman Desa Sri Qaseh 02/11/2012 Pemandangan pembinaan Jalan Tar

Alhamdulillah... Jalar pun dah di turap dengan tar. Pokok hiasan pun dah banyak yang ditanam... Taman permainan pun sudah hampir siap... Divider jalan pun hampir siap... Semoga kita semua dapat CF dan boleh menduduki pada Januari 2013 seperti yang dirancang... Begitulah kata Ah Soon yg merupakan penyelia kontraktor projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Hampir sejam juga kami berbual-bual mengenai perkembangan Taman DSQ ini. Biar gambar berbicara mengenai perkembangan perumahan pada kali ini.....
Lori yg membawa muatan Tar 

Ahad, 14 Oktober 2012

Taman Desa Sri Qaseh 13/10/2012 Pemandangan pembinaan sepanjang awal October

Sepanjang awal bulan oktober ni nampaknya kerja-kerja penyudahan giat dijalankan... antaranya pembinaan Gazebo Taman Permainan, Jalan di taman perumahan ini, penyudahan paip air dan penyudahan kabel elektrik... Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar yang kami ambil semasa kunjungan kami ini...

1) Taman Permainan

Rabu, 3 Oktober 2012

Taman Desa Sri Qaseh 02/10/2012 Perkembangan Sepanjang September

Dah dekat sebulan tak update perkembangan rumah... Minta maaf sangat2x kat jiran-jiran..... Syukur rumah kita ini dah semakin sempurna.... Masa bayar deposit air dan elektrik pada hujung minggu lepas di tapak taman perumahan Desa Sri Qaseh rasa seronok dapat berkenalan dengan jiran-jiran yang hadir sama. Semuanya ramah-ramah dan baik-baik belaka walaupun berlainan latar belakang kerja. Di ringkaskan, pada kali ini kami uploadkan gambar disepanjang bulan september yang telah kami ambil semasa datang ke Taman perumahan yang masih di dalam pembinaan ini...

Rabu, 29 Ogos 2012

Taman Desa Sri Qaseh 26/08/2012 Taman Permainan Kanak Kanak dan Landskap Taman

Kami harap tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada bakal-bakal jiran kami ini. Jika ada tersalah fakta dan maklumat harap dimaafkan. Rasanya hampir sebulan lebih kami tidak update perkembangan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Sepanjang kami tidak update kami ada juga pergi melihat perkembangan pembinaan Taman ini tetapi tidak banyak perubahan yang ada untuk dikongsi bersama. Kebanyakkan kami perhatikan adalah kerja-kerja membaik pulih kecacatan yang ada pada binaan rumah sahaja. Selain itu, kerja  pembinaan landskap taman pula yang giat dijalankan... Jadi kami ingin berkongsi mengenai suasana di sana yang kami ambil untuk tatapan bersama.

Isnin, 16 Julai 2012

Taman Desa Sri Qaseh 15/07/2012 Selesainya kerja memperbaiki kerosakan

Pada hari semalam kami meninjau lagi perumahan di Taman Desa Sri Qaseh. Nampaknya kerja-kerja membaik pulih kecatatan dan kekurangan  yang ada pada binaan rumah kami telah selesai. Mungkin selepas ini kerja-kerja mengecat semula akan dilakukan untuk menutup bekas tampalan dan kecacatan yang ada. Kami pun parking kereta kami untuk melihat keluasan lot parking di rumah kami ini.


Khamis, 21 Jun 2012

Taman Desa Sri Qaseh 20/06/2012 Kerja kerja memperbaiki kerosakan setelah rumah siap.

Pada kunjungan kali ini kami singgah sebentar untuk melihat perkembangan selanjutnya. Syukur alhamdulillah rumah kami sudah siap. Dan yang pasti apa yang kami perhatikan penurapan batu jalan telah di buat sepenuhnya. Gambar di bawah ini merupakan lorong di tepi unit sebaris dari padang di bahagian bawah sampailah ke unit rumah atas. Seronok la jugak bila tepi di setiap unit ada jalan tar nanti.. Maknanya bila hendak buat kenduri-kendara nanti bolehlah guna lorong di tepi rumah dan tak perlulah untuk lalu di dalam rumah untuk ke depan dan belakang.  

Isnin, 11 Jun 2012

Taman Desa Sri Qaseh 09/06/2012 Penurapan Batu Untuk Membina Jalan

Minggu lepas kami berkunjung ke Taman Desa Sri Qaseh. Apa yang kami dapat lihat bahawa lori sedang keluar masuk dan jentera steamroll sedang beroperasi. Kira jentera tu macam sterika bumi la gamaknya. Mula-mula mereka ratakan tanah merah di permukaan jalan. Kemudian mereka menambak pasir dan di mampatkan oleh jentera steamroll. Selepas pasir sudah mampat dan rata mereka menurap batu kerikil pula. Kemudian mereka ratakan lagi dengan steamroll sehingga mampat.


Jumaat, 25 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 24/05/2012 Pembinaan Longkang Padang Permainan dan Pagar

Peringkat pembinaan perumahan Desa Sri Qaseh ini terus berjalan... Seronok juga bila datang taman ni tengok diorang buat kerja, sekurang-kurangnya kita dapat melihat progress membina taman ini berjalan setiap hari... Pada kunjungan kali ini kami melihat di ruang padang permainan taman ini yang sedang dibina longkang dan kerja meratakan tanah.

Jumaat, 18 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 17/05/2012 Mengecat Rumah dan Pemasangan Besi Tembok Pagar

Pada kunjungan lepas kami perhatikan kebanyakkan rumah sudah dicat di setiap lot rumah. Rumah kami pun sudah di cat luar dan dalam cuma catnya adalah untuk lapis kali pertama atau lebih dikenali sebagai cat "undercoat color " iaitu cat putih yang bercampur kapur putih. Selepas itu barulah rumah ini akan di cat dengan warna yang sebenar. Semakin hari semakin terserlah rumah yang kita impikan semua. Syukur perjalanan pembinaan rumah ini mengikut seperti yang dirancangkan pembinaannya.

Jumaat, 11 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 10/05/2012 Pembinaan Acuan Lantai Parkir Hadapan Rumah

Semalam kami datang untuk melihat kemajuan projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Syukur dah banyak yang hampir siap rumahnya... Semua gambar ini merupakan proses untuk membina acuan pada lantai parkir di hadapan rumah kita. Banyak jugak rumah yang dah di buatnya dan proses untuk menyiapkan satu2x rumah pun memakan masa sehingga 4 jam jika cuaca panas dan tidak hujan.... Jom kita lihat proses bergambar yang mereka lakukan....


Selasa, 8 Mei 2012

Taman Desa Sri Qaseh 05/05/2012 Tanah Lot Banglo untuk dijual RM120K

Ada sesapa yang ingin membeli tanah lot banglo yang berhampiran dan berhadapan dengan Taman Desa Sri Qaseh ini bolehlah berhubung terus dengan En. Zaini di talian 013-3593747. Tanah lot Banglo ini dijual sekitar RM120 000.00 dengan keluasan 4010Kaki/persegi.


Ahad, 29 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 28/04/2012 Pembinaan Lantai Hadapan Rumah

Kali ini kami perhatikan bahawa kebanyakan rumah pula akan di bina lantai hadapan rumah setelah proses membina tembok selesai. Banyak juga yang kami perhatikan bahawa rumah-rumah di sini telah siap tembok hadapan rumah dan di bina pula lantai hadapan. Begitu juga dengan sistem perparitan juga banyak yang telah siap dibina dan juga tiang pagar dibelakang rumah juga telah di pacak berdiri sebagai tanda pembahagian ruang tanah setiap unit perumahan ini.
Lantai Hadapan

Ahad, 22 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 21/04/2012 Kolam Kumbahan dan Stesyen Elektrik

Pada kali ini kami ingin berkongsi dengan jiran semua mengenai pembinaan Kolam Kumbahan dan Stesyen Elektrik yang ada di Taman Desa Sri Qaseh ini. Pembinaannya yang hampir siap kami ambil gambarnya untuk rujukan di masa hadapan....


Sabtu, 14 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 14/04/2012 Pembinaan Tembok Rumah

Assalamualaikum di hujung minggu semua... Pada kunjungan di hujung minggu ini pula kami melihat tembok rumah kami telah diruntuhkan dan di bina semula. Syukur alhamdulillah komplen kami telah di terima mengenai tembok rumah kai yang condong. Jadi pada kunjungan kali ini kami nampak tembok rumah di perumahan Desa Sri Qaseh ini telah dibuat secara berperingkat dan sudah hampir keseluruhan rumah di bina tembok pagar hadapan melainkan di lot 3780 hingga 3800 yang masih belum di bina tembok pagar rumah iaitu deretan rumah yang mengadap ke padang.


Rabu, 11 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 07/04/2012 Kemasan dalaman rumah contoh

Hari ni nak bercerita mengenai kemasan dalaman rumah contoh yang telah berubah dan lebih kemas. Jadi terlanjur datang kami pun snap la gambar di dalam rumah contoh.... Manakala rumah yang lain masih satu persatu disiapkan pembinaan berperingkat demi peringkat dan paling ketara ialah pembinaan tembok pagar dan longkang saliran air... Hari ni nak syer gambar ruamg dalaman rumah contoh dulu...

Rumah contoh Taman Desa Sri Qaseh dengan 
warna luaran adalah warna hijau dan warna kuning cair

Isnin, 2 April 2012

Taman Desa Sri Qaseh 02/04/2012 Wayar Pembumian

Pada kunjungan yang lepas kami perhatikan bahawa sistem pembumian di setiap rumah telah di pasang di hadapan dan belakang unit rumah masing-masing. Ini merupakan salah satu alat keselamatan yang wajib ada di setiap rumah. Tanpa sistem pembumian yang sempurna maka pihak TNB tidak akan meluluskan penggunaan elektrik di sesuatu tempat perumahan. Maka kami ingin berkongsi mengenai sistem pembumian di perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini.

Pembumian di hadapan rumah

Rabu, 21 Mac 2012

Taman Desa Sri Qaseh 21/03/2012 Warna Apakah Pilihan Kita?

Lama dah tak Update entri ni tapi bukan bermakna saya tidak mengunjungi taman ini untuk melihat perkembbangan rumah ini. Tiap2x minggu saya tengok. Lagi seronok datang waktu mereka bekerja . Pada kunjungan semalam lebih kurang pukul 2 petang kami berbual-bual dengan En. Jef  sebagai penyelia pembinaan dan seorang lagi penyelia berbangsa cina (lupa namanya) iaitu penyelia bahagian bekalan bahan binaan di Taman Perumahan Desa Sri Qaseh ini. Seronok la juga bila dapat tahu perkembangan perumahan kita ni yang hampir hendak siap ni... dapat la kami berjumpa dengan penyelia -penyelia di tapak pembinaan ini.