Khamis, 21 Jun 2012

Taman Desa Sri Qaseh 20/06/2012 Kerja kerja memperbaiki kerosakan setelah rumah siap.

Pada kunjungan kali ini kami singgah sebentar untuk melihat perkembangan selanjutnya. Syukur alhamdulillah rumah kami sudah siap. Dan yang pasti apa yang kami perhatikan penurapan batu jalan telah di buat sepenuhnya. Gambar di bawah ini merupakan lorong di tepi unit sebaris dari padang di bahagian bawah sampailah ke unit rumah atas. Seronok la jugak bila tepi di setiap unit ada jalan tar nanti.. Maknanya bila hendak buat kenduri-kendara nanti bolehlah guna lorong di tepi rumah dan tak perlulah untuk lalu di dalam rumah untuk ke depan dan belakang.  




Ini pula adalah proses membina tangga konkrit di setiap unit rumah. Pemaju sebelum ini ada memberitahu akan menggunakan tangga besi ketika berbual dulu tetapi saya kata tangga besi akan karat. Mungkin ada pembeli lain juga tahu dan cadangkan menggunakan tangga konkirt agaknya. Sekali bila kami tengok pada kali ini dia bina guna konkrit. Baguslah kerana nampak lebih kukuh berbanding tangga besi.




Ini pula kami perhatikan di dalam rumah kami... syukurlah pemaju sudah memperbaiki keretakan plaster dinding yang terdapat di rumah kami. Dan yang pastinya hampir semua rumah yang jika ada masalah keretakan dinding plaster, pihak pemaju akan memperbaikinya kembali......


Bekas keretakan di besarkan menggunakan "cutter mechine"  untuk menguatkan tampalan plaster yang baru nanti....




 Keretakan ini bukan berpunca dari kerosakan atau peralihan struktur kedudukan tiang. Ini keretakan disebabkan bancuhan bahan plaster atau teknik ketebalan plaster yang tidak betul.  Memang secara teori kita boleh cerita tapi secara practikal bukan semua orang boleh buat cantik sepanjang masa. Ia membabitkan skill kemahiran pekerja tersebut.




Ini pula gambar halaman hadapan dan belakang serta bahagian tepi rumah yang telah disiapkan oleh pemaju...




Begitulah serba sedikit perkembangan terkini mengenai Taman Desa Sri Qaseh.

P/S : Masa datang pada hujung minggu kami terjumpa dengan anak tuan tanah yang bakal mendiami unit paling hujung (coner lot)...Namanya hasno yang bekerja di subang. Berbual la juga mengenai sejarah tanah dan mengenai pemaju  masa mula-mula dulu... Ok lah juga anak tuan tanah ni ramah juga...dan juga berjumpa dengan seorang bakal jiran kita juga... Syukur semuanya ramah-ramah.... Harap dapat duduk di dalam satu kominiti yang baik-baik belaka...




47 ulasan:

  1. bestnya kalau dpt umah sendiri

    BalasPadam
  2. besar juga laman belakang rumah yer.. semua pun inginkan jiran yg ramah2 kan.. kalau dpt jiran buat hal sendiri je mmg sush la...

    BalasPadam
  3. Seronok dapat tengok perkembangan rumah sendiri kan.
    Ummi pun tengah survey rumah2 kat area yang sesuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu.... servey dulu sampai puas hati kann...

      Padam
  4. besarnya laman belakang rumah.. memang puas hati la.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. belakang tu ada 15kaki lagi... bolehlah kami sambung buat dapur bila ada rezeki nanti....

      Padam
  5. lama lagi la nk siap ne kan..?? bestnya dpt selia rmh sndiri kan..huhu

    BalasPadam
  6. rumah sy dibarisan depan rumah contoh. menurut pemaju 20x80 juga. tp agak musykil keluasan tanah lebih blakang rumah xsama dgn keluasan di rumah contoh. kalau tgk dlm pelan pn keluasan dlm 1460+ je..xsmp 1600. boleh Tuan komen??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh... sebenarnya kalau ikut pemerhatian saya pada plan taman DSQ masa mula2x hendak beli dulu saya perhatikan bahawa lot yg sebaris dengan rumah contoh tanah belakangnya menyerong dan semakin besar keluasan belakang rumahnya menuju ke rumah contoh. Rumah yang sebaris dengan rumah contoh juga harganya berbeza-beza mengikut keluasan tanah... maknanya semakin besar keluasan tanah maka semakin mahal harganya.... Tapi keluasan unit rumah yang lain semuanya sama jee ikut kategori 20x80 dgn 20 x 70 selain rumah yang sebaris dengan rumah contoh.

      Padam
    2. owh mcm tu..ingatkan semuanya sama size..btw tq tuan terjawab sudah kemusykilan..heheh

      Padam
  7. seronok nak masuk rumah barukan :)

    jangan risau selagi dalam gerenti
    walau kita dah duduk pun depa kena repair
    kalau rosak...rumah kami dah bertahun pun
    masih boleh panggil repair..hehe

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kazman sue...semakin nak siap sepenuhnya rumah tu yek moga siap dlm masa yg telah ditetapkn...:)

    BalasPadam
  9. tak sabar kan nak masuk rumah baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak sabar tapi kan bila tengok rumah yang kami duduk ni sekarang macam sayup la pulak nak pindah... dah mesra dengan jiran2x yang ada sekarang.... rumah pertama yg kami duduk ni pun rasanya kami tak jual kot... nak buat sewakan kan kepada mereka yang memerlukan... duduk je kat rumah yang kedua ni....

      Padam
  10. Kalau dapat siap sebelum Raya best juga Kaz/Sue. Tapi kakak rasa kalau ada niat nak renovate baik buat dulu sebelum masuk. Senang sikit. Kakak dulu buat gitu. Siap renovate baru masuk. Jadi dah masuk tak payah nak sibuk berperang dgn debu/debu lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa... memang betul tu.... mahu anak2x boleh kena asma jadinya...

      Padam
  11. besar je halaman umah tu..sure x sabar tunggu umah tu siap :)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...alhamdulillah rumah dah siap. Syukran ..syukran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu gambar tu rumah cikgu zie sekali la tu... heee3x...

      Padam
    2. Aah..sebenarnya memang tunggu coz nak tengok tanah lebih tu...terima kasih. macam tau2 je kan...

      Padam
  13. Wahh mesti tak sabar nak duduk rumah cantik tu kan. Ermm betoi harap2 dpt jiran2 yg baik kan.. :-)

    BalasPadam
  14. luas juga tanah bahagian blakang tu...boleh besarkan dapur nnti....

    BalasPadam
  15. sorry bro lama x singah...bz body skit

    BalasPadam
  16. halaman beasr.. leh ar cucuk tanam nanti..

    BalasPadam
  17. assalamualaikum...
    ..tup2 umah dah siap, lama benar pcl tak menyinggah sini..moga ada di lain waktu yg masih berbaki insyaAllah. semoga dapat jiran2 yg baik dan ramah mesra.

    BalasPadam
  18. best nyer rumah baru !

    BalasPadam
  19. rumah baru suasana baru,jiran pn baru....mesti excited...;)

    BalasPadam
  20. mesti hati sdg bergejolak nk masuk rumah baru kan??

    BalasPadam
  21. moga semuanya berjalan lancar..

    BalasPadam
  22. wahhhh makin cantik rumah abang n sis umi tgok .. ni mesti tak sabar nak tinggal dan deco hiasan dalaman nanti (^_^)

    BalasPadam
  23. Wah, rumah dah siap tinggal lagi nak mekapkan je ye? Nampaknya korang dah fikir pasal nak buat kenduri ni. Heheh. Kenduri naik rumah atau kenduri kawen? Heheh.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum..nak tanya ni pada abg kaz. Boleh ke kita gi tengok rumah tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh... tak de salahnya kita tengok... kami pun selalu tengok...

      Padam
  25. Nak tanya Abg kazman. Kalau ada kerosakan nk repot kt mana yer. Tengok opis tu asyik tutup jer. kita repot Ada ker dia nak layan. Sebab rumah belum diserah. Mcm Abg kazman ok kut sebab dh kenal ngan penyelia tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak jumpa geng2x penyelia projek kat taman rumah kita ni kena datang opis hour... insyallah diorang ada...

      Tapi biasanya setiap kerosakan tu memang diorang akan repair balik... mengenai keretakan plaster tu pun semua rumah yg retak dia buat balik.... tu yg encik Jeff cakap dengan saya la dulu...

      Padam
    2. rumah kami pon ada masalah... syiling depan tandas pertama/bilik kedua bocor... bingkai pintu jadi karat... kami datang pon sekali-sekala (ahad), susah nak buat report...

      Padam
    3. Biasanya dia akan buat semua masalah tu samada kita inform atau tidak pada pemaju... itu memang dah kerja mereka sebelum serah kunci... bila masa serah kunci tu nanti baru kita boleh komplen kalau ada yg tak berpuas hati...

      Tapi masa kami beli rumah first kami dengan pemaju TALAM memang sakit hati... bagus la TALAM tu dah bangkrup hidup segan mati tak mahu.... dah banyak menganiaya pembeli rumah seperti kami ini.

      Padam
  26. corner lot paling menguntungkan...mmg ruangan agak besar...seronoklah abg kaz & kak sue kenal jiran2...eca ne duduk taman,xkenal lgsg,apataknya...jiran keluar keja pagi,balik ptg..kdg2 xde msa nak beborak.....

    BalasPadam
  27. salam.En. Kazman nak tanya skit, saya nampak bukit kat tepi corner lot tu tinggi. Bila hujan kan air boleh turun dari bukit tu.Tambahan pula bila hujan lebat.

    BalasPadam
  28. salam perkenalan.. saya salah seorng pembeli disini.. terima kasih.. byk info diperolehi..

    BalasPadam