Perjalanan yang kami lalui penuh dengan laluan yang berliku. Letih juga kami melayan selekoh tajam dan persimpangan yang kami lalui ini. Namun perjalanan harus diteruskan untuk misi melengkapkan perjalanan mengelilingi Pulau Pinang ini. Kami melalui Jalan Teluk Ketumbar dan berhenti di tepi jalan sambil bersantai melihat perkampungan dari atas bukit.
Pemandangan dari tepi jalan Teluk Ketumbar... |
Jambatan panjang di Jalan Teluk Ketumbar |
Dari jalan yang besar ke jalan yang kecil kami lalui sambil melayang mata melihat keindahan di tempat orang. Seterusnya kami merentasi pekan Balik Pulau. dan menuju ke Pantai Aceh untuk melihat perkampungan nelayan di sana.
Perkampungan Nelayan Pantai Aceh |
Kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang lebih kecil dan berselekoh ketika melalui Jalan Teluk Bahang untuk menuju ke Air Terjun Titi Kerawang yang terdapat di tepi laluan Jalan Teluk Bahang. Kami berehat sebentar sambil memberi kebebasan untuk menikmati udara segar di sini.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Empangan Teluk Bahang. Di sepanjang laluan kami ini kami banyak terjumpa dusun dan durian dijual di gerai tepi jalan. Banyak pelancong berhenti menikmati buahan segar dari dusun. Walaupun perjalanan kami pada pukul 2 petang tapi kami rasa sejuk dan nyaman berada di laluan hutan ini.
Pukul 2:40 petang kami sampai Teluk Bahang. Kami meneruskan menuju ke Taman Rama-Rama dahulu kerana memikirkan cuaca yang panas terik tidak sesuai membawa anak-anak ke tepi pantai. Namun Selepas itu ada kejadian yang mengejutkan kami sekeluarga terjadi di Taman Rama-Rama. Kejadian itu telah merencatkan pakej percutian kami buat seketika. Kami akan ingat sampai bila-bila. Jadi, dalam kekalutan kami tak pergi ambil gambar di pantai teluk Bahang tu tapi boleh lihat nice picture dan klik kat Teluk Bahang
Pernah juga kakcik dan suami bersama anak mengelilingi Pulau Pinang beberapa tahun lepas. :)
BalasPadamkira macam lalu dalam kawasan hutan simpan...
Padamassalamualaikum kazman sue.....menarik sungguh dpt jenjalan di tempat yg cantik pemandangan nyer..:)
BalasPadamCantiknye pemandangan.... Saya dah lama tak g penang... Last masa budak2 dulu
BalasPadammesti banyak yg dah berubah kan...
Padamnice view.. sejuk je mata memandang.. dh 10 thn x pegi penang.. ntah bila la nak sampai lg..
BalasPadamuikkk... lama tuuu
Padamdah lama tak pergi Penang.. bilalah agaknya dapat pergi lagi..
BalasPadamcantik tmpt nie kak
BalasPadambila tgk teringin lak nak kesana
saya x pernah lagi sampai sini ;)
jom cuti2x malaysia...
Padampergi penang gak bulan lepas.... x sempat pilih gambar menarik.... 3 hari gak penang tak sempat pusing abiss pulau..
BalasPadambiasa la kan.. kalau jenjalan ni kan rasa sehari macam sejam je rasanya...
Padamwah...sronoknye....cantik view sana
BalasPadamSukanya bercuti bersama2 keluarga. Bila tgk encik man punya review ni, baru la saya rasa tak sia-sia cikgu beri kerja sekolah suh buat karangan 'pengalaman saya semasa cuti sekolah'. Heheh.
BalasPadamIbu mengandung tu nampak tak bermaya sungguh. Sian tgk. Mesti penat. Tapi driver pun penat jgk kan?
hrp2 bln dpn sy dpt menjejakkan kaki ke sini...
BalasPadammemang menarik tmpat2 ni.. kite tak pnah sampai lg ni..
BalasPadamsempat tak pekena durian tlok bahang tu ?
BalasPadamtak pekene durian pun.... binik aku yg ngandung tu dah pening layan selekoh dah... mahu termuntah dia bau durian... heee3x
Padam