Isnin, 25 Jun 2012

Kami Tersesat di Belantara Air Terjun Sungai Pisang

Aktiviti pada hujung minggu kali ini adalah melalui trekking ke Air Terjun Sg Pisang ( Pisang River Waterfall ) yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Dikelaskan sebagai air terjun dengan laluan trekking yang sederhana, kawasan air terjun ini turut mempunyai sebuah kawasan perkhemahan berhampiran yang terletak berhadapan dengannya.

Perjalanan awal melalui jalan utama kenderaan iaitu Jalan Genting Lama. Bagaimanapun cuaca yang mulanya panas telah mula bertukar menjadi redup dan mendung. Setibanya di Jungle Lodge Alang Sedayu yang terletak bersebelahan Sg. Pisang, kami meletakkan kenderaan masing-masing dan bersiap untuk turun ke air. Kami semua hanya memakai sandal atau selipar memandangkan hampir 90% trekking ini akan melalui jalan sungai.
Kami memulakan langkah lebih kurang pada pukul 10 pagi. Perasaan teruja untuk menikmati keindahan alam telah merancakkan lagi langkah perjalanan kami ini. Pada awal perjalanan tidaklah begitu sukar kerana air sungai yang agak cetek dan hanya berdepan dengan batuan dan laluan yang licin. Terdapat beberapa lagi kumpulan lain yang turut melalui laluan yang sama. Aku bersama Anak sulongku si Syafiq memulakan langkah dengan bersemangat.


Setelah melalui denai di pinggir aliran Sungai Pisang kita akan melalui di dalam terowong jambatan jalan. Kami berhenti seketika setelah meredah denai di tepian Sungai Pisang untuk memastikan tiada peserta yang tercicir.

Selepas melalui terowong jambatan ini kita hendaklah mengikut punca aliran Sungai Pisang di sebelah kanan. Namun pada persimpangan inilah kami tersalah pilih haluan dan memilih di laluan aliran Sungai Pisang di sebelah kiri. Dalam gambar di bawah inilah kami mulai tersesat tanpa disedari....
Kami meneruskan perjalanan ini di laluan kesesatan tanpa disedari. Kami semua asyik melihat keindahan ciptaan tuhan sambil berjalan menyusuri anak sungai. Sambil itu kami mengambil gambar keindahan anak sungai yang masih tidak tercemar dengan arus kemajuan.

Pada hentian di bawah ini kami semua sepakat untuk berpatah balik ke bawah semula setelah menyedari tiada lagi laluan pejalan kaki dan melihat sendiri betapa hebatnya serangan pacat menyerang kami semua. Masing-masing sibuk membuang pacat di kaki dan aku pula sibuk membuang pacat di badan anak aku si Syafiq dan juga di kaki aku. Aku sempat juga merakamkan cara-cara membuang pacat yang sedang menghisap darah menggunakan abu puntung rokok. Jom kita saksikan 
Setelah kami melalui perjalanan hampir sejam barulah hati kami semua terdetik dan mula meragui perjalanan kami ini. Masing-masing sudah merasakan kesesatan perjalanan ini yang mana trek pejalan pun kami tidak jumpa. Hanya ketebalan onak belukar dan serangan pacat yang bertali arus kami hadapi. Memang besar-besar pacat di sini. Masing-masing semua menderma darah secara terpaksa....

Bersambung lagi kita di bahagian ke dua nanti.....




23 ulasan:

  1. Ada air terjun kat gombak? Tak sangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada maaa... kat situ ada banyak air terjun... cuma kami suka yg terceruk2x sikit... baru mencabar... heee3x

      Padam
  2. sesat?? hehehe.. eeeee gelinya pacat tue....

    BalasPadam
  3. saya tinggal di gombak tak pernah tau pun ada tempat ni...

    cantik panoramanya.

    BalasPadam
  4. leka sampai dah jauh baru perasan...nasib cepat juga perasan..pergi pun ramai2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang melekakan sebab sibuk buang pacat je kerjanya... huuu3x..

      Padam
  5. takutnya sesat ... sibuk baik jumpa jalan pulang ... terowong tu yg kat drama seram tu ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah... agaknya la kot... tapi memang gelap ponnn...

      Padam
  6. assalamualaikum kazman sue...alamak macam mana boleh sesat ek nasib baik ramai...:)

    BalasPadam
  7. cantikkk nyee
    rasa nak terjun aje
    panas2 nie .. nyaman kalau dpt main air terjun kan :)

    BalasPadam
  8. Nasib baik sesat ramai2, gelinya pacat tu!

    BalasPadam
  9. semalam try masuk blog ni.. dapat page Blog has been removed.. gitulah lebih kurangbunyi ayatnya.. huhu mesti jadi mangsa jugk ni kn

    pernah pergi jungle trekking dengan budak sekolah sampai terowong tu.. tak sangka pulak area sungai pisang,, masa tu kami camping kat dusun eco resort. sangat adventure.. kawasan banyak pacat dan ada budak terseliuh kaki dekat atas bukit dalam hutan.. terpaksa turunkan guna pengusung... huhu risiko bawak budak mcm tu laa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... semalam blog kena suspended... pagi ni baru dapat diatasi...

      tau yee... pacat banyak giler... gemuk2x pulak tu.... tengah mandi duduk atas batu pun kena pacat... haaa3x...

      mujur anak saya si syafiq tu tak pape... tapi bapa dia dah letih tapi anak tetap semangat lagi...

      Padam
    2. Masa sy pergi tu, kaki mmg tak duk diam.. kawan sy bg tips, kalau taknak pacat singgah pastikan sentiasa hentak kaki walaupun berhenti.. ala- ala berlari setempat laa... serius saya mmg takut pacat.. geli geleman... huhu

      Padam
  10. best nye air terjun tu...tempat pun nampak menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestt... kalau suami nak joint sekali pun jom laa... ramai2x lagi best...

      Padam
  11. festaim dgr nama air terjun ni...tapi mmg cantik lah!!

    BalasPadam
  12. kene treking ye...so bukan tepi jalan la leh g ngan kenderaan

    BalasPadam
  13. kene treking ye...so bukan tepi jalan la leh g ngan kenderaan

    BalasPadam