Rabu, 3 Disember 2014

Bila had KETINGGIAN menjadi syarat utama....

Akhirnya dapat jugak Adam masuk tempat permainan kat Ikea Damansara ni bila dah melepasi had ketinggian yg ditetapkan.... memang ngam-ngam je rambut dia sampai kat had ketinggian tu...Selamat bergembiraaa Adam.....


Rabu, 19 November 2014

Konvo Adam

Assalammualaikum,

Apa khabar kalian..
ni nak cerita pasal konvo Adam 5 tahun pra... Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke8 yang diadakan pada jumaat lepas 14 november 2014....

Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolab bertujuan memperkembangkan potensi kanak2 berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk kendiri yang positif pada diri kanak2 agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dam bertanggungjawab di sekolah randah kelak.

Semoga matlamat pendidikan dapat Adam implimentasikan untuh hari2 mendatang...... Go go go amak mama.. jadi orang yang berjaya di dunia dan akihirat... amin2 yarabalalamin.

Rabu, 20 Ogos 2014

inspirasi..



Assalamualaikum... sekadar berkomgsi kisah yang ada manfaatnya....
12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku Chevrolet camaro( tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk n memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .

Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja n " pasti" akan ditunaikan .

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh2.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik n sain n recomen pada bank n bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..

Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu Ferrari @ Lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta Chevrolet camaro ni lagi laju dari Ferrari @ Lamborgini .. Kereta ni 6.2cc.. Ferrari n Lamborgini baru 4.8CC ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start n berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia n yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..

Wah hebat giler bila berjumpa somebody..

Insyaallah kata2nya n pengalaman beliau sangat2 membatu aku.. Ke hadapan untuk kebaikan .. Semoga berterusan. Copy&Paste jer ni..

# semoga menjadi pendorong dalam menjalani kehidupan dihari2 mendatang

mama.

Jumaat, 25 Julai 2014

Dapat Duit Raya Dari Nuffnang Malaysia

Alhamdulillah.... Raya tahun ni dapat duit raya daripada Nuffnang Malaysia.... dah boleh claim dah.... seronoknyaa... walaupun tak seberapa tapi feel dia seronok sama macam seronok dapat duit raya jugaaaa... Kalau ikutkan duit iklan nuffnang ni kali ke 3 kami tuntut dan nanti akan diberi cek melalui pos. Lepas ni rajin la kami buka peti surat hari2x....

Khamis, 24 Julai 2014

Air Algerie hilang hubungan dengan pesawat AH5017

Ada lagi kapal terbang hilang sekarang ni. makin menjadi - jadi sudah sekarang ni.... dan yang terbaru pula adalah Syarikat penerbangan Air Algerie hari ini yang memaklumkan ia telah hilang hubungan dengan sebuah pesawat penumpang miliknya hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers. Kapal terbang ni pernah dipakai Real Madrid antara tahun 2007 dan 2009 dan dikenali sebagai "La Saeta".


Jumaat, 30 Mei 2014

Kenangan Terindah Bersama Avanza

Banyak juga yang telah kami lalui bersama dengan kereta Toyota Avanza kami.... di saat ingin berpisah kereta ini seperti tahu akan kehilangan tuannya yang telah menjaganya selama ini. Jasamu akan kami kenang sampai bila-bila... Akhirnya kami jual juga di used car bandar Kajang. Kereta yang telah berjalan sejauh 168 ribu Kilometer ini telah jauh kami lalui bersama....

Khamis, 24 April 2014

Jadilah Ibu Yang Bahagia

Assalammualaikum...

Sudah sekian lama mama menyepi... tak tahu mana nak mulakan dulu... tiba2 terbaca artikal ni jadi mama kongsikan bersama buat renungan dan pelajaran dihari2 mendatang...



Jumaat, 14 Mac 2014

Jalan Jalan Tasik Kenyir

Sempena nak sambut birthday Adam kami plan nak bawa dia jenjalan ke negeri Terengganu.... Jauh jugak rupanya Tasik kenyir dari rumah kami ni... kami bertolak dari pkl 11 mlm dan sampai pukul 8 pagi... Tasik Kenyir juga merupakan destinasi pertama yang kami tuju. Tenang dan indah di waktu pagi di Jeti Gawi....

Khamis, 6 Mac 2014

Rumah Kami Yang Suci Dalam Debu

Bila dah pindah ni baru tahu masalah yang timbul di rumah baru kami ni... Ni la nasib bila beli rumah di kawasan baru dalam pembangunan... Sebelah taman ni asalnya bukit pun dah nak jadi rata dah... Debunya pun kira dahsyat jugak ni... Tebal debunya dah sampai tahap boleh buat tayamum kalau darurat tak de air ni...

Selasa, 11 Februari 2014

Pendapatan Sampingan Dari Pengiklanan Kenderaan

Salam rerakan blog semua...... tetiba rasa rindu nak berkunjung ke blog rerakan yang dah lama kami tidak kunjungi....  Sepanjang 2013 cuma dapat update beberapa segmen cerita sahaja untuk dikongsi. Tempoh setahun tu juga la sekejap je kami rasa.... dan dalam sedar tak sedar dah habis dah juga kontrak iklan bergerak pada kereta kami....  Lepas ni dah tak masyuk laaa bulanan sebab dah habis kontrak pengiklanan...


Sabtu, 8 Februari 2014

Nombor Kecemasan Yang patut kita Ketahui jika berada di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya

Sekadar panduan bila ada kecemasan, elok juga jika kita simpan nombor - nombor yang patut kita ketahui untuk dihubungi. Mana la tahu sebab Malang tidak berbau.....