Selasa, 11 Februari 2014

Pendapatan Sampingan Dari Pengiklanan Kenderaan

Salam rerakan blog semua...... tetiba rasa rindu nak berkunjung ke blog rerakan yang dah lama kami tidak kunjungi....  Sepanjang 2013 cuma dapat update beberapa segmen cerita sahaja untuk dikongsi. Tempoh setahun tu juga la sekejap je kami rasa.... dan dalam sedar tak sedar dah habis dah juga kontrak iklan bergerak pada kereta kami....  Lepas ni dah tak masyuk laaa bulanan sebab dah habis kontrak pengiklanan...


Jadi kami nak kongsi sedikit bagaimana kita boleh menjana pendapatan dari kenderaan yang kita gunakan seharian. Sebenarnya kami joint dengan syarikat pengiklanan yang menawarkan imbuhan dengan setiap iklan yang di tampal di badan kereta. Di dalam kontrak tersebut kita kena patuhi syarat - syarat yang ditetapkan di antaranya :-

  1. Penjalanan kenderaan kita hendaklah melebihi 500km sebulan.
  2. Kenderaan mestilah kelihatan bersih selalu.
  3. Mesti menghadiri perjumpaan untuk pemeriksaan kenderaan sebulan sekali.
  4. Di badan kenderaan mestilah tiada tertara nama atau loga yang lain.
Di sini la kami dapat peluang untuk menyertai program tersebut : http://www.mycar-ads.com/ 



Setelah selesai mementerai kontrak dan juga kelulusan kebenaran daripada (JPJ) Jabatan Pengankutan Jalan maka kami bersetuju untuk mendapat bayaran penajaan iklan sebanyak RM400 sebulan. Seterusnya kereta kami bertukar wajah terus menjadi seperti gambar di bawah ni.....


Setelah selesai sticker iklan di tampal di keseluruhan kenderaan kami di TOM sticker Cheras, kami pun kena lah sentiasa mematuhi syarat syarat yang telah di tetapkan dan juga merasa seronok dengan sedikit pendapatan sampingan...... Bila sudah tamat kontrak selama setahun maka kami pun tanggalkan semula pelekat iklan dan berubah wajah jadi seperti asal kembali....

Bila di kira pendapatan selama setahun banyak jugak kannn... Lepas ni tak tahu iklan apa lagi kami nak tampal sebab masih menunggu peluang iklan yang akan datang.... dah seronok dapat duit free kannn... tu yg nak sambung tampal iklan lagi....

17 ulasan: