Rabu, 31 Ogos 2011

Kesalahan dan kesesakan lalulintas ketika beraya

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai kesesakan dan peristiwa yang kami alami di jalan raya di sepanjang laluan beraya kami pada hari perayaan hari raya ini... memang sudah di jangka yang jalan raya akan mengalami kesesakan dan para pemandu diharap dapat menyediakan ketahanan mental kesabaran yg tinggi dan juga ketahanan fizikal. Mungkin orang banyak bersedia mengenai ketahanan fizikal tetapi ramai yang tidak dapat dari segi ketahanan mental. Kesabaran amat di tuntut untuk menghadapi suasana jalanraya sebegini. Potong barisan, membelok secara tiba-tiba dan keluar dari simpang ke jalan utama secara terburu-buru sudah menjadi lumrah ketika di musim perayaan.


Selasa, 30 Ogos 2011

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri,
Setelah 29 hari kita menjalani ibadah pada bulan ramadan, maka tiba syawal menjelma untuk merayakan aidilfitri. Segala suka duka dikongsi bersama kalian. Di kesempatan ini kami ingin memohon ampun dam maaf sekiranya nukilan kami ada yang tidak enak dibaca, atau menyentuh hati kalian rakan2 atau pembaca yang dikenali atau tidak... Akhir kata "Selamat Hari Raya Aidilfitri" maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Hati2 dijalan raya dan ingatlah orang tersayang. Doakanlah kesejahteraan kami di aidilfitri ini.

Bergambar sekeluarga di Tanjung Karang
Gambar Kami sekeluarga bersama ibu..... di pagi raya...
 Bersama anak-anak yang sedang meningkat besar....

 Bersama Adam anak bungsu kami.....

 Bergambar seisi keluarga.......

Bersama adik yang matanya kena ketumbit di pagi syawal....tu yang pakai cermin mata besoo tu...

Isnin, 29 Ogos 2011

Kemeriahan Tanjung Karang di Malam Raya

Pengumuman hari raya telah pun dipaparkan di dada Television mengesahkan esok hari raya. Serentak dengan itu juga kami sekeluarga bersiar-siar ke pekan tanjung karang untuk membeli kuih raya lelong apabila menjalang malam raya. Begitu juga barangan lain pun banyak yang dilelong atau pun diturunkan harga untuk menarik perhatian pembeli. Pesta lelong pun bermula dan kami rakamkan suasana kemeriahan di pesta lelongan di pekan Tanjung Karang.

 

Kami rakamkan kemeriahan suasana pesta jualan kuih muih di Tanjung Karang menjelang Malam raya untuk tatapan semua...

Menganyam ketupat

Hari ni aku nak bercerita sedikit mengenai aktiviti aku malam-malam gini iaitu mengayam ketupat. Almaklum dah nak raya ni maka kalau tak de ketupat macam tak sah la pulak.... Dipendekkan citer... aku yg mengambil tender mengayam ketupat sepenuhnya. Biasalah... skrg ni aku dah tak manjat pokok kelapa macam zaman aku budak-budak dulu. Skrg ni main beli daun ketupat kat pasar je...satu ikat ada 50 helai dgn harga RM6 hinggit. Kalau dah siap anyam harganya pulak 50 sen sebijik. baik aku ngayam sendiri lagi jimat...sambil layan TV aku pun mengayam la...


Ahad, 28 Ogos 2011

Kawasan Speed Trap atau Pemerangkap Had Laju Polis

Hari ni merupakan hari terakhir kerja di bulam ramadhan... selepas ini semua dah balik kampung dah... Hari ni juga aku nak belek(tengok) keter untuk service sebelum memulakan perjalanan jauh di hari raya... Almaklum isteri di Tanjung Karang tapi sedaranya area perak dan selangor, dan aku pula di Batu Pahat dan sedara mara mencecah ke JB. Setiap kali balik sure milage cecah ribu riban punya...
Dipendekkan cerita aku nak kongsi kawasan perangkap had laju ni semua untuk peringatan kita bersama. Tapi yang pasti tak yah la bawak laju-laju...  kenderaan pun kurang rosak... yang penting nyawa kita selamat..... Di bawah ini merupakan kawasan panas dan juga aku tokok tambah mengikut pengalaman aku  yg suka berjalan ni terjumpa bersepah2 polis time perayaan yg lepas2...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Khamis, 25 Ogos 2011

Berbuka sesama rakan sekerja di FOE

Hari ni ramai dah yang nak balik kampung.... demam  bercuti dah bermula... semoga semua rakan-rakan pulang berhari raya dalam keadaan selamat dan sejahtera. semalam berbuka bersama-sama untuk meraikan rakan -rakan sekerja yang diadakan di dalam Projek Lab aku sungguh meriah. Tak sangka kejam-celik dah 10 tahun kerja di sini. Majlis berbuka puasa beramai-ramai sebelum bercuti memang setiap tahun diadakan kebelakangan ini supaya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama staff. Gambar bercerita kenang-kenangan kami simpan sebaiknya seperti di bawah ini.....

Suasana Up Town Danau Kota

Kali ini kami melayan rakan-rakan kami pula yang hendak berbelanja di saat-saat akhir. Dari Cyberjaya ke Pasar malam Danau kota yang terletak di setapak Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 buah kenderaan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan pergi dan 34 minit perjalanan pulang. Kami rasa lega kerana tidak di saman polis atas kesalahan memandu laju di highway MRR2 walaupun jarum meter menunjukkan pada kelajuan 130km/j dan hanya kereta di hadapan kami yang kena saman pada pukul 1:43 pagi. Seterusnya kami memaparkan catatan bergambar suasana pasar malam Danau Kota ketika hendak menjelangnya hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Rabu, 24 Ogos 2011

Suasana shopping kompleks SOGO dan Jaya Jusco menjelang Hari Raya

Sajer nak berkongsi kehangatan orang ramai dan keluarga membeli belah untuk menghadapi Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Puas la juga meronda-ronda walaupun belinya cuma sehelai dua jee... penat yang dapat tetapi suka tengok isteri puas hati memilih. Sampai rumah terus "gantung kaki" sebab penat pusing-pusing dan memandu kereta. Maka kami bawakan liputan bergambar ragam-ragam orang ramai membeli belah untuk berhari raya.

Selasa, 23 Ogos 2011

Proton waja wiper tidak mahu berputar

Sempena nak cuti balik raya ni aku rasa eloklah berkongsi sedikit ilmu penjagaan dan mengenali kerenah kereta waja aku ni bersama-sama. Kereta ni sesekali memang suka nak bermanja dengan tuannya kerana anak binik dapat baju raya laa...hanphone la...hias rumah la maka kereta ni pun naik cemburu dia nak minta-minta juga la dengan tuannya... Di pendekkan cerita sekarang ni musim hujan dan tetiba wiper kereta aku pulak meragam...tetiba tak nak berputar mengelap cermin depan tu...mahu tak berpinar nak memandu ketika hujan kalau cermin tak jelas.


Ahad, 21 Ogos 2011

Desa Sri Qaseh 21/08/2011

Pada petang Ahad lebih kurang pukul 4 petang kami sampai di Taman Desa Sri Qaseh. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampaknya kemajuan pada kali ini kami perhatikan banyak tertumpu kepada pembinaan tiang konkrit rumah untuk semua unit. Seperti biasa hanya rumah untuk unit PT3810 hingga PT3815 yang telah hampir siap proses menaikan dinding dan palang besi struktur bumbung. Rumah kami yang berada di PT 3821 juga dalam proses untuk menaikkan dinding batu bata merah dan palang besi bumbung. Keseluruhan rumah yang lain dalam proses pembinaan tiang rumah dan palang konkrit bumbung.
 Kami akan menerangkan dengan cerita bergambar di bawah ini .....


Sabtu, 20 Ogos 2011

Lailatul Qodar

Hari ni aku merasakan hidup dalam awang-awangan. Entah kenapa semua yang aku buat terasa tidak menjadi aje...satu-persatu kerja di rumah yang aku buat macam tak kena dan sebelah petangnya pula hujan turun secara tetiba membasahi bumi.... Adakah ini semua Petanda Malam Lailatul Qodar!!!!...mungkin jua... kerana malam ni malam yang ke 21....malam ganjil...getus hati aku ni...Aku perhatikan suasana sekeliling pun terasa tenanggg sahaja.... Kenapa aku dikurniakan perasaan seperti ini ?... adakah ini merupakan tanda-tanda ramadhan yang terakhir untuk diriku?..... Atau adakah aku yang banyak berdosa kepada ilahi.....


Jumaat, 19 Ogos 2011

Proton Waja tidak boleh start enjin

Entah mood apa pada hari ni kereta aku pulak buat ragam....Pepagi lagi aku start kereta tak mahu hidup... dan bertambah pelik lagi tak de bunyi apa-apa pun bila kunci diputar tetapi yang hanya kedengaran
ialah bunyi elektronik enjin je yang ada. Trikkkk...trikkk...triikk.... tikkk...tikkk... lepas tu senyap terus walau kunci kereta di putar beberapa kali.... . Masalahnya seperti kereta auto yang gear positionnya berada di kedudukan gear "D-drive".Memang  sebelum ini kereta ini sudah beberapa kali tidak boleh start enjin kerana bateri yang dah lemah tetapi pada kali ini kereta ni terus merajuk tak nak bunyi dah terus....

Pelita Nasi Kandar Puchong

Hari ini merupakan hari ke 18 kita berpuasa yang bermakna lagi 12 hari lagi untuk kita menyambut syawal. Rasa terlalu pantas masa berjalan kerana hari raya yang hampir tiba. Pada kali ini tetiba tekak kami sekeluarga teringin hendak merasai masakan Nasi Kandar Pelita yang terdapat di Puchong. Biasa la, Kalau berpuasa inilah nikmat berbuka, jangan kata nasi kandar pelita...tengok mee segera pun boleh terliur seketika. Apatah lagi mendapat sokongan penuh dari hamdi dan Fizzy untuk berbuka di sana. Lagi pun ini merupakan tempat berbuka bajet. Seterusnya kami bawakan cerita bergambar bersama-sama.

Khamis, 18 Ogos 2011

Happy Hour Di Metrojaya PICC


Pelbagai cara jualan diketengahkan oleh pasaraya-pasaraya besar untuk menarik pelanggan terutamanya ketika hampir menjelangnya perayaan besar di Malaysia. Pada kali ini aku tertarik untuk membahaskan mengenai cara penjualan melalui kaedah " happy hour " yang sering terdapat di Metrojaya sale dan beberapa persoalan yang menarik untuk dikupas bersama mengenai konsep jualan Happy Hour ini. Konsep yang seakan-akan pasar malam untuk menarik pembeli memang berkesan juga untuk di praktikkan di mana-mana pasaraya.


Rabu, 17 Ogos 2011

Kehebatan Surah Al-Waqiah.

Salam Semua...
Sudah 16 hari kita berpuasa.... Pepagi lagi aku termenung... yerlah dah 16 hari puasa rasanya amalan yang yang nak direbut pada bulan Ramadhan nih macam x der jer.... rutin harian yang perlu dilakukan... ah alasan...nk mengaji pun x sempat2... apa nk buatyer masa student x sampai lagi??? Hah dapat idea dengar jelah mengaji dari Youtube... maka dapatlah dengar orang mengaji...


Sungguh sedap ia mengaji. Sambil mendengar aku berdoa yaAllah Permudahkan hidupku, murahkanlah rezekiku, Kau berilah aku hidayah dan janganlah kau tarik setelah Kau beri.... Terlalu kerdil aku disisiMu YaAllah. Tiada amalan yang dapat aku persembahkan padaMU tapi sungguh banyak dosa yang aku himpun. Aku tak layak untuk syurgamu tapi aku tak sanggup menanggung siksa nerakaMu... Berilah rahmat ke atasku dan seluruh keluargaku.. Amin. 

Dalam aku termanggu aku dikejutkan dengan masage dari adik aku sorang yang perempuantu... dialah satu2nya adik perempuan aku. Segala susah senang selaku kami berkongsi bersama... nak jadi ceritanya semalam gomen dapat bonus raya termasuklah adik akunih.... syukur aku juga dapat tempiasnya.

Bila dipikir2 tulah hikmah membaca surah al-Waqiah. Rezeki yang tidak disangka2. Sapa tahu ada adik yang nak bagi duit raya advance. Terima Kasih kepada adikku Nurul Huda, semoga murah rezeki. Maka banyakkanlah baca surah Al Waqiah dan Ayat seribu dinar. Ada rezeki yang tidak disangka2

Isnin, 15 Ogos 2011

Kemuliaan insan di Bagan Lalang

Pada kali ini kami ingin kongsi memori bersama-sama mengenai pengalaman berbuka puasa di Pantai Bagan Lalang. Sepang, Selangor. Di sebalik amalan kita untuk menyambut ramadhan, banyak lagi insan-insan yang berhati mulia kita temui. Kunjungan kami ke Bagan Lalang untuk berbuka puasa telah menemukan kami dengan sekeluarga yang baik hati ketika ingin berbuka puasa di sana. Semua memori ini kami catatkan untuk renungan kita bersama.


Khamis, 11 Ogos 2011

Hati Seorang Ibu

Assalammualaikum,
Syukur kehadrat Ilahi, sudah 11 hari kita menjalani ibadah berpuasa..... Harini hatiku luluh lagi dengan syafiqah.... Sudah 10 hari dia berpuasa... Harini dia tidak ceria, mungkin panas, penat tengah hari buta balik dari sekolah kebangsaann nak bersiap pula untuk kesekolah agama pulak....

Bazar Ramadhan Putrajaya bersama Geng bujang FOE

Pejam celik punya la tak sedar hampir 10 tahun aku meninggalkan zaman bujang. Anak-anak pun dah sekolah.... binik pun dah kembang... Tapi memang itulah lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh orang lain juga melainkan jika orang tu tak de jodoh jadi kena pasrahlah pada takdir. Nak di ringkaskan cerita aku cuba menyelami geng-geng orang bujang di tempat kerja ni...dah tak ramai pun yang bujang tinggal 3 orang je iaitu pekli, fizzy dan hamdi utk kategori lelaki dan zura utk kategori pompuan. Oleh kerana aku ni lelaki jadi aku hanya banyak tahu cerita bujang lelaki je la...kot banyak tahu cerita bujang pompuan lain la pulak kisahnya nanti....


Rabu, 10 Ogos 2011

Hari Sengal Sepagi

Hari ni aku nak cerita kisah yang aku lalui sepagi yang sangat menyengalkan kepala aku. Aku akan ingat kejadian itu selagi kepala aku boleh ingat. Entah apa-apa tah yang aku pikirkan seperti sistem pemikiran kepala aku ni sedang digodam oleh penceroboh cyber. Puas aku cuba repair kotak pemikiran aku ni dengan pelbagai gaya dan rupa tetapi belum ada lagi antivirus yang dapat memulihkan sistem imunisasi otak aku ni. Aku harap ia tak kan lama dan beransur pulih dengan memuat turun udara segar di pagi hari ini.


Selasa, 9 Ogos 2011

Bazar Ramadan Taman Putra Perdana, Puchong

Bazar ramadhan di Taman Putra Perdana ni memang telah menjadi tumpuan orang ramai yang pulang dari kerja untuk singgah membeli juadah untuk berbuka puasa. Kot rasa letih nak memasak ( dan selalunya memang letih memanjang punnn!!! ) untuk berbuka di sinilah tempat mengadu perut untuk berbuka puasa. Orang yang datang tanpa pasang surutnya menjanjikan hiruk-pikuk kemeriahan suasana. Pekli.... Hamdi.... Pizzy.... Trio bujang FOE juga seringkali muncul dari celahan pengunjung-pengunjung yang hadir. Kalau Sal pula memang bazar ni dah jadi dapur rumah dia laaa....sebab rumah dia dekat situ jee... Itulah antara ragam kenkawan sekerja yang sering berkunjung ke Bazar Ramadhan Putra Perdana.

Isnin, 8 Ogos 2011

Taman Desa Sri Qaseh 07/08/2011

Pada kunjungan kali ini kemajuan yang kami perhatikan pula adalah di dalam proses pembinaan dinding dan bumbung rumah. Syukur alhamdulillah pada kali ini lot 3810 hingga 3815 telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Proses menaikkan palang besi bumbung dan mengikat bata dinding sedang rancak dijalankan. Batu-bata dan Besi palang dinding tersusun rapi di hadapan setiap rumah untuk proses pemasangan dan begitu juga mesin pembancuh simen juga terdapan di situ untuk membancuh simen bagi proses memplaster dinding.

Ahad, 7 Ogos 2011

Terbabas Sahur

Akibat terbabas bangun sahur di pagi hari, kami sekeluarga terpaksa berpuasa dengan seadanya apa yang tertinggal di dalam isi perut masing-masing semasa berbuka. Anak-anak bertahan dari sejam ke sejam yg seterusnya. Namun pada pukul 10pagi si Syafiqah dan Adam ( ini memang tak puasa pun ) telah tewas dengan dugaan kerongcong perut masing-masing. Tinggal Syafiq yang masih untuh bertahan. Mamanya yang tidak sampai hati dengan jayanya menghidangkan Macaroni untuk santapan mereka yang ponteng puasa.


Jumaat, 5 Ogos 2011

Berbuka di Restoram Mat Ayam Kampung

Kami bersama rakan-rakan berbuka puasa di Restoran Mat Ayam Kampung, Cyberjaya. Pada awalnya kami ingin berbuka di Restoran Perantau di Kajang tetapi bila kami keluar dari bumi cyberjaya dan menuju ke kajang kami dapati kesesakan lalulintas yang teramat dahsyat. Kesesakan yang hanya di sebab waktu puncak orang pulang dari kerja dan di tambah dengan hujan yang lebat telah menakibatkan kesesakan berkilometer jauhnya. Ketika kami di persimpangan Putrajaya ke Kajang di hadapan susur berhampiran hospital Serdang kami membuat keputusan berpatah balik menuju ke Sri Kembangan.

Rabu, 3 Ogos 2011

Cerita berpuasa

Salam Ramadan..
Syukur alhamdulillah sudah 3 hari umat islam menjalani ibadah berpuasa.... dan syukur anak2ku yang dua orang tu masih belum tinggal puasa.... syabas untuk anak mama kerana berhati waja dalam menjalankan ibadah berpuasa....
Syukur aku kerana mempunyai suami seperti suamiku yang sanggup membantu menyediakan juadah untuk bersahur semasa kesihatanku TKO sejak minggu lepas. Ni aku masih belum betul2 sihat dialah yang menjadi tulang belakang untuk preparation berbuka dan bersahur.

Sambut Ramadhan dan Majlis Pertunangan anak buah di Batu Pahat

Pada hujung minggu 30/07/2011 kami sekeluarga berangkat pulang ke kampung sebelah suami di Batu Pahat, Johor. Pada kali ini kami pulang ke kampung untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan meraikan majlis pertunangan anak buah kami iaitu Aisyah a.k.a Esah. Beliau merupakan anak kakak kami yang nombor 3 dari 5 adik beradik. Majlis yang diadakan selepas waktu zohor dimeriahkan dengan majlis beradat dan jamuan makan sesama saudara. Sambil itu kami juga tumpang sekaki mengadakan majlis hari jadi syafiqah anak kami dan kakak ipar kami serentak. Kami mengadakan majlis memotong kek beramai-ramai berserta adik beradik dan sanak saudara.


Selasa, 2 Ogos 2011

Pengertian Ramadhan dan Berbuka puasa


Fadhilat Ramadan


  

Fadhilat Segerakan Berbuka Puasa

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.”

Riwayat Bukhari dan Muslim




Pengajaran Hadis:


i) Menyegerakan berbuka adalah antara perkara yang disunatkan di dalam Islam kerana ia membezakan antara cara puasa oarang-orang Yahudi dan Nasrani yang sengaja melambat-lambatkan waktu berbuka. 


ii) Sunat berbuka puasa dengan tamar (kurma) sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino. Di antaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. 


iii) Antara hikmah disunatkan berbuka dengan buah tamar juga adalah kerana kandungan gula di dalam kurma adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan makanan manis yang lain di mana badan akan segera kembali segar setelah seharian berpuasa. Sebaliknya jika seseorang itu berbuka puasa dengan memulakan pengambilan makanan yang berat tanpa memulakan makanan yang manis, maka gula yang diambil kemudiannya memerlukan waktu yang lebih lama iaitu antara 3-4 jam sebelum dapat diserap oleh usus. 


iv) Dari sudut perubatan puasa itu sendiri sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan yang dapat mengubati gangguan usus selain boleh mengawal berat badan dan mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.


v) Setiap Muslim hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan sewaktu berbuka adalah yang halal dan bersih bukan makanan yang haram atau syubhat selain berwaspada dengan kuantiti makanan yang diambil itu sendiri iaitu janganlah terlalu banyak sehingga menyebabkan badan terasa berat untuk mengerjakan ibadat seperti solat terawih dan sebagainya. 



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.


Isnin, 1 Ogos 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pada hari Rabu 27/07/2011 aku bersiar-siar untuk meninjau handphone baru untuk isteriku, Kesedihan yang melanda isteriku cukup menggusarkan hatiku....apakan tidak jikalau mood isteriku tidak baik bermakna terpadam lah niat hendak ke Stadium Bukit Jalil bersama rakan-rakan....ternyata tekaan aku meleset sama-sekali. Isteriku dengan rela hati membelikan tiket bola ke stadium yang ia beli melalui rakan sekerjanya. Aku dan Syafiq gembira dapat pergi ke stadium. Alasan aku bahawa syafiq tidak pernah pergi ke stadium dan janjiku hendak mengantikan handphonenya yang hilang ternyata berbaloi....


Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.