Rabu, 10 Ogos 2011

Hari Sengal Sepagi

Hari ni aku nak cerita kisah yang aku lalui sepagi yang sangat menyengalkan kepala aku. Aku akan ingat kejadian itu selagi kepala aku boleh ingat. Entah apa-apa tah yang aku pikirkan seperti sistem pemikiran kepala aku ni sedang digodam oleh penceroboh cyber. Puas aku cuba repair kotak pemikiran aku ni dengan pelbagai gaya dan rupa tetapi belum ada lagi antivirus yang dapat memulihkan sistem imunisasi otak aku ni. Aku harap ia tak kan lama dan beransur pulih dengan memuat turun udara segar di pagi hari ini.


Begini bermulanya segala tahap kesengalan aku pada pagi ni. Setelah aku menghantar anak-anak pergi ke sekolah, aku terus menuju ke stesen minyak Petronas Cyberjaya untuk mengisi NGV di kereta aku ni. Seperti biasa setelah selesai aku terus menuju ke tempat kerja di MMU. Tetiba isteri aku suruh aku bayar duit kat kredit maybank di ATM mesin  cash deposit. Dengan segeranya aku melangkah pergi dengan keyakinan yang tinggi. Sesampainya aku di dalam mesin ATM aku terus menekan butang ATM tersebut untuk membuat pembayaran.

Bila tiba di hadapan mesin ATM tu aku pun kuarkan kertas nota nombor akaun aku senarai hutang piutang ni. Orang bagi kad nama supaya kita ingat kat dia dan bisnes apa yang dia ada tapi aku buat tulis nombor segala hutang piutang yang aku ada. Bukan apa... semua tu untuk mengatasi masalah pelupa aku ni senjak azali terutama pelupa letak kunci. Dah banyak kunci yang aku hilangkan. Jadi segala nombor-nombor bank ni aku tulis di belakang name kad yang orang bagi kepada aku terutamanya dari supplier yang selalu datang berurusan dengan aku di tempat kerja. Kenkadang terpikir juga mendedahkan akaun bank ni bahaya tapi dah tahap pelupa nombor nak buat cam mana....Lagi pun kalau tercicir orang jumpa ada ke yg nak bermurah hati masukkan duit dalam akaun nombor-nombor tu yeee!.....

\

Dari satu paparan ke satu paparan aku buka dekat skrin ATM tu sehinggalah aku menaip nombor kad kredit binik aku di bahagian bayaran. Apabila aku selesai menekan nombor skrin Atm tu telah memaparkan "nombor akaun yang anda pilih tidak sah".... AAiiikkk..!!!! apasal pulak ni? kata dalam hati je laa...tak cakap kat mulut sebab orang ramai beratur belakang aku. Malu nanti kalau dengar. Dengan tidak berputus asa aku mencuba lagi dengan menu pilihan urusan yang sama dengan andaian aku tersilap tekan nombor. setelah mencuba dan menekan satu demi satu nombor akaun tu aku pun menekan "enter". Sekali lagi ayat berhantu tu muncul "nombor akaun yang anda pilih tidah sah"....Aku tak puas hati aku mencuba dengan menu yang lain pula untuk membuat bayaran kad kredit binik aku tu....Lagi banyak aku tekan menu lagi mengarot-ngarot skrin ATM tu suruh aku buat yang aku sendiri dah sengal nak bacanya....

Dengan longlainya aku keluar dari bank tersebut menuju ke kereta...Dengan yakinnya aku memberitahu binik aku... " ayangg...nombor akaun ayang dah kena blok laaa.....agaknya lambat bayar kottt...! " Dengan muka brutal tak puas hati binik aku tu dia pun mintak duit yang aku pegang nak pergi bayar sendiri... Yeee  laa.. nampak sangat dia tak percaya cakap aku... dia pun menuju mesin ATM untuk membuat pembayaran kad kreditnya sendiri tanpa menoleh ke belakang meninggalkan aku yang tercegat kesengalan tahap confius.


Lama juga aku tercegat memikirkan kenapa la tak boleh nak bank in duit ni yee....sambil aku memerhatikan binik aku berlalu pergi....entah dari mana tah tetiba wahyu tu datang dalam kepala aku yang blur-blur sotong ni tetiba aku terpikir yang binik aku menuju ke ATM MAYBANK dan sedangkan aku pula tadi menuju ke ATM CIMB....aduhhh....patut la tak boleh bayar kad kredit maybank tadi sebab aku pergi bayar si ATM CIMB...Patut la mesin tu sengal jee baca nombor akaun yang aku taip tu....Puas aku fikir kenapa boleh jadi begini......macam mana aku boleh tidak perasan dari awal lagi aku salah bank....


Kadang-kadang mungkin pihak perancangan membina bank yang berdekatan untuk kemudahan pengguna tapi oleh kerana terlalu mudah sampai aku pun jadi sengal tersalah bank. Puas aku termenung di sebelah kereta aku yang nombor 3 dari kiri tu. kat tepi tembok  tu la aku dapat ilham naper aku tak boleh bayar kad kredit maybank binik aku tu....Sampai aku tulis cacatan ni pun aku rasa sengal bila ingat peristiwa pagi tadi. Binik aku yang keluar dari bank dengan pantasnya membedik aku dengan kata-kata ala bom atom " kenapa saya buat boleh pulak bang? "....walaupun pendek tapi terkulat-kulat aku menahan dan terus start kereta berlalu pergi dari situ tanpa menjawab sepatah pun....Agaknya dia ingat aku nak kelepet duit kot.....


Inilah dia CIMB bank Cyberjaya yang aku salah bank in duit kad kredit binik aku dan sebelahnya pula Maybank Cyberjaya . Sehingga kini binik aku pun tak tahu lagi kenapa aku tak boleh bank in duit pagi tadi tapi lepas baca ni dia mesti tau  punyaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan