Jumaat, 19 Ogos 2011

Proton Waja tidak boleh start enjin

Entah mood apa pada hari ni kereta aku pulak buat ragam....Pepagi lagi aku start kereta tak mahu hidup... dan bertambah pelik lagi tak de bunyi apa-apa pun bila kunci diputar tetapi yang hanya kedengaran
ialah bunyi elektronik enjin je yang ada. Trikkkk...trikkk...triikk.... tikkk...tikkk... lepas tu senyap terus walau kunci kereta di putar beberapa kali.... . Masalahnya seperti kereta auto yang gear positionnya berada di kedudukan gear "D-drive".Memang  sebelum ini kereta ini sudah beberapa kali tidak boleh start enjin kerana bateri yang dah lemah tetapi pada kali ini kereta ni terus merajuk tak nak bunyi dah terus....


Seperti biasa aku suruh anak aku si Along tu start kereta pagi-pagi untuk memanaskan enjin kereta sebelum hantar dia pergi ke sekolah. Bila aku turun je aku pun bertanya kepada anak aku "kenapa tak start enjin lagi!". Along cakap " kereta tak boleh start". Nasib baik pakciknya ada boleh hantar anak-anak aku naik motor ke sekolah. Maka aku pun keluarkan kotak spanar kereta yang aku dah kumpul alatanya berpuluh tahun lampau dan bermulalah kerja mencari kerosakan ke atas kereta kesayangan aku ni peringkat demi peringkat :-

1) Mintak tolong jiran jump power beteri dari keretanya menggunakan Jumper wire. Keputusan = GAGAL.

2) Periksa Wiring di sekitar kotak fius dan fius bateri jika ada kerosakan. Keputusan = semua dalam keadaan baik.

3) Talipon Pekli ajak mencari beteri baru sebab sebelum ini pun dah 2-3 kali kena tak boleh start sebab bateri dah tak boleh simpan cas lama.

Kedai inilah aku beli bateri YOKOHAMA N70L dengan harga RM200 setelah dia ambil bateri lama aku.

Aku membawa bateri yang baru dibeli bersama Pekli

Kerja pemasangan Bateri dimulakan...

Inilah bateri yang aku beli dengan harga RM200 setelah dia ambil bateri lama aku di Puchong.

Kerja mengetatkan kepala bateri dimulakan.

Bateri yang telah siap di pasang...

Selepas bateri di pasang dengan sempurna aku mencubanya untuk kali ke berapa pun aku tak ingat. Aku putarkan kunci kereta dengan hati berdebar-debar ...almaklumlah dah kena RM200 beli bateri kereta baru. Setelah kunci di putar ternyata keputusannya = GAGAL.
Aku belek-belek sekali lagi bateri tu tetapi masih gagal juga untuk menghidupkannya.

4) Perasaan hampa mula menguasai diri. Oleh kerana semua sensor enjin aku dah check, starter juga dah check, serta yang berkaitan dengan wiring kereta juga dah check maka aku pun termenung sejenak. Akhir kata, aku pun tinggalkan kereta buat seketika dan pergi ke tempat kerja untuk merehatkan fikiran. Kepala dah semak tengok masalah kereta pada masa itu.

5) Sedang aku blur-blur memikirkan masalah kereta waja aku tu tetiba aku terpikir mungkin masalah remote kereta waja tu. Apa lagi, aku pun membaraikan remote keter waja power aku ni dan mencabut bateri remote kereta ini. ( Cara ini adalah untuk meresetkan memori remote kereta tu )


Oleh kerana aku dah baraikan remote maka aku pun cuci habuk sekali dan memasang semula remote kereta itu aku pun pergi sembahyang Jumaat di Mesjid sambil memohon kepada tuhan supaya membantu aku mengharungi masalah kereta aku ini. Dengan pantas aku ke rumah untuk mencuba menghidupkan kembali kereta aku dengan remote yang baru ini dan syukur alhamdulillah aku berjaya. Keputusan = BERJAYA.

Pengajaran : kete dah bole start..masalahnya ialah.. IMMOBILISER PADA KUNCI !!!
cara selesaikan ialah.. cabut bateri remote keta.. pastu pasang balik... sebelum start kita tutup semua pintu dan bonet keter dulu kemudian baru cuba start ... 




57 ulasan:

  1. la ya ka..tips yg mmg berguna ni...boleh d guna pakai utk model yg lain kan ?

    BalasPadam
  2. boleh diguna untuk semua kereta proton yang ada remote la ..... haaa3x lega dapat settle masalah keter. Khairul!!...keter waja aku usia dekat 9 tahun memacam perangai dia kuar dah...tapi satu2 aku suka repair sendiri sebab dpt mengenali perangai keter aku sendiri...haaa3x

    BalasPadam
  3. kereta waja saya kdang2 start enjin hidup...kdang2 enjin x leh hidup...ada sapa2 tahu x kenapa..???

    BalasPadam
  4. bagus nye penkongsian ni....
    tq kerana menambah ilmu den.

    BalasPadam
  5. Mujur jumpa blog ni... memang waja aku sekarang ada masalah mcm tu ... nak cuba tengok.. sekarang nak buangkan battry remote.. dan nak pergi start... tunggu keputusannya...

    BalasPadam
  6. Sabros
    Terima kasih atas maklumat di atas. Waja saya pun sama. Sampai habis ditukar. Bateri, Fuel Pum, Filter petrol, spark plug....masih tak mahu hidup. kena tolak baru hidup. Tapi bila buka bateri kunci....pasang balik..baru senang hidup. sekali start terus hidup. Waja....Waja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulillah... sedikit ilmu yg kita boleh kongsi bersamaa...

      Padam
  7. ermm...biar betol ni aku pun tngga cari apa masala keta aku ni tak nak start tak de langsung bunyi bila start...nak trai lah buka remote kuci keta ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. amacam?... dah ok ke belum?... harap2x selesai masalah... aminnn...

      Padam
  8. keta waja saya selalu buang cas bateri,agak2 pasal apa..suma benda cek ok..adakah wiring problem

    BalasPadam
  9. Kalo tak cas tu 1. Bateri Rosak, 2. Alternator Rosak... pi kedai elektrik kereta check Alternator... Kalo alternator rosak beli bateri baru pun tak guna sebab dia tak boleh cas balik....

    BalasPadam
  10. Keta aku memang dah x guna remote ori. Tapi masalah mcm ni kadang2 kena jugak...

    BalasPadam
  11. Haha.. Memang pelik, tapi inilah kebenarannya.. Akupun pernah mengalami hal yg sama.. Buat itu x jadi, ini x jadi, rupanya batri remote dah kong..

    BalasPadam
  12. Salams waja saya pagi2 atau bila sejuk..susah nak start. sudah test alternator..np, tukar bateri baru....masih jadi. Bila engine sudah running atau petang start np. Ada tips tak?

    BalasPadam
  13. salam..waja saya pun ade masalah same...bile masukkan kunci untuk start krete..xde bunyi..xde respon ape2 pun...lampu kat panel sume x nyala..pendek kate..memg tidak jadi ape2 lah..saye try buang betri kat kunci mcm awk buat..tp tetp tidak menjadi...mohon tolong bg tunjuk ajar ckit...

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.terima kasih banyak sahabat. baru.info sgt2 berguna.kalau xbleh td nk tunggu hari jumaat jugak baru nk try.hehe.

    BalasPadam
  15. kereta waja saya dah 2 minggu tidak boleh dihidupkan jam 5:30 am.
    Saya dah tukar bateri baru.
    Saya dah tukar starter ( tapi starter bukan ori )
    pasang balik starter lama, pun sama.
    Apa sebenarnya yg rosak.
    Waktu siang atau malam tiada masallah. sekali start OK.

    BalasPadam
  16. Waja saya pun ada masalah susah nak hidup. Bateri baru tukar. Nasib baik kereta manual
    boleh tolak. Lepas ni kalau ada masalah sama, saya akan cuba tips ni.

    BalasPadam
  17. Waja saya pun td br saja kena. Dtg dr penang ke putrajaya. Ingat2 nk ronda alamanda. Start enjin xhdp. buat jumper pun xboleh. tp lampu semua menyala elok. Nsb baik tpikir nak bwk kunci spare. Try start terus hdp. Selamat. Kena bgtau pomen. Cancle esok xpyh dtg. Hehe

    BalasPadam
  18. Salam.. Thread dah lama tapi hari ni terjadi pass waja saya. Battery tak charged. Bila tukar battery takmo hidup jugak. Enjin tak crank. Tukar starter pon tak jalan. Jump start pon tak jalan. Alih clip buaya jump start ke cable ( +ve) baru idup. Rupa2nya connection Dari terminal ke cable tak elok. Buka nut 10 gosok semua cable n terminal. Alhamdulillah ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penyambung "L" yg ke relay tu.

      Padam
    2. Saya nk tnya.hri ni sya pasng oseal flywhell d kreta waja 1.8.enjin renoult.slesai ja sya pasang blik gear box.lpas tu bla nk start enjin.gear auto duduk duduk kat d.lmpu d berkelip2.sya tolak ke n pun lampu mnunjuk kn d.tolak ke p pun lampun mnunjuk kn d.enjin jd xble nk start.so mcm na sya nk slesai kn msalah ni.skadar bertanya sebb kpla dah biol he3

      Padam
    3. Saya nk tnya.hri ni sya pasng oseal flywhell d kreta waja 1.8.enjin renoult.slesai ja sya pasang blik gear box.lpas tu bla nk start enjin.gear auto duduk duduk kat d.lmpu d berkelip2.sya tolak ke n pun lampu mnunjuk kn d.tolak ke p pun lampun mnunjuk kn d.enjin jd xble nk start.so mcm na sya nk slesai kn msalah ni.skadar bertanya sebb kpla dah biol he3

      Padam
  19. Salam mintk panduan ckit dri bos,skrg kunci waja hilang,kunci sper da tapi enjin x blh hidup

    BalasPadam
  20. Looking for car battery? Try this website http://mytayar.com

    Just key in the battery spec on the website. Website will show pricing from the workshops. You choose what is important to you; price, location, brand or specific model.

    Just pay 5% online as deposit. The website will send an email with details of the seller. Pay the balance 95% directly to seller once he delivers.

    We monitor the shops so that they don't cheat the consumer.

    Price Includes Battery, Installation, Alternator Check, Warranty and Free Delivery within KL, PJ, Shah Alam, Putrajaya, Puchong, Bangi & Kajang after Trade In of Existing Battery.

    p/s : Nak cari tayar kereta dan servis package pun ada..

    BalasPadam
  21. Waja saya pun br tadi masalah sama..try check bateri, minyak sume ok..jumpe blog ni terus Cuba buka bateri kunci..sekali start terus hidup..info bagus ni..tq admin

    BalasPadam
  22. salam kalau saya dah tukar sistem remote alarm baru masih boleh guna cara ini juga ke?

    BalasPadam
  23. Saya pun alami masalah yg sama..td ptg xboleh start..lampu smua xda..pastu pomen dtg jumper bru idup sbb lama xpanas enjin hampir semingu..pastu td pi tukar bateri remote..then bila tekan trus bunyi alarm..so tpksa la kunci manual..bsok nk try bukak bateri remote blk..

    BalasPadam
  24. Kereta waja 1.6 4g18 p saya pun tak hidup dah 2 minggu.baru je tukar bateri lepas 3 hari tak boleh start lagi.bunyi tik tik tik je.alarm asik bunyi je.ni tengah try nak check starter.terima kasih buat blog yang boleh menjadi panduan kepada saya yang tak tau ni.

    BalasPadam
  25. Kereta sy pun sama jugak tuan.bila start takda bunyi langsung. bateri bru je tukar td . Pun takda respon...

    BalasPadam
  26. Kereta sy pun sama jugak tuan.bila start takda bunyi langsung. bateri bru je tukar td . Pun takda respon...

    BalasPadam
  27. kereta saya dah 5 hari tersadai, masalah dia sebijik sama mcm kereta cik Khairul nih..skrg saya dah buka beteri remote kat opis..xsabar nak cuba balik nanti..mudah-mudahan boleh..(bateri baru tukar, aircond baru servis, fuel pump baru ganti)..jangan la rosak benda lain plak..huhuhu..nak nangis

    BalasPadam
  28. Malam tadi kereta alami masalah tenaga drop dan Kampusch kereta menjadi malap(x Teráng). Dan lampu meter tiba2 tidak menyala. Bila nk berhenti di rnr mati enjin dgn sendiri. Ada x dlm kelab ini mengalami masalah yg sama dan blh share pengalaman dan apa punca sebenarnya. Semasa d rnr saya tukarkan bateri yg baru tetapi hanya seketika je ok lepas tu sama juga mengalami masalah yg sama.

    BalasPadam
  29. Kalau masalah beteri senang saja chek
    On kan kunci dalam hidupkan lumpu malam dan hidupkan double signal
    Kalau berkelip2
    Signal dan lampu meter ikut berkelip2
    Bermakna beteri la masalah.

    BalasPadam
  30. Assalam sahabat2 sekalian...

    Berapa kos repair blk alternator ori waja mitsubishi ... 2002(a) tq geng.. Note: sekrg dh tukar alternator recon xda mslh apa2lahh lg..just nk p repair service blk ori kereta..

    BalasPadam
  31. Waja lama ada pakai imobliser chip ke?

    BalasPadam
  32. Itu la tuan zain, terpikir benda yg sama gk. Waja lama pakai chip jgk ke.. Mmm

    BalasPadam
  33. Rasa waja mitsu x pakai dari info kereta kawan,campro sy ada, tadi pagi nak start x boleh,sblum ni keta change gear dari R ke D jerk,so htr bengkel suis sensor gearbox rosak.dh tukar ilang jerk.mula2 ingat gearbox rosak,rupanya suit tersebut,tp tadi pagi x blh start.change gear dari p ke N,cuba start idup pulak.confius,ada bnyk sensor ke utk gear Automatik ni.pening fikir..

    BalasPadam
  34. Sama juga baru terjadi pagi ni.. sebelum ni pernah terjadi. Da hari xmau hidup ari ke3 drg pomen muka selamba je boleh strt.. tp rpm bwh 1k... alternator bru tukr setahu lepas.. bateri tukr baru xsmpai setahun.. apa masalahnya...

    BalasPadam
  35. Salam waja sya enjin mitsu 1.6 manual msalahnya blh stat tpi tak nak hidup...bila on suis lampu chek enjin tu tak menyala..sepatutnya bila on suis lmpu chek enjin tu mnyala,bila lmpu tu dh padam bru blh stat.bru la enjin hidup...ade sahabat2 thu tak ape msaalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la dgn kereta sy..tgh mncari apa masalahnya..dh dpt tau ke masalahnya?sy tukar crank sensor pun sama jgk

      Padam
  36. salam baru je kene ni waja nak start tak boleh lampu semau ok boleh buka.tp nak start ade buyik eleteronik aje ape massalah klu mcm ni

    BalasPadam
  37. Salam ,kereta waja sy sekarang ,rosak ..btry baru ,alternator pun baru ,lampu btry kt dashbord tak nyala menunjukkan warning pun,tapi bila sy nak start pagi takada karen ,lampu semua tak nyala ..apa masalah kereta sy bos

    BalasPadam
  38. MasyaAllah, tabarakallah. Terima kasih atas tips ini, Alhamdulillah keta waja saya dah boleh start lps tukar bateri remote.

    BalasPadam
  39. Waja sy on kunci lampu check engine tak menyala. Jadi tk boleh nk start.. dah buntu.. mkin ecu rosak.. atau ada yg pernah kena mcm ni tak

    BalasPadam
  40. Kerata waja sy dh smggu jd mcm tu xblh start xda bunyi,blik kerja nnt sy nk try tukar betri remote,sbb mmg dh nk kong betri tu

    BalasPadam
  41. Alhamdulillah hari ini 26/9/2022 kereta waja mmc sy buat hal,sampai je tempat kerja terus matikan enjin dan pergi beli kuih,masuk balik dalam kereta dan nk start dh tak boleh hidup,byk kali cuba tetap tak boleh juga,tiap kali start alarm bunyi..dh serabut kepala otak mcm² duk fikir. Tenangkan fikiran jap capai henpon dan google apa masalah sebenar,terus terbaca blog saudara dan cuba buat macam saudara buat,cabut semua bateri dan keluarkan kompenan lepas tu pasang balik.. sekali start hidup terus hidup,syukur sangat².. terima kasih tuan blog atas perkongsian,semoga jadi satu sedekah buat saudara.

    BalasPadam