Ahad, 7 Ogos 2011

Terbabas Sahur

Akibat terbabas bangun sahur di pagi hari, kami sekeluarga terpaksa berpuasa dengan seadanya apa yang tertinggal di dalam isi perut masing-masing semasa berbuka. Anak-anak bertahan dari sejam ke sejam yg seterusnya. Namun pada pukul 10pagi si Syafiqah dan Adam ( ini memang tak puasa pun ) telah tewas dengan dugaan kerongcong perut masing-masing. Tinggal Syafiq yang masih untuh bertahan. Mamanya yang tidak sampai hati dengan jayanya menghidangkan Macaroni untuk santapan mereka yang ponteng puasa.


Setelah setengah jam memasak macaroni pun siap.... Si Syafiq pula tertelan air liur agaknya menahan nafsu makan. Aku seperti biasa sekadar melihat mereka makan sambil melayan syafiq main game supaya dia tidak tergoda dengan bau-bauan dan aroma macaroni tu.

Inilah hidangan Sup Macaroni yang mama dah buatkan untuk mereka-mereka yang tidak puasa.

Syafiqah yang tak sahur pun berjaya mencairkan hati mama dia untuk membuatkan makanan.

Adam yang tanpa segan silu menghirup dan menikmati macaroni yang memang sedap ketika bulan puasa ni.

Syafiq duduk dalam bilik menahan diri daripada terjebak membatalkan puasanya. Terus main game Age of Empires dalam bilik dan tak keluar ke dapur.....

Adam melicinkan mangkuk macaroni dengan gayanyaaa....

Ini dua beradik yang kekenyangan bersandar nikmat sambil menonton tv. Abangnya dah duduk dalam bilik je dah seronok dapat main game ....

Gaya-gaya orang yang tak puasa......sehingga kini syafiqah telah ponteng puasa sehari dan syafiq masih utuh penuh tanpa tergugat.....

Aku juga yang membelek pokok nak mengurangkan stress dengan bau macaroni yang sedap tuuu...Sambil tu aku memeriksa lampu minyak diesel yang digunakan untuk memeriahkan ruang anjung rumah kami di malam hari. Ala-ala suasana kampung la sikittt walaupun rumah kat tingkat 5 atas langit...Minyak diesel ni aku beli dari awal tahun dan tahan sehingga kini. Jimat dan tahan lebih lama pakai lampu minyak diesel.....Minyak tanah mahal gilerr...sebotol 1500ml beli kena RM7 hinggit..... tobat aku beli minyak diesel jee... RM10 hinggit dapat 5 Liter = Satu gelen.

Inilah barisan pokok yang sudah di ubahsuai mengikut citarasa Ramadhan dan juga barisan lampu mminyak diesel yang akan beroperasi sepanjang bulan ramadhan ini. Lampu minyak diesel ni kita tuangkan bercampur air dengan sukatan nisbah 1 air : 3 Minyak diesel.....maka nanti bila dihidupkan pembakaranya akan berlaku letupan2 kecil di atas lampu dan menyerikan lagi suasana di malam ramadhan ini....Dan juga mengurangkan asap jelaga hitam di ruang muka bumi ini...cubaalahhh....

Bila waktu malam begini lah jadinya...Barulah ada suasana kampung di tengah bandar...

Anak-anak bermain sambil dilimpahi cahaya lampu minyak diesel....

Pada petang esoknya aku buat BBQ di hadapan rumah ketika hendak berbuka puasa... Terasa seronok la juga layan anak-anak walaupun di tempat ruang yang kecil....sambil aku buat BBQ iaitu sosej dan kerang bakar aku juga boleh menghalau nyamuk sekali dengan asap yang berkepul2 tu...almaklumlah di waktu senja ni nyamuk pun nak berbuka sekali...

Yang jadi asap berkepul2 tu sebab aku pakai tempurung kelapa untuk mengantikan arang. Daripada menyemak je tempurung kelapa bersepah...baik aku buat arang BBQ....

Inilah kelebihan jika rumah di tingkat paling atas sekali.....Nak buat aktiviti tidak menganggu jiran yang hendak turun naik....memang berbaloi-baloiii....Tapi bila mengenangkan naik tangga tingkat 5 tu dan harganya ...aku gagahkan juga beli rumah bawah jua akhirnya.....barulah kami dapat "turun ke bumi"....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan