Jumaat, 5 Ogos 2011

Berbuka di Restoram Mat Ayam Kampung

Kami bersama rakan-rakan berbuka puasa di Restoran Mat Ayam Kampung, Cyberjaya. Pada awalnya kami ingin berbuka di Restoran Perantau di Kajang tetapi bila kami keluar dari bumi cyberjaya dan menuju ke kajang kami dapati kesesakan lalulintas yang teramat dahsyat. Kesesakan yang hanya di sebab waktu puncak orang pulang dari kerja dan di tambah dengan hujan yang lebat telah menakibatkan kesesakan berkilometer jauhnya. Ketika kami di persimpangan Putrajaya ke Kajang di hadapan susur berhampiran hospital Serdang kami membuat keputusan berpatah balik menuju ke Sri Kembangan.

Hati kami terasa amat lega dapat melarikan diri dari kesesakan namun bukanlah di dalam suatu jangka masa yang lama. Setibanya kami di susur ke LDP highway dan persimpangan Sri Kembangan kami dapati di situ juga mengalami kesesakan yang teruk. Akibat dari hujan yang lebat ketika waktu pulang dari kerja kami dapati semua laluan mengalami kesesakan yang teruk. Maka pada akhirnya kami berpatah semula ke Cyberjaya untuk berbuka puasa di Restoran Mat Ayam Kampung. Gambar dibawah menerangkan keadaan kami ketika hendak berbuka puasa di restoran Mat Ayam Kampung.

 Kesesakan untuk menuju ke Kajang

 Kesesakan di persimpangan Sri Kembangan LDP

 Restoran Mat Ayam Kampung

 Adam bersabar menunggu waktu berbuka puasa . Tetapi sebenarnya yang tidak terlihat di gambar ialah Adam telah di ikat di kerusinya kerana tak tahan nak membendung kelasakkannya di atas meja. Habis semua dia nak sepahkan, piring terbang ke lantai dan macam-macam lagi laa.....


 Aku sabar menanti berbuka puasa sambil membelek cari wifi dengan hanphone PINK binik aku punya.....

 Berbuka dimulai dengan kurma

 Harpizzy dengan gaya bebas akibat kekenyangan

 Pekli dengan pizzy yang membelek harga makanan kami yang pada amatan aku kira murah dengan jumlah lauk yang di himpun. Puas hati makan kat kedai ni.....

 Lauk dah licin tinggal pinggan ajeee.......Yang terkenalnya kat sini iailah mereka menggunakan ayam organik atau ayam yang diberi makanan herba-herba la gitu kalau tak silap aku....Ayamnya pun kecik-kecik sahaja tapi memang menarikkkkkk....pekena dengan sambal dia..peerghh...terbaeekkk....
Tu dia harga ....cuma RM37.70 ajeee...lauk berpinggan-pinggan dan nasik pun bertambah-tambah....puas hati dengan harganyaa....

1 ulasan: