Syukur alhamdulillah sudah 3 hari umat islam menjalani ibadah berpuasa.... dan syukur anak2ku yang dua orang tu masih belum tinggal puasa.... syabas untuk anak mama kerana berhati waja dalam menjalankan ibadah berpuasa....
Syukur aku kerana mempunyai suami seperti suamiku yang sanggup membantu menyediakan juadah untuk bersahur semasa kesihatanku TKO sejak minggu lepas. Ni aku masih belum betul2 sihat dialah yang menjadi tulang belakang untuk preparation berbuka dan bersahur.
Ini gambar mereka berlatih puasa di tahun lepas
Ini pula gambar terkini, selepas balik dari sekolah agama meunggu waktu berbuka sambil tenung air tu bila lah nak boleh minum.
Hari kedua pula kami hanya berbuka di rumah sahaja dengan nasi Ambeng. Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi orang jawa. Di dalam nasi ambeng terdapat nasi putih, mee goreng, ikan kering, ayam kicap atau ayam goreng berempah boleh buat pilihan dan serunding kelapa serta sambal goreng. Sambal goreng orang jawa tidak pedas, pangilannya je sambal. Kami membeli sekadar 2 bungkus di bazar ramadan sudah cukup untuk kami anak beranak.
Gambar pinjam dari Mr google
Huhu masa untuk bersahur pulak tup tup ader cuma 10 minit jer sebelum azan.... dalam kalang kabut mengejutkan anak2, syafik pulak mengigau berbogel, dia ingatkan nak bersiap pi mandi nk gi sekolah.rupanya orang lain tengah kalang kabut nk bersahur. Macam ular sawa kami menelan makanan, dah xder tomakninah dah, nasib baik kami makan bubur yang di sponser MMU, apa lagi masuk terus telan... Itulah ragam beberapa hari ini dibulan puasa ini. Rupa-rupanya bila baca FB harini ramai juga yang telajak x bersahur termasuklab ibuku dikampung. Sukur kami masih ada rezeki untuk hari ini dalam menjalankan ibadah berpuasa.
Tabik selut untuk syafik yang berkobar2 mengerjakan sembahyang terawih. Sejuk perut mama ngandungkan anak2 mama yang beribadah di bulan puasa ini.
Harini x tahu juadah apa lagi untuk berbuka... nanti difikir2kan..... Selamat berbuka untuk kalian semua dan semoga mendapat pahala yang berkat dalam mejalani ibadah bulan ramadan almubarak ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan