Oleh kerana sekarang ni bulan puasa jadi aku hanya mulakan dengan cara mereka hendak berbuka puasa yang lebih kurang macam aku dulu jugak laaa. Setelah habis waktu kerja, aku, isteriku dan anak-anak aku mengikut mereka geng trio bujang ni pergi ke bazar ramadhan Putrajaya. Aku yang tidak pernah pergi ke sana untuk tahun ini pun pergi bersama. setelah aku borong semua anak-anak aku masuk kereta yang baru pulang dari sekolah. Beberapa minit pun sampai ke sana dan bila aku masih terkial-kial nak kuarkan anak2 dari keter aku dapati mereka dah bergerak ke pasar ramadhan dulu walaupun parking keter di tempat yang sama. Cargas sungguh mereka ini. Itu je yang boleh cerita pasal geng bujang ni. Kalau citer lebih2x nanti kira ngumpat la pulak.... Semua gelagat dan aksi mereka dan juga keluarga aku rakamkan bersama.....
Trio geng bujang yang cargas menuju ke Bazar Ramadhan Putrajaya
Gerai roti John yang pasti ada di setiap bazar ramadhan
Pekli dengan Pizzy yang berada di hadapan aku ni tengah meronda-ronda menjamu bau merangkap menjamu mata la sekali agaknya....
Binik aku yang mendapat makanan kegemaranya nasi kukus ayam rempah. Sedap jugak makanannyaa..
Harga sebungkus standard laa...baru rm5 hinggit....Tapi sampai rumah nasi kukus pun dah macam jadi nasik kepal sebab dari beli nak tunggu sampai buka puasa dah sejuk keras dah nasik tu....
Pemandangan Bazar Ramadhan Putrajaya
Anak-anak aku yang jalan-jalan cari lauk pun tak pasal-pasal dapat belon dari gerai pelancongan malaysia.
Masing-masing dah senget badan dengan bungkusan makanan laa ni...... beli juadah tahap macam nak buat open house gamaknyaa....
Gerai sayur dan ikan banyak terdapat di sebelah bazar ramadhan... senang la nak beli bahan mentah untuk sahur...Gerai baju raya pun ada juga di sebelah Bazar Ramadhan....Macam-macam adaaa!!...
Aku yang leka membeli lauk dan bahan mentah pun kena snap gambar oleh mereka.
Aku yang pulang membawa juadah berbuka berbanding hamdi yang bujang di hadapan....Aku beli untuk 5 kepala dan yang depan tu beli untuk satu kepala. Itulah bezanya belanja orang bujang dengan orang dah kahwin.......
Pizzy lagi banyak beli......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan