Selasa, 23 Ogos 2011

Proton waja wiper tidak mahu berputar

Sempena nak cuti balik raya ni aku rasa eloklah berkongsi sedikit ilmu penjagaan dan mengenali kerenah kereta waja aku ni bersama-sama. Kereta ni sesekali memang suka nak bermanja dengan tuannya kerana anak binik dapat baju raya laa...hanphone la...hias rumah la maka kereta ni pun naik cemburu dia nak minta-minta juga la dengan tuannya... Di pendekkan cerita sekarang ni musim hujan dan tetiba wiper kereta aku pulak meragam...tetiba tak nak berputar mengelap cermin depan tu...mahu tak berpinar nak memandu ketika hujan kalau cermin tak jelas.



 Maka dengan sedikit ilmu yang ada aku memulakan pemeriksaan pada :-
1) Suis wiper yang di sebelah stering
2) kotak fius wiper
3) memeriksa soket pendawaian serta
4) wiring hinggalah ke motor wiper kereta aku ni.

Setelah semua suis, pendawaian dan fius sudah di periksa dan berkeadaan baik terus dalam hati aku berkata "mahu terbang lagi duit aku ni lepas beli bateri tempohari". Kemudian aku membuka soket pendawaian motor wiper dan berbekalkan skrew driver aku membuka satu persatu klip motor wiper dengan mencungkil klip secara berhati-hati berjumlah 5 klip di sekeliling motor wiper seperti gambar di bawah:


Selepas dibuka klip-klipnya akan kelihatan sekeping plate suis penyentuh motor wiper sebanyak 3 plate seperti gambar dibawah :


Plate suis ni aku bengkokkan ke atas lagi kerana mungkin besi plate penyentuh tersebut telah lembut dan tidak menyentuh kepada motor wiper seperti gambar di bawah :


Plate penyentuh yang paling kiri sekali aku telah bengkokkan ke atas lagi supaya ia kuat menyentuh motor wiper dan plate yang paling kanan adalah kedudukan plate sebelum di bengkokkan yang menyebabkan wiper aku tidak berfungsi. Setelah ke tiga-tiga plate penyentuh itu dibengkokkan selaras dengan plate yang paling kira sekali aku pun memasang kembali kesemuanya satu persatu klip dan soket pendawaian sepesti sedia kala. Bila wiper kereta aku kembali berfungsi... fuhhh leegaaa... selamat duit kali ini......





12 ulasan:

  1. beruntung klu boleh buat sendiri kan ..good info ni..ramai yg x taw ni

    BalasPadam
  2. sajer nak share je khairul...banyak lagi info "mengarut" problem kereta waja aku nak uploadkan lagi ni... kalau main terus tukar memang rasa rugi sebab kadang-kadang masalah remeh temeh je...

    BalasPadam
  3. bole bukak bengkel la bro loki..

    kuak2..

    BalasPadam
  4. aku bukak bengkel kat kawasan kg kau... nanti aku boleh angkat enjin keter pakai burung kuak2 kau jee..tak yah pakai hidrolik...haaa3x...
    selamat hari raya mal....

    BalasPadam
  5. hi...terima kasih atas info...sangat berguna...sy minta izin copy utk panduan...sebab hadapi masalah wiper x berpusing juga.

    BalasPadam
  6. Thanks bro for the info..

    BalasPadam
  7. tma ksh bro sy dapat betulkan sendiri wiper sy rosak baru ni dgn mengikut langkah2 yg bro tunjuk... tma ksh banyak2.

    BalasPadam
  8. Baik pnya info bro..lusa ni aku nak try buat..kalau jd nnt aku bgtau kat blog kau ni..tq

    BalasPadam
  9. t.kasih info.. sbb dh terkena kt aku mcm ni.. kereta baru koyak plastik guna 6bln wiper dh meragam.. sekali aku bukak mcm yg bro buat ni pastu aku psg balik terus elok.. tp dia jd balik xlama tu.. aku rsa sbb xbengkok kn klip dia yg mcm bro ni buat..

    BalasPadam
  10. thanks boss...sy Cuba Jap...td tgh drive dlm hujan...wiper merajuk...heheheeeee...waja ni ngade tau

    BalasPadam
  11. salam tuan, wiper saya tidak berhenti ditempat asal bila off. adakah motor wiper rosak atau timer? bagaimana saya nak tukar motor wiper?

    Tq

    BalasPadam
  12. knpa wiper kereta ni slow sgt wlu dah kelajuannya ditingkatkan.. kereta lama proton saga. adakah disebabkan motor wiper tu..

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.