Selamat pulang ke kampung semua..........Kali ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai ragam kerosakan pam minyak waja. Jika alat ini rosak...alamatnya berkemah di tepi jalan la jadinya... Maka aku ingin berkongsi pengalaman untuk mereka yang memerlukan sedikit ilmu ketika menghadapi kecemasan ini. gambar di bawah ini merupakan pum minyak waja yang selalu dikatakan rosak oleh sesetengah pihak. Sebenarnya tidak semua perkara jika enjin tidak boleh start disebabkan oleh kerosakan pam minyak ini. Memang benar pam minyak ini mudah rosak jika penjagaannya kurang memuaskan.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai penjagaan pum minyak waja ini supaya tidak mudah rosak seperti berikut:-
1) Jangan amalkan minyak kereta kita di bawah paras 3/4 keseluruhan tangki ( senang citer jangan amalkan meter minyak tu pada paras "E" atau "O" sahaja ) ...... Bila minyak pada paras bawah ini akan menyebabkan motor pum akan bekerja lebih berat untuk mengepam minyak petrol itu ke dalam enjin. Lama-kelamaan pam minyak akan mudah rosak....
Meter minyak petrol waja |
.
3) Pastikan wayar sambungan tersebut tidak di pijak ( wayar tersebut kadang-kadang terjatuh dan berada di lantai ) atau tertindih benda berat di lantai tempat duduk belakang sebelah kanan. Cuba lihat gambar di bawah ini.... Kedudukan wayar tersebut sepatutnya berada di dinding lantai dan bukan di atas lantai. Jika penumpang yang duduk di situ terpijak wayar tersebut akan menyebabkan pam minyak gagal untuk beroperasi.
Cara-cara untuk mengenal pasti kerosakan pam minyak waja ini dan cara untuk mengatasinya :-
1) Dengan secara tiba-tiba kereta" TERSENGGUT-SENGGUT " dan terus mati ketika memandu.....ini kena double check dulu...samada minyak sudah habis...heee3x... atau disebabkan oleh dua faktor seterusnya ini...
2) Start enjin banyak kali tetapi tak hidup-hidup enjin TETAPI bunyi starter enjin lancar seperti biasa....Ini biasanya terjadi disebabkan wayar ke pum minyak telah terputus terus atau motor pum minyak sudah rosak... Nampak tak soket yang sudah tiada dalam petak kuning seperti gambar di bawah ini. Saya dah sambung terus wayarnya tanpa menggunakan soket penyambungan wayar lagi.
Soket wayar pam minyak waja yang telah disambung |
3) Tiba-tiba fius enjin TERBAKAR ATAU PUTUS sambungannya.... ini biasanya disebabkan litar pintas yang berlaku pada motor pum minyak , terdapat litar pintas pada wiring atau litar pintas pada soket wiring.... Gambar di bawah menerangkan bagaimana fius tersebut sudah hampir-hampir rosak... bila dia sudah terbakar maka sambungan kecil itu akan terputus....
Ini akan menyebabkan ECU gagal berfungsi.... ECU merupakan sebuah alat elektronik yang mengawal segala urusan berkaitan pengoperasian enjin kereta waja ini. Maka cara untuk mengatasi kita cabut fius yang sama arus ( A = ampere ) sepertinya yang digunakan untuk lampu ke... atau lain-lain yang sama nilai 15A ...dan pasang pada ECU fius soket tersebut. ( sementara aje yee) maknanya lampu atau bahagian yang dicabut lepas ni tak berfungsi la pulak yee... tapi keter berjalan lagi penting kan!!!...
Ini akan menyebabkan ECU gagal berfungsi.... ECU merupakan sebuah alat elektronik yang mengawal segala urusan berkaitan pengoperasian enjin kereta waja ini. Maka cara untuk mengatasi kita cabut fius yang sama arus ( A = ampere ) sepertinya yang digunakan untuk lampu ke... atau lain-lain yang sama nilai 15A ...dan pasang pada ECU fius soket tersebut. ( sementara aje yee) maknanya lampu atau bahagian yang dicabut lepas ni tak berfungsi la pulak yee... tapi keter berjalan lagi penting kan!!!...
Kotak fius waja di bahagian enjin. |
Kotak fius waja di bawah dashboard sebelah pemandu |
Setelah kita mengenal pasti mari kita pelajari cara -cara memeriksa bahagian-bahagian yang ada potensi besar untuk mengalami kerosakan ini:-
Inilah kedudukan pum minyak kereta waja di bawah tempat duduk belakang... Kita buka penutupnya maka akan kelihataanlah pam minyak tersebut. Diatasnya ada soket penyambungan wayar ke pum minyak dan hendaklah diperiksa terlebih dahulu jika ada kesan terbakar atau terputus... kemungkinan soket ini rosak juga boleh berlaku ....
Jika semua faktor di atas tidak berlaku maknanya memang pam minyaknya sudah rosak.... tapi kalau kena di tepi jalan mana nak cari barang pam minyak tersebut???? tentu sukar bukan.... Jadi saya nak kongsi langkah-langkah kecemasan ketika terkena kerosakan ini di tepi highway atau di mana-mana perjalanan...
Caranya :-
1) Buka Seat kereta belakang dan keluarkan pam minyak tersebut... buka penutup terlebih dahulu dan tanggalkan soket wayar dan seterusnya buka putarkan mengikat pam minyak tu sehingga longgar mengikut arah lawan jam...
2) Keluarkan pam minyak tersebut dan keringkan segala minyak petrol yang terdapat dalam pam minyak dengan cara tonggengkan terbalik pam minyak tersebut berulang kali....
3) Setelah kering pam minyak tersebut maka sambungkan soket wayar tersebut ke pam minyak kembali... sambil pegang badan (plastik) pam minyak tersebut maka suruh la isteri ke ... anak ke... start enjin untuk beberapa saat sampai dengan bunyi motor pam itu berbunyi ( beroperasi )... jika Ada bunyi pam minyak tersebut maka anda selamat dari berkelah di tepi jalan dengan lamanyaa...
4) Pasang kembali pam minyak tersebut dan mulakan lah perjalanan kembali.... pastikan minyak penuh dalam perjalanan tersebut. ( kaedah ini pernah saya cuba sendiri dan berhasil ) namun mesti ada sebabnya kan.... kemungkinan ada kotoran yang menghalang kipas motor pam itu berfungsi atau disebabkan carbon brush motor tu sudah pendek maka pam motor tu stack ( jem )... lepas tu boleh lagi saya pakai pam minyak tu... heee3x... Sebenarnya kereta saya sudah 9 tahun pakai baru ganti pam minyak ni...sapa kata ia mudah rosak jika penjagaannya baik....heeee3x
terima kaseh atas info ni bro ..ramai yg x tau ni .. termasuk lah saya
BalasPadamSaya tak reti nak servis atau check apa2 pasal keter...check minyak jer tau... kalau tersadai tepi jalan alamatnye saya akan call hubby untuk selesaikan masalah...
BalasPadamInfo ni berguna sekali .leh share kat kawan2 nanti :)
BalasPadamUmi datang nak ucapkan selamat hari raya haji .. buat abang sekeluarga ..hihi. Awal pi tau ..takut nanti bz kat dapur hihi :)
Take bang kaz and sis sue :)
khairul & lady ija - sekadar berkongsi ilmu dengan pembaca...heee3x... untuk masa2x kecemasan....
BalasPadamUmi - selamat hari raya haji juga...
Pittttt pittttttt umi datang singgah tengok entri abang ..mesti abang n sis sue sedang sibuk ..umi selesai da kat dapur yeayyyyyyyyy
BalasPadamterima kasih atas perkongsian...sy juga ada sebijik waja yang dah 9 tahun (sy beli 2nd hand).. memang menguji kesabaran apatah lagi musim2 hujan mcm ni... skang snang la sy utk merujuk pasal hal2 kereta hehehehe...
BalasPadamSalam. Nk tny la, hri tuh kete sy dh tkr trottle body pas2 ok.. Skali sy nk blk jew kete sy tersenggut2 mcm enjin nk mati.. Bila tekan minyak pon die mcm xnk jln.. Lps tuh kwn sy ambik g bengkel die blk.. Die tkr coil plug pon sme gak.. Dh turning pon sme gak.. Last skali terpaksa la sy hntr ke proton.. Smpi ke hri nie still sme gak.. Leh tlh n bantu x.. Tgh buntu nie.. Kwn sy kte dkt plug tuh hny 2 je yg jln yg 2 tuh x thasilkan api.. Adakah nie smua dsbbkan wayering.. Buntu dh nie..
BalasPadamOoo... yee... ada kemungkinan wayering problem... cuba check soket sambungan ke coil plug. Kereta waja ni dia ada 2 coil dan 2 cabel plug... saya pernah kena dan cabel plug saya yang rosak... saya ada buat di entry ni di bawah tajuk cabel plug waja dalam blog ni.
PadamSalam... kereta saya mengalami masalah enjin tak dapat dihidupkan..
BalasPadamsemua dah check tapi xtau apa puca dia..
hampeh punya kereta waja....
keta sy pon sama..sampai pomen pon lari..hihi
Padamminyak abis kot
BalasPadamNak tanya...waja tak dapat nak hidupkan/start. tetapi selepas dicabut soket penyambung kat pump minyak tu, waja saya boleh dihidupkan. kemudian saya pasang semula soket tu, kereta terus hidup dan boleh dibawa. tetapi bila agak lama juga bawa, lampu ECU menyala tetapi kereta masih lagi hidup. Bahagian mana yg bermasaalah ye? Harap dapat dibantu
BalasPadamthank you brooooo
BalasPadamMemang susah ada Waja ni. Kereta Waja akubaru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang dan cara penyelesaian mudah:
BalasPadamhttp://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwaja first model lampu milage padam..knp ye?
BalasPadamlampu milage tebakar tu...tukar mentol je
PadamMasa kereta brgrak gear D tiba2 enjin tersedut dan gear N pula berklip2 kat meter. .kereta bergrak tp rsa berat sikit. .apa masalahnya....
BalasPadamSensor gearbox rosak bro..
PadamSensor gearbox dh dtukar, byk yg ditukar baiki abis 1000+++ dh tp N masih lg berklip kt meter..2,3 hari nimasalah lain pula N dh tak brklip enjin pula tersedut2 lbih2 lg klau buka aircon siap dgn bau minyak..mssalh apa ya.....tq bro....
BalasPadamasalamualaikum...saya ingin berkongsi info tentang fuel pump yer. Sebenarnya purata harga fuel pump adalah di sekitar RM380 ke RM420 di pasaran.
BalasPadamHarga tersebut adalah harga satu assembly fuel pump tersebut. Sesuai dengan keadaan ekonomi yang tinggi adalah lebih baik anda meminta mekanik hanya menukar fuel pump nya sahaja. Fuel pump assembly ini boleh dibuka dengan menuil klip pada sisi pam.Kos fuel pam baru yang datang dengan fuel filter baru cuma sekitar RM80 ke RM120 sahaja.
minyak waja campro cps full tank berapa
BalasPadamknp ade bau petrol dkt tmpt isi petrol?
BalasPadamKalau ada bau petrol jgn starts injin atau main mancis. Tolak ke tempat yg lapang sikit buka pintu luas2.biarkan bau petrol hilang. Dan starts
PadamSaya pun ada pr0blem yg sama.ada bau petrol kat bahagian isi minyal.adakah masalah fuel pump juga?
BalasPadamSelalunyerr klu bau minyak sama ada leaking kat area fuel pump boleh cx dari bawah kawasan tayar blkg...atau cx pada cap pada fuel pump selalunyerr trjadi bila dah tukar fuel pump cap tu x ditutup secara yg betul...fume akan berlegar2 kat area situ...klu leaking sgt senang la boleh tukar fuel pump...tapi bnda tu jarang jarang berlaku...saya dah kene dekat 2 kali bnda kecik jer cap fuel pump tu x ditutup dgn betul
PadamSalam admin nk tanya sikit tapi betul2 urgent waja saya tak boleh nak start jadi saya tukar relay masih juga tak boleh nak start, bila saya periksa current supply dibawah tepi tu rupanya takde, ada tak cara utk bg current tu dpt supply ke fuel pump tq
BalasPadamAda orang btahu pd saya tarik current dr tempat cucuh rokok dan sambung pd wayar api fuel pump boleh ke cara begini atau ada cara lain tak... tidak bahaya ke jika buat begini minta pencerahan dr pihak tuan tq
BalasPadamAskm nk tanye kenapa bila drive kedudukan gear D tp lampu hijau N menyala.lepas gear langsung tak bertukar.
BalasPadamAskm nk tanye kenapa bila drive kedudukan gear D tp lampu hijau N menyala.lepas gear langsung tak bertukar.
BalasPadammohon cadangan fuel pump brand apa yang bagus dan brapakah harga?waja 4g18 2002
BalasPadamKlu dari china nasib klu okay lama juga lebih krg 200 je..klu taiwan okay kebanyakkannyerr waja akan guna dalam 350 klu brand jepun spt denso harga dlm 200 siap ada warranty 6 bulan...then upah tukar je lagi jimat rasanyerr...
PadamTiga hari dah bawa kereta wajaku tarik wayar direct Dari bateri terus ke fuel pump....dok cari puncs tak jumpa lagi...
BalasPadamTiga hari dah bawa kereta wajaku tarik wayar direct Dari bateri terus ke fuel pump....dok cari puncs tak jumpa lagi...
BalasPadamsori tumpang bertanya...kotak fius bwh dashboard waja tahun 2001 dekat mana...saya cari xjumpa huhu maaf ya
BalasPadamNk tanya..kereta sy tsenggut2..sy try tkr fuel pump spare(xingt rosak ape yg ni) kreta still tsenggut2 tpi sikit je klau nk dbndingkn dgn fuel pump yg mula2 td..agak2 fuel pump ke puncanya?
BalasPadamWaja o waja
Tksh atas info2 yang berguna... saya ingin bertanya jika oil pump ok tapi cuma meter minyak tidak berfungsi.. samada perlu tukar pump @ kita boleh tukar pelampung pd pump sahaja.. Tksh
BalasPadamsaya baru kena tadi, keta tesadai kat kuim melaka.. x tau apa punca...
BalasPadamMungkin Distributor yg problem tu..dah hidup jln depan skit mati lagi kan?
BalasPadamMungkin Distributor yg problem tu..dah hidup jln depan skit mati lagi kan?
BalasPadamSebab apa ye
BalasPadamAs Salam, Sy nk bertanya kereta waja saya tahun 2002 Baru 2 hari berlaku, bila star kereta nk tutup kan suiz/kunci dicabutkan enjin kereta enjin masih hidup..kenapa yer... Pergi 3-4 bengkel masih x dpt Kesan masalah.. Terpaksa caabut Suiz pd main baru enjin Mati...
BalasPadamHai semua sya nak tahu kenapa ya kalau on aircond je fius terus bakar sya tukar lagi fius bakar lagi semacam panas jer.. kenapa siapa2 boleh bantu...?
BalasPadamTrm ksh.. Sy bru kna.. Nt nak chek dlu br beli barang..
BalasPadamAssalamualaikum,selamat pg...sy nk tnya kddukan relay fuel pam utk waja enjin 4g18...myk bntuan saudara2ku..
BalasPadamMntk bntuan saudara2ku...slah taip...
PadamAssalam..enjin kereta waja saya tidak mati walaupon suis dah dimatikan..kenapa ye?
BalasPadamAskm nak tanya headlamp waja guna fius ka
BalasPadamAskm nak tanya kereta sy klau enjin sejuk bila start hidup mati..kadang sampai 5X cam tu baru ok..waja 2002..masalah fuel pump juge ke??
BalasPadamNak tanya.. Fuelpump tu ada 2 wayar. wayar tu apa nama nya... Salah satu wayar tu bocor.. Apa nama wayar tu. Susah nak cari
BalasPadamKereta start hidup dalam 5 second mati injin.start balik hidup tekan minyak pun samo dalam 5 second mati apo mslh waja sye tlg bgi pecerahan
BalasPadamKereta waja 2001, ada guna fuel pump relay? jik ada dimana tempat letaknya?
BalasPadambelakang radio
PadamAntalya
BalasPadamKonya
Adana
Ankara
Van
5ATV3O
görüntülüshow
BalasPadamücretli show
8YE
16D7A
BalasPadamBartın Şehirler Arası Nakliyat
Yalova Lojistik
Sivas Parça Eşya Taşıma
Ünye Çelik Kapı
Tekirdağ Fayans Ustası
Manisa Şehirler Arası Nakliyat
Sivas Lojistik
Konya Şehirler Arası Nakliyat
Ardahan Şehirler Arası Nakliyat
3319C
BalasPadamAntalya Lojistik
Artvin Parça Eşya Taşıma
Muş Lojistik
Kayseri Lojistik
Ünye Oto Lastik
Denizli Parça Eşya Taşıma
Ünye Organizasyon
Karabük Şehir İçi Nakliyat
Aydın Evden Eve Nakliyat
A2993
BalasPadamdebank
pinksale
trezor suite
dexscreener
shapeshift
defillama
bscpad
pudgy penguins
phantom wallet