Menjelang Raya korban yang hampir tiba ni maka eloklah kita memeriksa keadaan kenderaan kita sebelum memulakan perjalanan yang jauh... Paling wajib servis enjin.....Jadi aku sekadar nak berkongsi dengan pembaca mengenai masalah-masalah kereta proton waja aku ni.....Waja aku ni waja tahun 2002, so boleh boleh kira dah 9 tahun dah usia kereta ni. Aku beli waja ni secondhand pada tahun 2008, sejak dari beli (mileage 80k++) hingga sekarang ( mileage 235242Km ) kereta waja aku ni selalu juga gagal nak hidupkan enjin disebabkan bateri, altunator, camshaft sensor dan wiring soket yang semakin reput....namun enjin rosak kat tengah jalan pernah sekali juga disebabkan camshaft sensor rosak... pun aku tukar sendiri tepi jalan.... minyak habis tepi jalan pun pernah....Boleh kira enjin dia memang tiptop lah jugak. Cuma alatan sokongan enjin yang sudah sampai masa untuk diganti satu persatu.....
Tetapi masalah dengan waja ni (seperti pengguna waja lain sedia maklum rasanya) adalah pada bahagian pintu dan suis dia:. Itu lah yang aku hendak berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. -
1) Casing Power window, diperbuat daripada plastik so sangat mudah untuk pecah dan mengakibatkan tingkap tak boleh buka atau tutup.
3) Pembuka pintu dalam pun boleh jadi bermasalah gak, tapi jarang berlaku.
4) Innerlocking problem menyebabkan kunci pada pintu kadang tidak dibuka/tutup sepenuhnye. atau kadang lansung tidak boleh bukak.
Tetapi masalah dengan waja ni (seperti pengguna waja lain sedia maklum rasanya) adalah pada bahagian pintu dan suis dia:. Itu lah yang aku hendak berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. -
1) Casing Power window, diperbuat daripada plastik so sangat mudah untuk pecah dan mengakibatkan tingkap tak boleh buka atau tutup.
2) Pemegang pintu turut dibuat dengan plastik murah juga sangat mudah untuk patah dan kalo tak patah habis pun dia patah sikit2 menyebabkan kita sukar nak bukak pintu.
3) Pembuka pintu dalam pun boleh jadi bermasalah gak, tapi jarang berlaku.
5) Suis Power window yang rosak.... Selalu tekan buka-tutup tingkap oleh anak-anak... haaa3x... anak jugak dapat namaa...
6) Suis lampu spotlight yang di tengah-tengah dashboard pun rosak.
7) Arm rest tercabut disebabkan tapak ikat penutup arm rest kereta patah... ( ini disebabkan anak2x aku yang suka duduk atasnya ketika aku memandu...)
Itulah lebih kurang serba sedikit mengenai masalah waja ni.... semoga semuanya beroleh selamat pergi dan selamat pulang di hari perayaan ini.... kami cuti awalll......Jangan jadikan raya korban ini ada yang terkorban dijalan raya....Petang ni aku sudah nak berangkat ke Batu Pahat, Johor untuk bercuti.... Selamat bercuti semuaaa... Sampai kampung la aku baru update blog lagi.....
wahhhhhhhhhhhhhhh selamat memandu bang .. awal abang and sis sue bercuti ..umi esok baru cuti hihi
BalasPadamHuuu kalau la perkara yang terjadi kata abng tu berlaku kat umi ..ai ai menangis tak berlagu umi kat tepi jalan raya tu huuuu
hati2 memandu bang ..mat hari raya haji buat bang kaz n sis sue serta keluarga :)
Salam Kazman,
BalasPadamElok tu...periksa dulu kenderaan kita sebelum nak mulakan perjalanan,mau dok jadi apa apa kot jalan nanti susah...selamat memandu semoga selamat semuanya.
Salam kenal dari Che Mid. Kali pertama ziarah blog suami isteri jointventure.. Bagusss banget..
BalasPadamUmi & kak ros... kami dah beberapa kali berkelah di tepi jalan... tapi nasib baik boleh repair sikit2x terus boleh jalan balik... dalam keter tu kan ada tikar berkelah... spanar/tools repair keter... sabun... dan macam2x ada... pam tayar pun ada...kami kesian bila kat tengah perjalanan nampak orang sorong motor yg pancit tayar...
BalasPadamche mid....kami sekeluarga sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung...
BalasPadamsemoga selamat sampai ke kg..salam utk org BP.
BalasPadambeli kereta ni nasib2 le..
takat ni waja saya dah 7 tahun, tingkap ok lagi..
masalah besar takde smpi syg nak tukar...
kena periksa betul2 kenderaan sebelum mula kan perjalanan jauh././
BalasPadamselamat bercuti bro..dan slmt Hari Raya AidilAdha dr saya sekeluarga
BalasPadamSelamat Hari Raya.. dan selamat bercuti dari saya sekeluarga
BalasPadamTerima kasih semua... kami baru hendak mulakan perjalanan dari tempat kerja terus ke kampung halaman.... selamat hari raya Aidiladha semua....
BalasPadamterima kasih tips ni.. berguna bila nak memulakan perjalanan..
BalasPadamutk menjaga injin kereta anda klu nk jimat guna lah minyak hitam mig germen... 10.000km dengan harga rm130.00 ringit malaysia sahaja... minyak yg berkualiti dan terbukti kurang geseran dan bebanan,,, saya pakai waja gred 30/40 mig dan 20.000km tukar plug... saya pakai dah 12tahun injin tak pernah ada masalah... selamat mencuba...
BalasPadamsalam bro aku ada kater waja th 2003 kereta ok tapi yg jd masalah nya aku isi penuh minyak petrol tapi 1/2 atas dia jerrr... lagi setakok nak penuh tapi minyak dah melimpah keluar dari tank... ada kah masalah full pammm brooo... kater x pernah tersengokk22 @ tersadaiii.. apa masalah nyaaa ada org pernahhh jd mcm ni x...
BalasPadamSebagai tambahan,apa2 masalah yang terdapat pada proton waja,paling mudah,cuba check sensor,kebanyakan masalah berlaku sebab sensor tidak berfungsi dengan baik/lemah
BalasPadamTotally awesome posting! Loads of valuable data and motivation, both of which we all need!Relay welcome your work. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...
BalasPadam