Rabu, 2 November 2011

Fitness First di IOI Puchong

Inilah ceritanya bila isteri dah bersemangat nak kuruskan badan... heeee3x... tak pee..sebagai suami mestilah kena beri semangat.... Nak dijadikan cerita maka kami pun pergi lah ke Fitness First di IOI Puchong.... Ok gak tempat ni.... Banyak kemudahan yang disediakan samada untuk mereka yang inginkan bersenam atau mereka yang menunggu seperti aku ni....

 Kaunter Pendaftaran di Fitness IOI Puchong.

Kami pun ingin berkongsi sedikit info kebaikan bersenam yang kami perolehi  ketika kunjungan di Fitness First seperti di bawah ini :-

• Mencapai berat badan unggul.
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Mengawal tekanan darah
• Mencapai paras kolesterol yang normal.
• Mengurangkan paras tekanan ( stres ) .
• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.
• Meningkatkan kelembutan sendi.
• Mengawal keseimbangan makanan.
• Dan jugaa.!!!!..... Lihat gambar keratan akbar di bawah ini............haaaa3x

Rasa-rasa betul ke Artikel ni???.... heee3x... apa-apa pun mungkin ada kebenaranyaa jugaa....

 Sebelum mendaftar kena isi borang kaji selidik dahulu....Tu diaaa... setakat kaji selidik tapi jawab macam dalam peperiksaan.... heeee3x...semangattt....

 Setelah mendaftar mereka akan memberi kita seorang jurulatih untuk menunjukkan cara-cara menggunakan alatan senaman yang betul mengikut turutan kemampuan kita bagi membakar kalori kita. Mula-mula menggunakan alatan senaman untuk lari setempat. seperti di gambar ini.

 Kemudian menggunakan alatan senaman ini untuk program seterusnya...Apa tah namanya...canggih sangat nak sebut namanya... heee3x....

 Sementara itu, untuk mereka yang menunggu pasangan atau rakan-rakan bersenam bolehlah berehat di sini . Inilah ruangan berehat yang disediakan sambil membaca surat khabar.

Kaunter minuman yang disediakan untuk tetamu dan ahli kelab fitness... Buat la air berapa banyak kali kita nak buat....

 Kaunter penerangan mengenai teknik latihan senaman di sini....

 Antara alatan senaman yang disediakan di sini....Yang alatan ini untuk membentuk dada yang bidang agaknya kot....

 Antara alatan senaman yang disediakan di sini....

Antara alatan senaman yang disediakan di sini.... Yang ini pula untuk menguatkan otot bahu....

P/S : Yang tak bestnyerr... bila isteri dah penat bersenam....suamilah yang kena buat kerja rumah pulak....huuu3x.... Tak pee.....untuk isteri jugeeee!!!....

13 ulasan:

  1. wah ! semangat menyayuh beskal tuh ..slim la depa pas ni he3x

    BalasPadam
  2. Hihi ..umi yakin sis sue dapat kuruskan badan .. walaupapun ..sis sue tetap cantik dimata umi :)

    BalasPadam
  3. kalaulah saya dpt peluang begini..
    best...best

    BalasPadam
  4. Terima kasih semua....semoga berjaya kali ini...
    Tq kepada Fitnessfirst yang sanggup menaja keperluan kepada staff

    BalasPadam
  5. Salam Kazman,

    Syoknya boleh pi gim ni kan..Kak Ros senaman kat rumah ja.nak pi gim pun tak dak sapa nak bawak..

    BalasPadam
  6. wah pasni body mantap pinggang ramping le hehe..yg ptg badan sihat dn bertenaga..

    BalasPadam
  7. kak ros...orang tengah bersemangat tu...haaa3x lagi pun masuk ni free aje.... sponsor by fitness first kepada staff TM... dia kurus ke gemuk saya tetap sayang binik saya ni yg kecil molek... haaa3x

    BalasPadam
  8. Tq rohaa.. doakan berjaya...

    BalasPadam
  9. wah....rajinnya prg bersenam. tukar tema hijau pula yer...nice

    BalasPadam
  10. saya tak pernah pg ke tmpat mcm ni lg..hirup udara segar...berdekatan dgn rumah aje..

    BalasPadam
  11. I'm happy to see the immense subtle element here!. Pictaram is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.

    BalasPadam