Rabu, 16 November 2011

Asalnya ikan di Tesco / Giant / Carrefour dan Pasar borong

Kali ni kami hendak bawa pembaca bersiar-siar di muara Sungai Tengi.... Bila kita bercakap mengenai Muara Sungai Tengi mesti ada yang mengaru kepala di mana lokasinya tetapi kalau dinyatakan Muara Tanjung Karang mesti ada yang boleh ingat atau mengagak lokasinya... Entri ini juga merupakan sambungan daripada kisah Tanjung Karang . Kali ini kami nak berkongsi aktiviti nelayan menaikkan hasil tangkapan di Muara Sungai Tengi yang dinamakan Bagan Pasir.


Di sinilah ikan akan dibawa naik dan dijual kepada peraih dan penduduk tempatan. Seronok membeli di sini sebab hasil lautnya murah dan segar.... sangat berbeza jika dibandingkan di Tesco, Giant, Carrefour dan pasar borong. Semua Hasil tangkapan akan dijual sebahagianya kepada penduduk tempatan dan sebahagiannya lagi di hantar ke luar daerah sekitar Selangor. Mari kita ikuti video pemandangan di muara sungai Tengi ini seperti di bawah :


Ada tak pembaca semua ingat kisah kejadian enam orang mati akibat terhidu gas ammonia yang bocor di Bagan Pasir, Tanjung Karang Selangor  pada 11 Ogos 2009. Empat rakyat tempatan yang mati dikenali sebagai Lim Kean Chui, 35, Lim Kim Son, 54, Sia Liang Huat, 33, dan Gan Guo Yong, 27, manakala dua warga Bangladesh itu Sakender Ali Salam, 36, dan Mumin Mia, 20.

Mereka terkorban setelah terhidu gas yang bocor dipercayai gas ammonia. Apakah kegunaan gas Ammonia ini sehingga meragut nyawa mereka?...  Gas ammonia ini adalah sebahagian gas dari sistem penyejukbeku di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di kampung tersebut sebelum ikan-ikan itu di hantar ke pasar borong atau pusat jualan di sekitar Selangor. Gambar di bawah ini merupakan gambaran ikan yang disejuk beku sebelum di pasarkan.


Begitulah secebis kisah yang boleh meragut nyawa mereka ketika memproses ikan. Namun di sini para keluarga nelayan ini hanya suka pada ikan yang ditangkap melalui cara jala atau pukat hanyut dan mereka tidak suka pada ikan yang ditangkap menggunakan pukat tunda... Pasti ada sebabnya bukan!!... Menurut nelayan di sana mereka suka ikan yang menggunakan jala atau pukat hanyut kerana ikan tersebut lebih segar jika dibandingkan dengan pukat tunda. Ini kerana pukat tunda hanya diangkat jala mereka setiap 2-3 jam sekali. Maknanya ikan itu akan terendam dalam laut macam dalam mesin basuh agaknya bergumpal-gumpal dengan ikan lain selama mereka tidak mengangkat pukat tunda terbabit.

Seterusnya kami hendak memaparkan dan berkongsi pemandangan di Bagan Pasir ini kepada semua.

Perkampungan Nelayan Bagan Pasir, Tanjung Karang

Bot yang berlabuh di Bagan Pasir
Sejenis bot pukat tunda yang terdapat di sini
Bot kecil yang menggunakan kaedah menjala di tepi pantai
Bot kecil yang baru pulang dari menjala
Gambar seterusnya merupakan pemandangan pelantar jeti ikan di mana  pelantar berbumbung ini dijadikan tempat pengasingan jenis-jenis ikan sebelum dipasarkan. Disinilah juga ikan-ikan tersebut di simpan ke dalam kotak ikan yang berisi air batu untuk mengekalkan kesegarannya. Di sini jugalah isteri dan makcik kami tawar menawar sehingga ikan kembung atau mabong yang segar dan besar boleh didapati hanya RM5 - 6 sahaja untuk sekilo mengikut musim.

Isteriku yang memilih ikan dan tawar menawar. 
Pada kunjungan yang lepas, Penjual berbangsa Cina tu tidak mahu turunkan harga tapi dia lebihkan timbangan sehingga setengah kilo...  Ada pantang orang cina berniaga rupanya... Pantang dia tak boleh turunkan harga tapi untuk lebihkan timbangan tidak mengapa.

Ikan yang dibeli boleh di minta siangkan sekali.
Burung ini baru sahaja menyambar anak ikan di dalam air
Begitulah sekitar peristiwa ketika kunjungan kami ke sana yang sempat kami rakamkan....




18 ulasan:

  1. Salam, dulu selalu juga ke Bagan Pasir, kalau kebetulan datang masa bot baru sampai emm memang rezeki dapat ikan segar dan murah..

    BalasPadam
  2. Hrmm umi baru je tau cite ni kalau abang kaz tak pi tau huu .. mcm tu kisah disebaliknya.

    Pukat tunda ni ramai tak suka buat sebab yang kecik pun kena tunda .. hrmm

    BalasPadam
  3. erk....xtau pun tanjung karang tuh ada jua ikan fresh...cer cita kat mana tempat yg stategik nya..mana tau pasnih buleh singgah..ehhe :)

    BalasPadam
  4. teringin nk tgok kehidupn enlayan dpn mata :)

    BalasPadam
  5. che mid & khairul & Ayung - kat situ memang meriah dengan ikan segar dan murah... ramai yang datang ke situ...

    Umi & Cik tikah - boleh belajar kehidupan nelayan... Seronok juga berbual dengan mereka yang tak lokek bercerita...

    BalasPadam
  6. salam Kazman,

    Syoknya.... Kak Ros tengok,teringat la pulak masa kak Ros kecik2 dulu selalu dok main kat atas jeti tu masa orang dok bawak naik hasil tangkapan depa macam2 depa bawak naik selain dari ikan,udang ,sotong, siput dan macam2 lagi lah....ha.ha...tapi bukanya kat jeti Muara Tanjung Karang ni,Kak Ros tak besa mai pun kat sini ni....sebaliknya dekat kampung nenek Kak Ros di Bukit Tambun dekat dengan Pulau Aman...memang untung lah kat sapa2 yang duduk disitu,boleh dapat ikan murah dan segar2...

    BalasPadam
  7. ehm... ikan kat tesco dekat dgn umah ni selalu tak segar... selalu beli ikan kat pasar tani je

    BalasPadam
  8. sama laa kita kat sini... nak rasa ikan segar balik kampung tanjung karang atau batu pahat.... baru rasa ikan segar...

    ikan tu ada yang di simpan kat jeti dekat 1-2 hari... sebab dah cukup satu lori baru diorang hantar bekalan tu... tu belum dia perap kat tempat jual...

    BalasPadam
  9. beruntung dpt dok berdekatan dgn tmpt nelayan naikkan ikan...
    ikan fresh manis..goreng saja pun sedap..

    BalasPadam
  10. cikgu shikin - kat sini udang kertak ada laa... macam lipan la jugak bentuknya...

    Anim - kami memang suka goreng sampai rangup terutama ikan lidah ( ikan sebelah ).... sedap wooo...

    BalasPadam
  11. bestnya ikan segar.. sy lak klu nk makan ikan segar balik kg mertua kt pontian.. klu kt jb nih cam susah nk dpt ikan yg betul2 segar..

    BalasPadam
  12. yee...kat pontian juga ada tempat ikan naik... lama tak lepak2 tepi pantai di pontian yang dekat dengan bus stand tu.. best la angin dia sambil rehat2x...

    BalasPadam
  13. Udang lipan tu udang kertak ke?patut la selama ni saya tanya org diorang tak tau udang lipan. memang byk kaki.klu goreng rangup bleh mkn skali kai2 dia.

    BalasPadam
  14. ye betul....udang kertak tu panggilan di sini....di sana panggil udang lipan yee...
    Tapi apa2x pun udang tu memang sedappp...

    BalasPadam
  15. Saya setuju...memang segar ikan kat situ...rupanya kita dr kg yang sama la...n duduk kat desa sri qaseh pun sebelah je..raya jgn lupa singgah rumah kat kg..

    BalasPadam
  16. Cikgu zie - Ha'ah... insyallah kami singgah...sekampung la yee... insyallah semoga kita menjadi jiran yg saling bantu membantu..

    BalasPadam