Selasa, 15 November 2011

Tip untuk bakar Kambing Golek

Pada hujung minggu lepas ibu kami mengadakan kenduri dan menu utamanya ialah kambing golek. Kami pun bersembang-sembang sambil berkongsi tip cara-cara nak bakar kambing golek ni. Pelbagai perkara dia ajar tapi bab cara nak buat kuah BBQ tu dia tetap rahsiakan sebab dia kata hanya kuah sahaja yang membezakan rasa masakan kambing golek bakar ni dengan yang lain... Maka kami ingin berkongsi tip-tip cara untuk bakar kambing ni... Sebelum itu kambing ini telah diperam semalaman sebelum hendak di bakar.....



 1) Setelah diperam tu, kambingnya di cucuk antara tulang rusuk dan kakinya diikat supaya mudah untuk diputarkan. Kemudian barulah diletakkan di atas bara yang telah dihidupkan......

2) Selepas itu pastikan apinya tidak menyala besar dan kemudian tutupkan kambing golek tersebut dengan zink supaya panasnya serata ke kambing golek tersebut. Gunakan zink yang melengkung seperti di bawah ini....

3) Ambil Zink tersebut dan tutup pada kambing golek dan jaga apinya supaya tidak menyala besar.... Bagilah angin secukupnya sepoi-sepoi bahasa supaya bara tersebut mengeluarkan bahang yang mencukupi panasnya untuk memanggang kambing golek tersebut.


4) Pastikan bara dalam keadaan baik dan panas... sebenarnya bara tersebut akan menyala jika minyak dari daging kambing tu menitis ke bara.... Bila kita bakar je daging tu maka minyak akan menitis dan seterusnya bara akan menyala sendiri secara terkawal seperti gambar di bawah....


5) Apabila api menyadi besar dan tidak terkawal maka kita siram @ renjiskan air ke bara tersebut untuk memadamkan api yang keluar.. Dalam proses memanggang kita bukan memerlukan api tetapi kita hanya memerlukan kepanasan bara yang terhasil. Ini kerana api akan menyebabkan daging tersebut menjadi hitam seakan rentong... ini akan mengubah rasa daging tersebut.


6) Setelah di masak hampir setengah jam barulah dibuka penutup zink tadi dan kambing goleknya diputarkan untuk menterbalikkan kedudukan kambing tersebut dan kemudian ditutup semula dengan zink tadi.


7) Setengah jam kemudian barulah zink itu dibuka kembali dan masaklah kambing golek tersebut. Maka selepas ini barulah kambing golek itu diputarkan secara perlahan-lahan untuk memberi kepanasan yang sekata masaknya .

8) Ketika ini barulah daging kambing tersebut di potong hiris nipis-nipis untuk dihidangkan. Namun jika terdapat bahagian daging yang rentung atau terbakar senang aje... kita ambil daging yang rentong tersebut dan kita basuh dalam air bersih... nanti arang rentung itu akan timbol di permukaan air dan daging tersebut tidak akan hitam lagi... maka kita pun bakarlah balik daging tu semula sekadar nak mengeringkan air je..... pastu dah boleh hidangkannya kembali...


9) Selamat mecuba semuaaaa......


13 ulasan:

  1. kambing panggang!!!wah..terliur sudah..
    tapi surrender le nak panggang sendiri..

    BalasPadam
  2. aiseh..nama akak sama dgn nama pengomen di atas ni..kira bertuah lah dpt dua org nama sama komen kat sini kan?
    bestnya dpt mkn kambing..dah berapa thn dah asyik tgk org makan je...terimakaseh atas tip2 yang bernas tu ya..akan di manfaatkan nanti.

    BalasPadam
  3. folow ena.ada hadiah utk new folower :)

    BalasPadam
  4. anim & anymz - nama bunyi je sama ...heee3x tapi dua2x insan ni memang best bagi blog menara kehidupan...

    daging tu kami order je... kalau buat sendiri tak larat...heee3x

    Eena Arrina - TQ kerana sudi jenguk kami di sini...

    BalasPadam
  5. Saya tak makan kambing.. tapi berangan kalau buat kenduri kendara.. nak jamu orang datang makan kambing golek

    BalasPadam
  6. sy x mkn kambing.. tp tgk gambar kambing golek tu mcm sedap plak.. hehe..

    BalasPadam
  7. lady ija & Ct rahani - sama la macam isteri saya tak makan daging kambing... Golek punya best pun dia padang aje... Last2x saya bakarkan juga ayam untuk mereka yang tak makan kambing... haaa3x

    BalasPadam
  8. ayooo...kawan pun tak makan jugak kaaa?...

    BalasPadam
  9. Lyn - haaa tu laaa.... sama la kita....

    BalasPadam
  10. KECUR AIR LIUR....NAK KENA GI CARI KAMBING NIE,,,TAK DAPAT SEKOR DAPAT SEPEHA PUN JADILAH

    BalasPadam
  11. sy x mkn kambing..tp daging kambing golek sy makan

    BalasPadam
  12. Saya beli kambing yang dah dibakar tapi syg liat.bagaimana untuk melembutkan kambing tersebut

    BalasPadam