Jumaat, 11 November 2011

Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gerisik

Sejarah kolam air panas Sungai Gerisik ini bermula dengan pembukaan Kg Sungai Gerisik pada tahun 1883 oleh Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlakunya perselisihan keluarga. Penemuan Kolam Air Panas Sungai Gerisik ini merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semulajadi yang terdapat di Daerah Muar khasnya dan Negeri Johor.



Kolam Air Panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abdul Rahman Getu pada tahun 1911. Ketika itu, Kampung Sungai Gerisik telah diteroka sejauh 2.5 Km ke pendalaman dan kawasan sekitar Air Panas ini masih dalam keadaan hutan belantara.

Kolam air panas Sg Gerisik yang telah di kambus
Pada satu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari Linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah Linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau telah ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya Menggelegak dan berasap mengalir le lembah sekitarnya.

Kolam air panas Sg Gerisik yang telah di kambus
Setelah itu, beliau berasa seram dan takut lelu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib beliau kerana tidak berjaya menemui jalan pulang dan sesat hingga ke senja. Apabila beliau berjaya pulang, terus menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula dijumpai bila dicari oleh mereka.

Kolam air panas Sg Gerisik yang telah di kambus
Kira-kira 3 bulan kemudian, Beliau bersama rakanya yang bernama Rajikan pergi ke hutan untuk mencari anak kayu dan rotan telah menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan dengan membuat tanda pada pokok-pokok di sepanjang laluan mereka ke jalan keluar dari tempat mereka menjumpai kolam air panas tersebut. Maka kekal sehingga sekarang kolam air panas itu dan telah menjadi salah satu pusat pelancongan serta riadah kepada penduduk sekitar dan Malaysia amnya...

Inilah dia satu-satunya kolam air panas yang masih terdapat.

Seingat saya pada masa sekitar awal 80an dahulu Kolam Air Panas tersebut ada 5-7 kolam namun pada masa sekarang hanya tinggal satu kolam sahaja dan yang lain telah ditutup. Masa itu, Airnya juga berasap-asap panas dan keluar gelembung udara dari dasar kolam. Kolam Air panas ini sudah di cantikkan dan juga kemudahannya juga telah ditambahkan untuk keselesaan pengunjung.

Seterusnya kami ingin berkongsi pengalaman dari kunjungan kami ke Kolam Air Panas Sungai Gerisik kepada semua...
Pintu menuju ke Kolam air panas Sg Gerisik

Laluan menuju ke kolam air panas Sg Gerisik

Laluan berbumbung yang terdapat di sana

Astaka untuk riadah pengunjung

Taman permainan kanak-kanak

Ruang letak kereta untuk pengunjung

Surau
Tempat bilik mandi air panas untuk pengunjung

Tandas untuk pengunjung

Pengunjung boleh bersantai menikmati kolam air panas


Anak-anak kami yang mandi bersama sepupu mereka

Kolam air panas yang kedua. Sesuai untuk berenang

Adam bersama Kakak Nurul dgn Kakak Ada yang mandi





 Setelah mereka puas madi kami pun balik... Banyak sudah kemudahan yang di naiktarafkan di sini dan juga gerai-gerai juga banyak terdapat untuk kemudahan pengunjung yang boleh menjana pendapatan sampingan kepada penduduk tempatan.



10 ulasan:

  1. dua tahun lepas sy ader pegi sini.. tp skrg lagi cantik..

    BalasPadam
  2. Salam kazman,

    Syoknya mandi air panas ni...hilang sakit2 badan.kat tempat Kak Ros ni tak dak kolam air panas ni,jadi kalu nak mandi air panas kenalah masak sendiri...

    BalasPadam
  3. Ct rahani - tempat ni dah cantik dah... tak silap dia baru lepas renovate tempat ni...

    Kak ros - itu bukan mandi air panas...itu mandi air masak... haaa3x... tapi best woo kalau mandi kolam air panas... celup kaki pun dah best dah...

    BalasPadam
  4. Wahhhhhhhhhhhhhhh kalau dapat berendam ni best ... lega rasa leguh badan ..seharian berkerja hihi

    BalasPadam
  5. Umi - jangan kata lenguh badan... urat kusut pun boleh lurusss kembali... haaa3x

    BalasPadam
  6. salam kenal juga...

    wahh baru tahu pasal kolam ni, teringin nk pergi...

    BalasPadam
  7. dah cantik tempat ni. pernah tiba 4@5 thn lalu..
    kolam cukup besar ke utk tampung pengunjung waktu cuti?

    BalasPadam
  8. pernah mandi air panas...rasa2 dh 12 thun lepas kt baling... :)

    BalasPadam
  9. x pernah merasa mandi ayaq panas ni lagi

    BalasPadam
  10. hanis My & Anim - kolam dah cantik dan sudah dibesarkan dah... sesuai untuk seisi keluarga.

    Dalila & khairul - seronok woo mandi air panas ni... tapi kami selalu pun kalau datang ke kolam cuma rendam kaki jee...heee3x

    BalasPadam