Selasa, 1 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 30/10/2011 Plaster Dinding Rumah

Pada Ahad lepas kami pun seperti biasa meninjau perkembangan perumahan kami ini. Nampaknya hari minggu pun mereka bekerja seperti biasa untuk menyiapkan taman perumahan ini dan terfikir... agaknya waktu malam je mereka ni berehat setiap hari kerana pada kunjungan yang lepas pun mereka bekerja di hujung minggu. Jadi pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai plaster dinding rumah. Rumah kami yang telah siap di plaster di sebelah dalam menambahkan lagi rupabentuk kediaman kami ini.

Inilah lot rumah yang telah di plaster dinding dan tiang di bahagian luar ...

Gambar ini kami rakamkan pada minggu lepas iaitu proses menanda aras ketebalan dinding yang hendak diplaster sebelum kerja-kerja plaster dinding dilakukan secara menyeluruh di rumah kami ini.

Proses menanda ketebalan bucu dinding sebelum di plaster. Tali yang terdapat di dalam gambar itu merupakan rujukan paras bucu dinding sebelum kerja plaster dilakukan.

Proses menanda ketebalan plaster dinding diruangan tengah dinding. Paras tinggi penanda ini juga menggunakan tali yang tegang yang ditarik antara penjuru dinding untuk menghasilkan permukaan yang lurus dan rata.

Plaster simen yang dilekatkan di bahagian power supply untuk menyelaras ketinggian kotak power supply suis.

Beginilah bahagian hadapan yang telah diplaster dindingnya dengan simen dan menyerlahkan lagi seri rumah ini.

Ruang bilik tidur utama kami yang telah siap di plaster dindingnya pada kunjungan kali ini.

Ruang Tamu rumah kami yang telah diplaster dindingnya. Siling juga yang telah siap dipasang menyerlahkan lagi rupabentuk rumah kami ini yang sedang didalam proses pembinaan.

Bilik tidur yang kedua juga telah siap di plaster dindingnya.

Ruangan dapur yang juga telah siap di plaster dindingnya. Di sini kita dapat perhatikan bahawa permukaan dinding terbahagi 2 iaitu :-  1) plaster yang kasar
                                         2) plaster yang halus

Plaster kasar adalah untuk menampal kepingan mozek dinding . Jika dinding permukaan dinding licin maka kerja-kerja untuk menampal mozek sukar untuk dilakukan dan juga mozek juga akan mudah tertanggal. Manakala plaster licin adalah proses terakhir utuk plaster dinding kerana selepas ini kerja-kerja mengecat akan dilakukan di bahagian dinding ini pula.

Bilik tidur di bahagian belakang rumah kami yang telah siap diplaster dindingnya.

Ruangan antara bilik air utama dengan pintu bilik utama serta kedua yang juga telah siap diplaster dindingnya.

Bilik air juga telah siap diplaster dindingnya.

Tinggal bahagian luaran sahaja yang belum diplaster dinding rumah kami.

Rumah jiran kami yang bersebelahan juga seperti rumah kami proses pembinaanya. 

Setiap hujung minggu isteriku akan menjadi supervisor melawat tapak rumah kami ini juga..... Kelihatan pekerja-pekerja warga indonesia masih tekun bekerja untuk menyiapkan perumahan ini.

Rumah jiran kami yang bersebelahan dengan kami juga akan mengalami proses pembinaan yang sama seperti rumah kami ini.

Beginilah rupa bentuk rumah jiran kami yang telah siap proses memplaster dinding dan tiang rumah ini. Ramai pekerja begitu tekun bekerja membuat plaster dinding dan tiang walaupun pada hujung minggu.

Lot rumah yang di bahagian belakang rumah kami ini juga sedang dalam proses untuk memasang genting bumbung.

Beginilah deretan rumah bakal-bakal jiran kami yang telah siap diplaster dinding dan tiangnya....

Rumah jiran kami yang berada di lot hadapan juga sedang dalam proses untuk memasang genting bumbung.

Pemandangan keseluruhan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini.

Pemandangan keseluruhan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini.




12 ulasan:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaa cantiknya ..dah nak ciapkan? bestnya .. cepat jugak diorang bikin bang :)

    BalasPadam
  2. haah...best rumah kita dah nak siap...rasenya tak sabar nak pindah....saya lot PT3805.

    BalasPadam
  3. Salam kazman,

    syoknya... beli rumah..

    BalasPadam
  4. Ooo... yee ker... insyallah minggu depan saya uploadkan gambar rumah jiran2 kami pula... sebab rumah ni dia buat berperingkat2x... tapi prosesnya sama...

    BalasPadam
  5. khairul & umi... kalau sampai ke sini singgah2x rumah kami ni bila dah siap nanti... nak pi serawak pun dekat dgn airport...heee3x

    BalasPadam
  6. bestnya dah dapat rumah sendiri...

    BalasPadam
  7. Ros & santri - Beli rumah syok tapi nak bayarnyer yang pening2 lalat jugak....heee3x

    wan habibah - ikut plan di jangka siap bulan december 2012...

    BalasPadam
  8. x sabarkan nk tunggu rumah siap.. sy pun sama.. :)

    BalasPadam
  9. ct - mudah2x semua berjalan lancar...

    BalasPadam
  10. komited gak dorang nih bekerja...gud2..:)

    BalasPadam