Selasa, 22 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 19/11/2011 Kedudukan Sambungan Elektrik

Yeesss...entri khas untuk Perkembangan Desa Sri Qaseh muncul kembali hari ini untuk setiap minggu... Pada kunjungan yang lepas sebelum kami pulang ke kampung di Johor kami sempat singgah dan melihat perkembanganya. Memang betul la andaian kami... pada kali ini rumah kami tiadalah perbezaan ketara sangat namun daripada tinjauan kami ialah rumah bakal jiran2x kami yang dah banyak berubah...rumah kami cuma yg kami boleh cerita hanyalah perkembangan wiring dalaman rumah kami...  Jom... mari kita berkongsi tentang pendawaian rumah pula pada minggu ini.

Inilah drawing untuk menunjukkan kedudukan pemasangan peralatan elektrik, kedudukan suis, kedudukan plug kuasa dan sambungan wayar ke kotak fius utama.
Pada entri minggu lepas kami telah paparkan plan drawing untuk kedudukan paip air, tangki simpanan air, pili , tab tandas, shower dan lain-lain. dan pada kali ini, kami ingin berkongsi mengenai kedudukan alatan elektrik dan pendawaianya. Daripada drawing di atas menerangkan kepada kita mengenai :

1)  Wayar neutral ( yang bersombol - - - ) 
2)  Kedudukan sius ( simbol O- ) 
3)  Plug kuasa ( simbol O+ ) yang bertanda  P
4)  Port Lampu yang bertanda L
5)  Port kipas  yang bersimbol bulatan besar di living area.
6)  Port untuk talipon dan antena.

Sekarang kami paparkan port wayar tergantung di kawasan dalaman rumah yang telah siap di pasang.
Port untuk peralatan lampu dan kipas
Kotak fius utama dan suis lampu

port untuk plug , talipon dan antena di ruang tamu
Port plug dan suis lampu bilik utama dan tandas
Port suis dan plug di ruangan dapur
Inilah rupa rumah kami yang telah siap luar dan dalam
Ini pula adalam sambungan cerita dari entri rumah ni pada minggu lepas.. Aritu aku panjat atas bumbung untuk tengok lokasi tempat simpanan air di rumah ini yang terletak di atas bilik nombor 2. Jadi kami paparkan apa yang ada di atas sana........berselerak atas tu... bila siap nanti nampaknya kena bersihkan dahulu kerana nanti dikhuatiri akan menyebabkan saluran air hujan tersumbat dengan serpihan batu.




Sekarang kami akan paparkan rumah bakal jiran2x kami di tahap manakah peratus siap pembinaannya.....
kami melilau-lilau melihat rumah jiran bersama anak2x kami. Banyak dah rumah jiran2x kami yang nak siap pembinaan dinding dan bumbungnya....





Pemandangan daripada atas jejantas pula kami ambil....





Sekian untuk kali ini.... semoga berjumpa lagi di minggu hadapan.....



10 ulasan:

  1. bestnya ..mesti seronok tinggal kat tempat baru :)

    BalasPadam
  2. salam...mesti bestkan nak pindah umah baru.

    BalasPadam
  3. Salam kazman,

    Kalau dah masuk eletrik tu...kiranya tak lama dah la nak masuk rumah baru ni kan...Syoknya....

    BalasPadam
  4. hmm.. tentu tak sabar nak duduk umah baru kan... agak-agak raya tahun depan, dah boleh beraya kat umah baru kut..

    BalasPadam
  5. mesti tuan rumah dok bermimpi sakan la ni

    BalasPadam
  6. hehehe..tuan rumah nak pastikan tiada masalah dalam proses pembinaan dan pendawaian elektrik semua...bagus kalau semua orang macam ni.. info yang berguna boleh diambil sebagai panduan.. :)

    BalasPadam
  7. wah... dah nak bole pindah ni.. =)

    BalasPadam
  8. terima kasih semua... semoga semuanya berjalan lancar.....

    BalasPadam