Isnin, 14 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 12/11/2011 Saluran Air

Kali ini kami nak berkongsi perkembangan Taman Desa Sri Qaseh mengenai sistem saluran air pula. Sebenarnya pada kunjungan kali ini kami perhatikan unit lot 3806 hinggalah lot 3822 telah habis di plaster dinding bahagian luar dan untuk bahagian dalam pula masih ada beberapa rumah lagi yang belum dihabiskan. Rasanya minggu ini habis semua di plaster luar dan dalam agaknya. Manakala Lot 3738 - lot3751 kebanyakkan sudah naik bumbung dan dinding. Untuk lot 3780 hingga 3805 pula masih siap kerangka dinding dan bumbung sahaja. begitu juga yang lain masih di peringkat yang sama.

Beginilah rumah kami yang siap proses plaster luar dan dalam

Pada Sabtu lepas kami ke pejabat tapak perumahan dan meminta drawing untuk saluran air di bahagian rumah kami. Bukan apa, sekadar ingin tahu laluan paip dan saliran dalam rumah kami je untuk kemudahan kami di masa hadapan jika ingin mengubahsuai rumah. Maka kami kongsikan mengenai pelan di rumah Taman Desa Sri Qaseh ini. Kami pecahkan saluran air ini kepada sumber punca air iaitu 1) Air Hujan 2) Air Paip 3) Air kubahan. Maka dalam Drawing di bawah ini menerangkan laluan air dari pelbagai punca seperti yang dinyatakan tadi dan arah air tersebut mengalir keluar...


 Dalam pelan di atas ada menunjukkan beberapa simbol iaitu :

1) D1 - Door       = Bilangan pintu yang terdapat di dalam pelan rumah ini.
2) W1 - Window = Bilangan tingkap dan kedudukan yang terdapat di dalam pelan rumah ini.
3) ----->------    = Laluan Air Paip dari paip utama yang menuju ke tangki utama di atas bilik nombor 2.
4) - - - > - - -      = Laluan Air kubahan yang menuju ke main hole ( MH )
5) -->--OOO(M)-->-- = Simbol untuk meter bacaan paip air

 Antara jenis-jenis paip yang digunakan untuk pembinaan rumah di taman desa Sri Qaseh ini yang berukuran diameter 50mm dan yang mendapat kelulusan SIRIM.

 Inilah dia rupa bentuk tangki air simpanan untuk setiap rumah yang diletakkan di atas bumbung nanti.

 Tangki air simpanan ini boleh memuatkan maksimum 400 gelen air dalam satu-satu masa. 

 Air yang telah digunakan di dalam tandas dan singki akan melalui bahagian ini yang bertanda simbol MH dalam drawing di atas dan terus mengalir ke salur kumbahan. Seperti rajah di bawah ini pula menunjukkan sumber air paip yang akan digunakan akan terus mengalir ke tangki simpanan dahulu dan seterusnya ke salur kumbahan untuk di rawat.


Seterusnya kami kongsi mengenai  perkembangan sekitar rumah kami ini kepada semua :-


Rumah jiran sebelah rumah kami ini yang dalam proses memplaster dinding luar. 


Rumah di hadapan rumah kami yang telah siap memplaster dinding luar dan dalam.


Rumah di lot 3801 hingga 3806 yang masih dalam proses memasang bingkai pintu 


Rumah kami yang telah siap memplaster luar dan dalam... Barulah nampak bentuk rumah kami ini. syukur alhamdulillah.


Isteri aku yang meninjau rumah. Heee3x ... Rumah dibelakang kami pula sudah siap pasang bumbung dan siling. 

 Pemandangan dari persimpangan jalan utama . Sampai sini je kereta kami boleh sampai... nak redah lagi dah tak tergamak dah sebab lecak baru lepas hujan.






18 ulasan:

  1. wahhhhhhhhhhh bace blog bang kaz n sis sue ni boleh buat umi rasa jadi kontaktor umah la hihi ..banyak info kat cni hihi :)


    amin2 ..tak lama lagi tu .. dapat la tinggal ..yeayyyyyyyyy

    BalasPadam
  2. Harga berape ek??? Bila jangka siap???

    BalasPadam
  3. Umi- tak pe...nanti umi dah bijak pandai tgk rumah mesti umi nak beli rumah yang terbaikk....

    pena rozie - harga dari RM158K sehingga RM229K .... ikut keluasan tanah...

    BalasPadam
  4. Saya dah lepas fasa beli rumah dari pemaju. Mcm² defect, blh dikatakan 100% setiap rumah ada defect. Dorang guna bahan murah & tak ada quality. Skrg wat rumah sendiri. Spec sendiri.
    Area mana ni, quite mahal gak

    BalasPadam
  5. Salam Kazman,

    Kak Ros tengok rumah Kazman,macam dah nak siap dah tu....nanti boleh la bubuh cat pulak...bestnya...

    BalasPadam
  6. Teringin jugak la nak rumah cam gini...tapi tak mampu

    BalasPadam
  7. runah ni..rasa2 boleh x buang satu pintu toilet kt depan pintu bilik utama.mcm xbest je pintu tu,.

    BalasPadam
  8. salam kenal...dah siap nanti boleh la buat entri pindah rumah baru... ^_^"

    BalasPadam
  9. eszek - memang ni la harga terkini untuk area Putrajaya/Cyberjaya/KLIA... Itu pun dah kira murah dah...skrg ni rumah macam ni harganya sekitar RM200K dgn keluasan < 1600 Kp

    kak ros & hanis & nazri - lepas ni ikut plan nak buat lot2 yang lain pula...rumah kami je yang siap sampai peringkat tu...yg lain masih banyak lagi nak buat...

    Tanpa nama - boleh je buang satu pintu... tak pun tutup dengan almari... settle....

    BalasPadam
  10. ni mesti x sabaq nk melangkah masuk rumah baru kan

    BalasPadam
  11. rumah ni luas dam kp bape ek?

    BalasPadam
  12. Rumah ni - luas tanah 20x80 Kakipersegi...
    - Luas binaan 20x70 kaki persegi...
    Kalau ikut plan macam gitu laa... Itu pun tahu masa mohon loan kat bank islam dia cakap value tu ikut kiraan keluasan tanah dan rumah.

    BalasPadam
  13. saya suka dgn foto en.kazman.tq

    BalasPadam
  14. Salam... Saya Reed. Sy salah sorng jiran belakang umah en Kaz.Sronok tngk foto2, bnyk gambr2 dn memang detail. Sy pun da lama x g sana,musim ujan ni.. X saba nak tnggu umah ni siap. Syukur dpt beli 1 unit umah d cni.

    BalasPadam
  15. terima kasih atas gambar2 yg dipaparkan.. saya baru tengok rumah minggu lepas.. rumah contoh dah hanpir siap. teruja betul. tahun depan mula bayar loan ngan cukai tanah

    BalasPadam
  16. betul tu... kami pun bersyukur sama... tahun depan bayar cukai tanah tak silap tak sampai 50 hinggit... cukai pintu lain... dua cukai kena bayar nampaknya...

    BalasPadam