Sempena nak sambut birthday Adam kami plan nak bawa dia jenjalan ke negeri Terengganu.... Jauh jugak rupanya Tasik kenyir dari rumah kami ni... kami bertolak dari pkl 11 mlm dan sampai pukul 8 pagi... Tasik Kenyir juga merupakan destinasi pertama yang kami tuju. Tenang dan indah di waktu pagi di Jeti Gawi....
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Jumaat, 14 Mac 2014
Jalan Jalan Tasik Kenyir
Isnin, 29 April 2013
Jalan2 Cari Makan Di TASIK IDAMAN
Minggu Lepas kami meraikan dapat kenaikan gaji dan sedikit bonos, Syukur alhamdulillah.... sempatlah pi ke tasik idaman... seronok juga dengan pemandangan dan perkhidmatan yang disediakan di sana..beralamat di 44A, Jalan Idaman 84/89, Batu 26, Jalan Jenderam, 43800 Kampung Dengkil. Berdekata dengan pusat atom negara.
Rabu, 16 Januari 2013
Pusat Akuatik Darul Ehsan
Sebelum bersalin aritu sempat la juga layan anak2 yg nak mandi manda.... almaklum mereka bertiga baru dapat papan luncur baru..... bukan main semangat nak pi mandi kolam... jadi hujung minggu tahun lepas kami bawa jenjalan ke sekyen 13 Shah Alam... kira merangkap cuti krismas la... sambut kat sana yg terdapatnya Pusat Akuatik Darul Ehsan.... Perut dah sarat ni memang tak berani nak jenjalan jauh...
Khamis, 20 Disember 2012
Pantai Remis Kuala Selangor
Cuti sekolah ni kami bawa anak2x pergi pantai remis di Jeram, selangor. Maka... seronok la bebudak tu nak pi pantai... masing2x dengan alatan memasing untuk beriadah di tepi pantai... Bila sampai di pantai rupanya air tengah surut.... Jadi bebudak tu semua main pasir je laaa sambil bersantai2x di tepi pantai.... sambil tu gerai makanan juga menjadi tumpuan kami anak beranak...
Isnin, 26 November 2012
Taman Riadah Tasik Y Batu Pahat
Pada minggu awal cuti sekolah kami berkesempatan mengunjungi Tasik Y untuk bersantai-santai membawa anak kami bermain. Taman Rekreasi Tasik Y adalah salah satu lokasi popular dikalangan penduduk Batu Pahat, taman rekreasi ini akan sibuk bila waktu lewat petang dan hujung minggu. Taman rekreasi ini amat sesuai jika bersantai bersama keluarga di waktu petang atau dihujung minggu.
Selasa, 16 Oktober 2012
Air Terjun Sungai Sendat Ulu Yam
Hujung minggu lepas kami sekeluarga menyertai konvoi ke Air Terjun Sungai Sendat.... Seronok la anak2x yang dapat tahu kami nak ke air terjun bermandi-manda... kami pergi beramai2x bersama rakan2x sekerja untuk beriadah bersama2x sebanyak 10 buah kenderaan sekeluarga yang bergerak dari MMU Cyberjaya. Sejuk betul air terjun ni tapi memang seronok la mandi kat sini....
Jumaat, 21 September 2012
Mentarang Masak Pedas di D'Muara Sungai Besar
Hujung minggu lepas kami pulang ke kampung di Tanjung Karang untuk menghadiri jemputan kawin. Bila dah balik kampung tu tetiba teringat keenakkan mentarang ni.... Almaklumlah... mentarang ni hanya terdapat di sekitar Sungai Besar jeee.... Jadi kami pun berkunjung ke D'Muara untuk merasa masakan mentarang masak pedas dan juga kerang bakar sambil melayan bayu laut di malam hari.....
Segmen :
Pelancongan,
Peristiwa
Sabtu, 8 September 2012
Dataran Pantai Morib Banting
Hujung minggu lepas kami pergi ke open hause rakan di Banting... almaklum bila bulan syawal ni ramai yang buat open house kan... Bila dah sampai sana kami menyinggah ke pantai morib sekali sambil bersiar-siar di Dataran Pantai Morib. Anak2x bila dapat lepas seronok la dia jadinya... sambil bermain di dataran tu mereka bermain buih sabun yang tiup jadi belon tu... seronok je mereka ni....
Segmen :
Pelancongan
Rabu, 22 Ogos 2012
Berhari Raya di Pantai Teluk Batik Dan Lumut Perak
Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.
![]() |
| Si Syafiq yang gembira bila sampai ke pantai. Macam orang terlepas dari penjara. |
Selasa, 26 Jun 2012
Keindahan Air Terjun Sungai Pisang
Setelah kami tersesat selama sejam perjalanan kami pun berpatah semula ke bawah sehingga bertemu di hadapan terowong di mana tempat kami mula-mula tersalah pilih haluan. Kami meneruskan perjalanan kembali dan akhirnya barulah kami bertemu dan menikmati keindahan panorama Air Terjun Sungai Pisang.
Isnin, 25 Jun 2012
Kami Tersesat di Belantara Air Terjun Sungai Pisang
Aktiviti pada hujung minggu kali ini adalah melalui trekking ke Air Terjun Sg Pisang ( Pisang River Waterfall ) yang terletak di daerah Gombak, Selangor. Dikelaskan sebagai air terjun dengan laluan trekking yang sederhana, kawasan air terjun ini turut mempunyai sebuah kawasan perkhemahan berhampiran yang terletak berhadapan dengannya.
Rabu, 13 Jun 2012
Pantai Morib dan Selamat Bertunang Iskanda & Lia
Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu. Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.
Sabtu, 9 Jun 2012
Trip to Penang Island - Padang Kota - George Town
Entri terakhir untuk trip to Penang Island.... kali ini kami singgah di bandar George Town untuk mencari jeruk. Destinasinya tentulah di Pasar Chowrasta yang terletak di Georgetown.Chowrasta adalah bahasa Urdu yang bermaksud "Di antara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil. Masa inilah untuk si Isteri berjalan-jalan mencari jeruk untuk dibuat ole-ole dari Pulau Pinang.
Jumaat, 8 Jun 2012
Trip to Penang Island - Telok Bahang - Batu Feringgi
Taman Rama-Rama , Telok Bahang, Pulau Pinang,
Pameran rama-rama adalah industri yang sangat muda berbanding dengan yang lain seperti zoo dan Taman burung. Penang Butterfly Farm (PBF) telah ditubuhkan pada tahun 1986 di Pulau Pinang, Malaysia dengan 2 objektif utama yang berfungsi sebagai destinasi pelancongan dan untuk berkhidmat sebagai pusat bagi pendidikan, rekreasi dan penyelidikan saintifik. Pengunjung ke Taman Rama-rama Pulau Pinang, mendapati dirinya dikelilingi oleh pelbagai kibaran rama-rama dalam persekitaran yang seolah-olah semulajadi, mungkin untuk berfikir sendiri dalam sejenis hutan enchanted, Bejeweled dengan permata yang berwarna-warni penciptaannya.
Selasa, 5 Jun 2012
Trip to Penang Island - Balik Pulau - Telok Bahang
Kami meneruskan perjalanan seperti biasa walaupun si isteri sudah mula terbaring sakit pinggang manakala anak2x yang meriah melihat suasana kampung sudah semakin sunyi di tempat duduk belakang. Sesekali terdengar suara Syafiq dan Syafiqah memecah kesunyian bergurau bersama Adam.Almaklumlah memulakan perjalanan kami dari Bagai Serai, Perak pada sebelah pagi sehingga pukul 2 petang kami hanya berhenti beberapa tempat hanya beberapa minit untuk melihat keindahan alam. Memang percutian kami terhad sebelum kami berangkat pulang.
Ahad, 3 Jun 2012
Trip to Penang Island - Batu Maung - Permatang Damar Laut
Ketika perjalanan kami melewati kawasan Bayan Lepas - Batu Maung kami dapat perhatikan banyaknya projek perumahan yang cantik-cantik dengan corak binaan moden. Rumah teres tiga tingkat banyak dibangunkan di sini. Kemudian pemandangan kami pula diselangi pula oleh deretan kampung di sepanjang perjalanan ini.
Jumaat, 1 Jun 2012
Trip to Penang Island - Bayan Lepas
Bayan Lepas..... Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George Town ,Pulau Pinang, Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini.
Rabu, 30 Mei 2012
Trip to Penang Island - Jambatan Pulau Pinang
Kami ingin menyimpan sedikit memori sepanjang cuti sekolah ini.... Lama kami menyepi dari dunia blog kerana sibuk dengan urusan hal kekeluargaan... Lepas hantar adik bertunang kami teruskan jenjalan mengelilingi Pulau Pinang.... Kami akan sisipkan satu persatu sepanjang perjalanan kami ini sepanjang seminggu cuti awal persekolahan ini.
Isnin, 30 April 2012
Bagan Pinang Port Dickson Layan bersama A Ramlie
Bagan Pinang.... antara salah satu pantai peranginan yang terdapat di Port Dickson. Biasanya kita selalu berkunjung ke Pantai Teluk Kemang tapi kali ni kami bertukar angin ke Pantai Bagan Pinang... Pantai Bagan Lalang pun dah selalu pergi....
Khamis, 12 April 2012
Panggilan Genting Highland
Amacam semalam?.... mesti seronok cuti hari pertabalan agung... Kami sekeluarga sajer berjalan2 pi Genting dengan kawan2 tempat kerja. ok la gak pi sana. Tapi rasanya bayaran permainan dah naik laa... pas tu semalam tu banyak pulak la permainan yang tutup untuk diselenggarakan... rasa macam rugi la pulak bayar tiket tapi tak leh main... Apa2 pun jum kita lihat apa yang ada di sana....
Langgan:
Catatan (Atom)



















