Kami ingin menyimpan sedikit memori sepanjang cuti sekolah ini.... Lama kami menyepi dari dunia blog kerana sibuk dengan urusan hal kekeluargaan... Lepas hantar adik bertunang kami teruskan jenjalan mengelilingi Pulau Pinang.... Kami akan sisipkan satu persatu sepanjang perjalanan kami ini sepanjang seminggu cuti awal persekolahan ini.
First sekali tentulah urusankan pertunangan adik kami dan seterusnya menuju ke Pulau Pinang.... kali ini kami banyak berjalan2x sahaja menikmati keindahan pulau pinang..... pada sisipan kali ini mengenai Jambatan Pulau pinang pula....
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Sibuk la jugak anak kami si Syafiq mengambil gambar sepanjang berada di atas Jambatan Pulau Pinang ini.... Seronok juga tengok gelagat anak2x yang berebut kamera untuk ambil gambar pemandangan.....
Salam ceria di cuti sekolah semua........
Jalan Jam x ???
BalasPadamtaun lepas saya p 1 mei,
jalan sibuk sangat sampai sesat2 x tau jalan..hihi
tak berapa jem sebab pergi pada hari biasa... tapi banyak la jugak kereta masa nak bayar tol... waktu cuti sekolah kannn...
Padamsaja nak menyibuk menambah-nambah buleh.. he he.. jambatan ni juga menjadi tempat tumpuan bakal pembunuh diri...ada betul ka adik!
BalasPadamha'ah la kak... selalu baca kat surat khabar.... heee3x... itulah nikmat iman dalam diri kita kan... tak de la sampai macam tu sekali...
Padamsama cam citra 2 tahun lepas.. hantar adik ipar bertunang dan bernikah.. 2 kali p naik jambatan p.pinang.. tp sebelum tu dah pernah naik sj jalan2 ngn suami.. seronok anak2
BalasPadamwaa bestnya Penang, ummi dah lama tak ke sana. Ummi pernah tinggal di sana dalam 6 tahun jugak, rindu pulak nak pergi..
BalasPadamwah.... dah pernah jadi orang penang yee....merata jugak ye menetap seluruh malaysia... best jugak kan dapat rasa pelbagai tempat di malaysia ni...
Padamche mid : memang pon... ramai yg suka bunoh diri kat situ... 'best' sgt kot!..hmmm
BalasPadambaru dua kali pergi penang...memang sangat kagum la dengan jambatan Pulau Pinang ni....bila lalu rasa wahhhh gitu.. haha
BalasPadamberjalan2 ke penang rupanya... byk kali g penang ni pun xjemu... :)
BalasPadam