Selasa, 17 Januari 2012

NGV Sistem pada Avanza

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai penggunaan NGV dan cara sistem NGV beroperasi. Kami dah guna lama dah NGV ni dari senjak penggunaan kereta waja sehinggalah ke kereta avanza . Syukur lah dengan penjagaan yang rapi dapat juga kami sekeluarga berjimat. Dulu kita sering dengar bahawa penggunaan NGV amat bahaya dan boleh menyebabkan letupan. 


Sebenarnya.... setiap kes kejadian letupan yang disebabkan NGV adalah disebabkan penggunaan peralatan yang tidak betul ( jangan guna TONG GAS DAPUR seperti kejadian di melaka dan TONG NGV yang DISAMBUNG  seperti kejadian di Kuala Lumpur ) dan tidak penepati piawaian yang telah ditetapkan. Sebenarnya penggunaan NGV adalah jauh lebih selamat berbanding Petrol kerana kejadian letupan NGV yang dilaporkan bukanlah disebabkan oleh NGV itu sendiri tetapi kerana TEKANAN yang tinggi pada gas tersebut. 



Bagaimana NGV berfungsi ?

1. Gas asli dimampatkan dan dimasukan ke dalam kenderaan melalui injap pengisi gas asli (bekas).

2. Ia mengalir ke dalam silinder tekanan tinggi yang terletak di dalam atau di bawah kenderaan.

3. Dalam  NGV, pemilihan bahan api di papan pemuka ( SELECTOR SWITCH AND FUEL INDICATOR ) membenarkan pemilihan gas asli atau petrol untuk bertindak sebagai bahan api untuk kenderaan. NGV khususnya beroperasi semata-mata hanya penggunaan gas asli.


4. Apabila gas asli diperlukan oleh enjin, ia dibekalkan dari silinder dan melalui injap master manual tertutup ( MASTER SHUT-OFF VALVE ).

5. Gas asli akan melalui paip bahan api tekanan tinggi dan memasuki ke dalam regulator.

6. Gas asli masuk ke pengawal selia ( REGULATOR ), yang mengurangkan tekanan daripada  2500 psi kepada tekanan atmosfera yang berhampiran.


7. Injap solenoid gas asli membolehkan gas asli  melalui daripada pengawal selia ke pencampuran gas (mixer) atau penyuntik bahan api gas asli. ( ia mematikan gas asli apabila enjin tidak berjalan atau apabila, dalam hal kenderaan  ketika petrol dipilih).

8. Dalam gas NGV bahan api semulajadi yang bercampur dengan udara mengalir melalui karburetor petrol atau sistem suntikan bahan api ( injection ) dan memasuki kebuk pembakaran enjin. Dalam keadaan gas NGV yang beroperasi disuntik ke dalam kebuk pembakaran enjin melalui penyuntik semulajadi yang direka khas untuk bahan api gas asli.
Tong NGV ... Barang letak atas tong je la jawabnya....

9. Dalam  penggunaa mode NGV, apabila pemandu memilih gas, sistem petrol konvensional tidak diaktifkan dan sistem gas asli secara automatik disalurkan.

Pengendalian pemanduan NGV
Penggunaan NGV adalah sangat menjimatkan dan  dengan isian RM9 NGV anda boleh berjalan sejauh 193.4Km... Manakala penggunaan petrol pula dengan pengisian tangki sebanyak RM10 boleh berjalan sejauh 60 - 70Km sahaja. Cuma kelemahan penggunaan NGV ni tentulah ruang barangan terhad dan service enjin yang kena kerap untuk memastikan sistem enjin berfungsi dengan baik.

Begitu juga dengan pick up kenderaan menjadi kurang berbanding pernggunaan petrol  tapi masalah pickup akan dapat di atasi dengan cara pemanduan kerana apabila kita memerlukan pickup pada masa-masa tertentu maka:

1) Kita hanya tukar mode NGV ke PETROL dengan hanya menukar sekali picit pada "selector switch" sahaja...  atau
2) Untuk kenderaan yang menggunakan gear Auto Avanza hanya memerlukan butang OD "over drive" sahaja. 

Bila sudah biasa maka tiada lagi masalah tiada pickup pada NGV.....



51 ulasan:

  1. tq 4 the info...
    terfikir gak mcmana tong NGV tu diletakkan..
    secara jujur, dulu saya ingat ibarat menempah maut bila "tong gas" dalam kereta..
    baru tau lebih selamat dari petrol

    BalasPadam
  2. betul kena selalu service..kalau tidak enjin tak berapa ok..persona kami guna kan NGV sejak thun lepas..memang menjimmatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga service sama je dengan masa pakai petrol cuma minyak enjin je lain ... kena pakai minyak enjin NGV petronas... itu lebih baik dari minyak enjin biasa.... enjin lebih sejuk dan tahan lama.

      Padam
  3. kalau sarawak ada ngv kan bagos...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena minta dengan kerajaan tu... heee3x

      Padam
    2. serawak dalam proses pemasangan saluran Gas.. dari sabah ke serawak... maybe taklama lagi ada

      Padam
    3. ya betul... bagus la kalau wakil rakyat si petly ni dah bersuara....

      Padam
  4. Aaaaaaa .. bestnya kalau ada ngv .. umi baru tahu tentang benda ni bang ..sis ..jimat kan ..waaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la umi... jimat tapi kat sana tak de yee...

      Padam
  5. tapi guna ngv mmg btul2 jimatkan=)sukerlah ngan avanza baru nie.mmg lawoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pun suka yang avanza baru tu... tapi masih gigil nak beli.... pakai yg second je la dulu... heee3x...

      Padam
  6. lagi menjimatkan...tapi makan ruang..yang kecik tak de ke??hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tong kecik ada... tapi jarak perjalanan pendek la sikit...

      Padam
  7. baru tahu pasal NGV.. nice sharing... tula xnk guna NGV sbb dgr mcm2 yg x elok.. tp kalo jimat kira baguslah kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... memang jimat dan selamat...

      Padam
  8. terima kasih atas info yg menarik ni en. kazman... terima kasih juga keran sudi singgah ke blog saya....

    BalasPadam
  9. wahh..beli keta baru ehh?? mengidam lak ngn avanza neh..huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah akan tercapai dengan kereta yang diminati nanti... aminnnn

      Padam
  10. Balasan
    1. nanti kami berjimat boleh pergi melancong ke jepun... aminnnn

      Padam
  11. mai la penang naik keta baru bro ..ngv ..sep minyak kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah kawan.... kalau turun aku ajak hang mengeteh kat atas jembatan pulau pinang weiii... haaa3x

      Padam
  12. sebenarnyer toyota semuanyer terbaik ! ~ =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaa betul... harganya pun baikkk jugeee... haaa3x

      Padam
  13. oooo, macam tu yaa.. saya baru tahu pasal info ni.. mesti jimat kan..

    p/s: tahnx sudi singga dan folo blog saya.. salam ukhuwah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kami disini... salam ukhuwah juga dari kami...

      Padam
  14. NGV mmg jimat.. bayangkan pi balik penang dari KL cuma RM 38... lagi mahal bayar tol wooo

    BalasPadam
  15. Kancil tahu ia menjimatkan..bilalah sampai ke Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lama lagi la tu sampai sabah nanti... sama2x kita dapat berjimat mengurangkan kos subsidi minyak yg ditanggung kerajaan... heee3x

      Padam
  16. assalam kazman & sue..ramai org kata ngv ni memang jimat..tapi boot mama sentiasa penuh brg2 jadi buat masa ni terpaksa tangguhkan hasrat nak pakai ngv tu..apapun thanks atas info ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe ... selagi kita selesa dengan kenderaan kita pun dah bersyukur....

      Padam
  17. Balasan
    1. dah dahhh.... syukur.... terus pusing satu selangor... haa3x

      Padam
  18. Tak sabar nak tunggu hari jumaat, nak test drive kereta baru....

    BalasPadam
    Balasan
    1. test... jangan tak test.... tapi exora lagi mantap la kakkk.... haaa3x

      Padam
  19. kami xda kereta, so, kami tataw sangat la pasal ngv ka apa ka. sedekahkan kete untuk kami sebijik, insyallah jasamu dikenang..kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami sedekahkan doa supaya cepat dapat kerja terus boleh beli keter... aminnnnn....

      Padam
  20. Salam Kazman & Sue,

    Baru hari ni Kak Ros tau semuanya pasai penggunaan ngv ni....memang menjimatkan....terima kasih Kazman...info yang sangat baik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kak ros.... sama2x la kerkongsi... kami pun suka berkongsi menu resepi makanan akak tu.... haaa3x

      Padam
  21. Harga kos dan pemasangan utk avanza brapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga NGV siap pasang dari RM2300.... mengikut size tong dan jenis alatan NGV seperti mixer atau Sequential... kalau Tong NGV besar maka makin tinggi la harganya... begitu juga kalau menggunakan sequential lagi mahal berbanding dengan mixer.... apa2x pun lebih baik guna mixer sebab harganya murah dan senang untuk diselengarakan.... Sequential ni yg lebih cuma pickup jee... tapi nak maintanance leceh kalau poket tak tebal...

      Padam
  22. berapa liter saiz tong ngv?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya tong NGV 65Liter... boleh pergi sejauh 230KM kalau highway dgn tekanan masa isi 250 kalau tak silap... kalau tekanan takat 200 aje boleh pergi 190Km aje laa...

      Padam
  23. ada masalah enjin sepanjang penggunaan nya...dengar kata enjin kering?,minta maklumat

    BalasPadam
  24. salam.. ingat nnt nk beli gak la avanza ni.. err.. brapa harga kos pasang ngv utk avanza ni ek?

    BalasPadam
  25. Akum,
    abg semasa menggunakan ngv pada avanza ada tak masalah seperti lampu "check engine "(gambar engine pada meter) menyala dan sebgai nya... kalau ada bagaimana masalah itu diselesaikan...?
    aman subang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lampu check engine tu kalau menyala kemungkinan besar sensor ada masalah... atau tunning enjin ada masalah... kena bawa pi bengkel tu dan mungkin crankshaft sensor ada masalah... yg baiknya buka dan cuci dulu sensor tu... kalau ok dah tak yah tukar dah... jimat....

      Padam
    2. Terima kasih bro Azman, kemarin sy dah pi check dekat produa... scan tengok apa yg rosak...depa kata Fuel Pressure sensor.. tapi bukan rosak..ini mungkin..signal keliru diterima ECU.(ohm Injector tak cukup ).reset balik dan ok... tp masalah ni mungkin berulang lg... lepasni kena main cabut bateri la pula...
      Bengkel yg pasang lg haru.. waktu seblum pasang semua ok boleh pakai.. bila jadi maslah..dia cakap memang semua mcm tu.kalau pakai mixer.. kena kita..
      Bro azman masih pakai ngv mixer samapai sekarang?
      aman,

      Padam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.