Rabu, 25 Januari 2012

Taman Desa Sri Qaseh 24/01/2012 Sekitar Perkembangan Rumah Contoh & Pembinaan

Perkembangan rumah di Taman Desa Sri Qaseh sehingga 24 Jan 2012 semasa cuti raya cina. Kami meninjau dan mengambil gambar sekitar perkembangan pembinaan. Sebelum ini kami dah datang beebrapa kali tetapi seperti tiada perubahan jadi pada kali ini kami merakamkan rumah contoh yang hampir siap. Manakala rumah kami pula sudah terhenti pembinaannya sekian lama kerana mungkin pemaju ingin menyiapkan pembinaan dinding dan bumbung di rumah lot yang lain. Dengar kata dari penyelia tapak projek mereka sudah membuat projek perumahan yang kedua berhampiran dengan taman desa sri qaseh.

Ni pula kepada mereka yang ingin membelinya pula... tetiba baca kat mudah.com ada orang nak jual rumah ni yang dalam pembinaan.  Tapi kami pun tak kenal siapa faizul ni.... harga dalam RM170K tu lebih kurang sama harga masa beli dengan pemaju tu.... Boleh klik :  Rumah Desa Sri Qaseh untuk dijual ...

Isi iklan tu seperti ini :



URGENT SALE....RM170K
-Rumah Baru setingkat di DESA SRI QASEH, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG untuk dijual.
-Keluasan 20kaki x 70kaki, ada 4 bilik dan 2 bilik air.
-Lokasi di salak tinggi, sepang berdekatan dengan SHELL dan ESSO salak tinggi...

**Rumah masih dalam pembinaan 50%, dijangka siap pada Disember 2012

Jika berminat sila hubungi saya,
FAIZUL - 0126776499

Agaknya ada kaitan ke dengan peristiwa yang keluar di dada akhbar harian metro mengenai seorang pembeli yg menuntut deposit kembali setelah pinjaman tidak di luluskan. Petikan akhbarnya seperti berikut :


Pemaju diarah pulang deposit beli rumah


PUTRAJAYA: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini mengarah syarikat pemaju, UBBIM Sdn Bhd memulangkan semula wang deposit RM400 untuk membeli serumah kepada pekerja kontrak.

Presidennya, Maznah Haron memerintahkan syarikat pemaju itu memulangkan deposit berkenaan kepada Syafik Zainal Arif, 25, yang bekerja di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. Perintah berkenaan dikeluarkan di hadapan pihak penuntut (Syafik) yang hadir seorang diri dan syarikat berkenaan yang diwakili seorang kakitangannya.

“Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, UBBIM Sdn Bhd diperintahkan membayar RM400 kepada Syafik memandangkan syarikat tidak mengalami sebarang kerugian kerana rumah yang ditempah masih boleh dijual kepada pembeli lain.

“Potongan RM100 dikenakan daripada jumlah tuntutan bagi membayar proses yang akan dilakukan syarikat pemaju,” katanya. Terdahulu, Syafik dalam tuntutannya menuntut deposit membeli rumah RM500 daripada pihak penentang selepas dia membatalkan hasrat itu berikutan permohonan pinjamannya tidak diluluskan.

Dalam prosiding itu, wakil UBBIM Sdn Bhd berkata, wang deposit berkenaan yang dibayar mengikut peratusan harga rumah itu, tidak akan dipulangkan dan perkara itu sudah dijelaskan kepada Syafik.

Sementara itu, Syafik ketika ditemui berkata, wang deposit itu bagi menempah rumah teres setingkat di Desa Seri Kasih di Bandar Baru Salak Tinggi. Bagaimanapun, katanya selepas membuat tempahan, bank tidak meluluskan permohonan pinjamannya. SUMBER - Harian Metro.


























28 ulasan:

  1. kalau la rumah ni area jitra, boleh saya menyewanya..hehe

    BalasPadam
  2. kalau u olls nak taw, i la arkitek rumah ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh... tinggi jugak imaginasi liyana ni yee... haaa3x... bagus2x...

      Padam
  3. Cantiknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cantik la umah abang kaz n sis sue ni ..wahhh suke2 ..taniah :)

    Hrmm kenape diorang berenti buat seketika? hrmmm tak aci tol la ..cian tengok bang kaz n sis sue and yang lain menunggu ..hrmm

    umi doakan agar segalanya berjalan dengan lancar ye :) amin. chayo2! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu yg skrg ni slow sikit nak ambik gambar perkembangan rumah... datang pun sama jee... heee3x

      Padam
  4. seronok je rasa bila ada rumah sendiri ni kan.. pasti x sabar nk tunggu rumah tu siap dan sekaligus duduk dan tinggal di dalamnya..

    cantik rumah u all ni.. I like...

    BalasPadam
  5. Harap2 cepat la siap, dah tak sabar nak dtg ni, bukan apa senang nak g Gold Cost....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa3x... dekat dah ni kak... nanti emak boleh lepak sini bila cuti sekolah dgn anak buah... layan gold cost bagan lalang...

      Padam
  6. Salam Kazman,

    Cantiknya rumah....syoknya nak dok rumah baru ni kan....Kak Ros pun tumpang syok sama he.he.he.....

    BalasPadam
  7. design depan rumah kite lebih kurang sama je kan.. simple n nice.. :)

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat rumah baru..pasni mesti berangan nak buat hiasan dalaman plak kan...hehe..

    BalasPadam
  9. skarang projek dah slow.. patut la saya pergi hari tu sunyi jer. yang ada pekerja buat longkang jer. dalam 3 orang. dah ada projek perumahan lain dah UBBIM ni. kat mana tu en kazman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yg rasa nak jumpa pemaju tu... kot nak buat yg lain pun jangan lah sampai projek perumahan kita ni dia perlahankan pembinaannya...

      Padam
    2. tula cer tanya pemaju tu..nak duit tahu nak cepat.takpe klu dia tak siapkan dalam masa ditetapkan kita serang ramai2..kan skang mudah nak tuntut pampasan.,,.,ohya..ada yang diminta oleh YZ >rm 5k untuk bayaran kononya s&p and lawyer cer selidik balik cam make up lebih je..sebab klu kakitangan kerajaan untuk first house bayarannya akan jadi 1/2...dan mintak kat dier full statement..klu u'lls sayang duitla..

      Padam
  10. saya punya rumah tak naik bumbung pun lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... ada beberapa rumah yang masih tak siap bumbungnya...

      Padam
  11. Aahh..tadi baru lalu situ. Patut la x nampak ramai yang keje..tpi so far ok kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berjalan seperti biasa, cuma kurang pekerja. Semoga rumah kita siap seperti yang dirancang..

      Padam
  12. beshnyer ada dah umah sendiri..rumahnie kalau dalam pembinaan mmg nampak tak cumil..tapi kalau dahsiap..uuui chantek=)

    bilalah nurul nak beli umahnie..hehe

    BalasPadam
  13. encik kazman, katanya ada rumah kedai kat depan DSQ betul ker.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya masa tgk drawing keseluruhan projek tu sebelah taman kita tu yg ada rumah kedai nanti... betul ke tidak tu tak pasti lagi...

      Padam
  14. salam,
    boleh sy dptkan no utk dihubungi...
    sy ingin bertanya dn berminat utk beli rumah ni.

    BalasPadam
  15. sy ade pegi melihat tapak rumah ni, tp tak diletakkan papan iklan berape harga dan bagaimana utk dihubungi.
    jika en khairul tau di mana dn dgn dape sy perlu berurusan, bole berikan sy no tersebut.
    terima kasih

    BalasPadam
  16. I have read so many posts regarding the blogger
    lovers except this article is actually a fastidious piece of writing,
    keep it up.

    My page ... Psn Code Generator

    BalasPadam
  17. I could not resist commenting. Well written!

    Look into my blog - generateur de code psn

    BalasPadam
  18. Whoa! This blog looks exactly like my old one!

    It's on a completely different topic but it has pretty much the same layout and design. Superb choice of colors!

    Feel free to visit my web site; candy crush saga hack

    BalasPadam